Takaful seawal usia kenapa penting?
Keperluan Takaful
Takaful seawal usia amatlah digalakkan dalam usaha untuk melindungi kewangan peribadi.
Jika anda mengamalkan 3M iaitu Menyimpan, Melabur dan Mengembangkan modal sahaja belum cukup bagi menjamin kestabilan kewangan seseorang.
Kenapa?
Ambil tahu kepentingan Takaful seawal usia
Kita sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko yang tidak dijangka.
Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana malang tidak berbau.
Hakikatnya, tiada siapa pun yang tahu nasib seseorang apa yang bakal berlaku.
Sebagai contoh, semasa memandu kita boleh terdedah kepada risiko kemalangan. Atau hilang upaya seumur hidup. Ataupun berkemungkinan diserang penyakit kronik.
Cuba bayangkan jika perkara-perkara sebegini berlaku, adakah duit simpanan kita selama ini cukup untuk menanggung kos-kos pembiayaan hospital dan perubatan?
Ya. Mungkin cukup.
Dan mungkin juga tidak.
Bagaimana pula jika berlaku kematian? Apa yang kita mahu tinggalkan kepada waris dan keluarga?
Lebih-lebih lagi jika lelaki yang berkeluarga, apakah yang mahu ditinggalkan pada anak isteri di kemudian hari?
Segala persoalan ini akan terjawab sekiranya anda mempunyai Takaful.
Apa Takaful akan bagi?
Segala kos perubatan akan di cover dengan memiliki Medical Card Takaful .
Manakala kita tidak perlu mengeluarkan 1 sen pun dari poket. Oleh itu tidak perlulah usik duit dari simpanan.
Pihak Takaful juga akan bertanggungjawab menguruskan segala pembiayaan dan kos-kos rawatan yang terlibat.
Sekiranya berlaku kematian, pihak Takaful akan memberikan pampasan.
Mereka akan menyediakan sumber kewangan kepada keluarga atau waris sebagai sokongan bagi meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Dan,
Tahukah anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah pun mengumumkan untuk meningkatkan premium sebanyak 58% bagi semua Syarikat Insurans dan Takaful.
Ianya telah berkuatkuasa bermula pada 1 Julai 2019 yang lalu.
Maka komitmen bayaran (premium) yang akan dikenakan akan menjadi semakin mahal.
Ramai orang ‘reject’ takaful ketika mereka sihat, tetapi banyak juga syarikat takaful ‘reject’ orang kerana sudah sakit.
Jadi anda pilih nak jadi yang di’reject’ atau me’reject’.
Sebab itu wajib ambil takaful seawal usia lagi supaya tidak jadi yang direject.
Kesimpulan
Semakin lambat anda bertindak, semakin mahallah harga premium yang akan dibayar bagi Takaful anda.
Semakin awal sesorang itu mengambil perlindungan Takaful, semakin rendah tahap terdedahannya risiko seseorang itu. Dan semakin rendah kos untuk mendapatkan perlindungan yang optimum.
Oleh itu, saya sangat menyarankan terutamanya anak muda di luar sana agar segaralah dapatkan perlindungan Takaful mengikut keperluan anda.
Janganlah bertangguh lagi.
Ingat sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.