Kerajaan Switzerland Beku Dana SRC
Larang Delegasi ke Switzerland
Saksi minta izin, tapi bekas Perdana Menteri larang delegasi ke Switzerland berkait rapat dengan isu hangat 1MDB.
Percaya atau tidak, dana Malaysia terkenal di Switzerland sampai kena beku!
Masakan tidak, kalau berita dakwaan pengubahan wang haram tidak benar, kenapa si tertuduh melarang delegasi ke Switzerland?
Sudah tentu tidak mahu membuka pekung di dada. Kalau tidak, senang-senanglah kena tindakan oleh Mahkamah.
Kalau dah pinjam kenalah bayar balik kepada pemberi pinjam.
Rahsia terbongkar apabila Kementerian diberitahu syarikat SRC gagal bayar balik RM4 bilion kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kerana akaun di Switzerland dibekukan!
Pinjam RM4bilion, kerajaan Switzerland beku dana SRC!
Tujuan pinjaman dibuat untuk pelaburan arang batu di Jawa, Indonesia; pelaburan sumber asli di Mongolia dan simpanan bank di Switzerland dan Hong Kong.
Untuk memperkasa bidang tenaga elektrik katanya.
Namun, jika tujuan ini benar sekalipun, agenda ini tidak menemui kejayaan mungkin kerana ada pihak lain yang menaruh dendam lalu menimbulkan fitnah.
Ia juga tidak mustahil. Begitulah politik, kalau kes liwat pun dah tak jadi kes besar, tak mustahil kes skandal pengubahan wang haram juga akan lenyap!
Kalau tujuan baik, takkan sampai kerajaan Switzerland beku dana SRC.
Pengurusan dana perlu kepada pentadbiran
Pentadbiran yang cekap sangat penting lebih-lebih lagi melibatkan pengurusan dana yang berbilion ringgit.
Bahasa mudahnya, urustadbir korporat, but what is corporate governance?
Tadbir urus korporat pada dasarnya melibatkan pengimbangan kepentingan pemegang syarikat “interest of stakeholders”, seperti pemegang saham, eksekutif pengurusan kanan, pelanggan, pembekal, pembiaya, kerajaan, dan masyarakat.
Lembaga pengarah memainkan peranan yang penting dalam urus tadbir korporat. Boleh memberikan kesan yang besar “major ramification” terhadap penilaian ekuiti.
Lembaga Pengarah perlu lapor kepada Perdana Menteri
Lihat betapa besarnya pengaruh Perdana Menteri sehingga ada kuasa melantik dan memecat mana-mana anggota lembaga pengarah.
Terdapat dua kemungkinan jika berlaku campur tangan politik dalam sesebuah syarikat.
Pertama, imej dan kredibiliti syarikat yang diperintah oleh pemimpin autokratik yang melakukan penipuan dipandang serong.
Kedua, syarikat boleh membantu mengukuhkan institusi kewangan dalam negara jika dikemudi dengan baik.
Kenalpasti penipuan
Penipuan peringkat global sukar untuk dikenalpasti.
Hanya beberapa pihak yang berpengaruh sahaja yang mampu mengesan penipuan yang melibatkan kuasa politik.
Rakyat marhaen tidak akan selamanya mengerti pergolakan atau penipuan dalam negara jika tidak tersebar di dada-dada akhbar.
Siasatan yang dilakukan terhadap kes penipuan melibatkan pengubahan wang haram mengambil masa yang sangat lama dan bertahun-tahun!
Bukti yang diambil daripada “fraud indicators” belum tentu sahih. Sedangkan saksi untuk kejadian pun dah berpuluh-puluh orang tetapi masih belum selesai.
5 Tanda-tanda Pencegahan Pengubahan Wang Haram
Mengesan tanda amaran pengubahan wang haram boleh menyelamatkan syarikat atau meruntuhkannya bergantung kepada seberapa pantas usaha mengesan tanda-tanda ini untuk menanggapi ancaman dilakukakn.
1. Keengganan Menyediakan Maklumat
Elakkan berurusniaga dengan pelanggan yang bersifat rahsia dan mengelak, dan enggan untuk mendedahkan sebarang maklumat, data atau dokumen yang anda perlukan.
2. Maklumat tidak lengkap atau tidak konsisten
Cari pelanggan yang menggunakan banyak ID cukai, dokumen yang tidak dapat disahkan, dan sulit lebih-lebih lagi apabila individu tersebut mempunyai syarikat sendiri.
3. Pemindahan dan Transaksi Wang yang tidak tetap
Harus mengetahui dana yang dipindahkan ke dan dari “lokasi perhatian”.
BERI PERHATIAN terhadap pergerakan wang / aset apabila hubungan perniagaan antara pihak-pihak, atau transaksi antara kumpulan-kumpulan yang berbeza dilhat tidak dikomersialkan perlu dipertimbangkan dengan lebih lanjut.
Angka perolehan tidak tetap daripada perniagaan yang berasaskan tunai yang melebihi purata berbanding organisasi bersaiz serupa dalam sektor yang sama juga perlu diteliti
4. Skim jenayah yang kompleks.
Struktur yang rumit tanpa penjelasan di belakangnya mungkin dilaksanakan untuk mengelirukan orang lain, sehingga mereka dapat melepasi kesemua tahap lapisan dan integrasi pengubahan wang haram.
5. Ulasan Negatif
Jika terdapat ulasan buruk pelanggan terhadap sesuatu perniagaan, elakkan serta merta.
Pelbagai aktiviti perniagaan yang luar biasa mudah didapati melalui pencarian di internet.
Akhir kata, jika terdapat kesan-kesan yang dinyatakan di atas, perlu segera dilaporkan kepada pihak berwajib agar reputasi negara akan sentiasa terpelihara.