Kerajaan Tingkatkan Bekalan Dos Vaksin COVID-19
Kerajaan rancang tingkatkan pesanan dos vaksin COVID-19 untuk merangkumi 60-70% penduduk Malaysia
Hai dan Assalamualaikum! Hari ni saya akan kongsi dengan anda semua mengenai dos vaksin COVID-19 yang baru-baru ini sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia.
Untuk pengetahuan anda semua.. dos vaksin kini telah dikeluarkan oleh beberapa syarikat besar di Amerika Syarikat dan Jerman iaitu syarikat Pfizer dan Biontech.
Dan.. dos vaksin ini sekarang dalam proses untuk dibekalkan kepada beberapa buah negara yang telah membeli vaksin ini dalam mencegah penularan COVID-19.
Telah keluar berita pada hari ahad 13 Disember di The Star yang mengatakan bahawa kerajaan merancang untuk meningkatkan lagi pesanan vaksin COVID-19 untuk merangkumi 60% hingga 70% jumlah penduduk.

Sehingga kini, kerajaan telah membuat pesanan untuk dos vaksin COVID-19 ini sebanyak 30% untuk cover population penduduk di Malaysia.
Namun..30% dikatakan tidak mencukupi untuk cover semua penduduk Malaysia jadi kerajaan ingin menaikkan pesanan ini hingga mencukupi 60% hingga 70% penduduk Malaysia.
Berkata Perdana Menteri:
“Saya telah mengarahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) untuk berunding dan meningkatkannya dari 30% menjadi 60% atau 70%”
Selain itu, Perdana Menteri mengatakan hal ini kerana beberapa negara telah membeli dos vaksin ini melebihi populasi mereka.
Perbelanjaan Vaksin
Haa…korang agak-agak berapa ya perbelanjaan yang telah diperuntukan oleh kerajaan untuk membeli dos vaksin ini?
Pada akhir November, Dato Muhyiddin mengatakan bahawa pemerintah telah mulai melancarkan rancangan bernilai RM3 bilion untuk mendapatkan vaksin Covid-19 ini.
Vaksin ini untuk mengimunisasi 6.4 juta orang di Malaysia sebaik sahaja dos vaksin ini terbukti cukup selamat untuk digunakan.
Batch Pertama
Korang rasa bila expected date vaksin ini akan datang di Malaysia ya?
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ADUN Gambir mengatakan pembekal juga diminta untuk mempercepatkan penghantaran vaksin yang telah dijadualkan tiba pada bulan Mac.
Kumpulan dos vaksin pertama dijangka akan sedia pada awal tahun hadapan.
Sementara itu.. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah memerintahkan untuk semua hospital sementara untuk COVID-19 dibuka semula.
Kerana telah berlakunya lonjakan kes di beberapa buah negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Negri Sembilan, dan Johor.
Kenapa Kita Perlu Ambil Dos Vaksin Ni?
Anda tahu tak kenapa kita perlu ambil vaksin ini?
Ia berfungsi merangsang sel tubuh manusia dan dapat mencegah virus daripada masuk.
Ianya juga bertujuan untuk memberikan perlindungan pada individu yang mendapatkan vaksin.
Suntikan dos vaksin ini juga diharapkan akan merangsang sel tubuh manusia. Terutama sel B untuk menghasilkan imunoglobulin.
Kesimpulan
Kesimpulannya..dos vaksin ini dilihat sebagai perkara penting dalam mencegah penularan COVID-19
Dengan kewujudannya ia diharapkan dapat memulihkan rakyat sekaligus membangkitkan ekonomi negara.
Selain itu, tuan-tuan dan puan-puan juga boleh ambil peluang ini untuk memerhatikan kaunter-kaunter berkenaan yang terlibat dengan vaksin ini.
Namun…dikatakan bahawa kaunter vaksin ini tidak berapa memberi impak yang besar seperti kaunter glove.
Hal ini kerana, negara kita hanya membeli vaksin daripada negara luar dan mengedarkannya bukan mengeluarkan vaksin seperti beberapa syarikat lain yang mengeluarkan sarung tangan.
______________________________________________________________________
Moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda semua..
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.