Kepentingan Memahami Pengaruh Sentimen Pasaran Dalam Saham

Setiap trader atau pelabur perlu memahami bahawa pasaran saham berkait rapat dengan sentimen. Ia boleh jadi sentimen yang negatif atau positif maka reaksi pasaran akan seiring dengan penurunan atau kenaikan harga saham.

Market sentiment is the overall attitude of investors toward a particular security or financial market. Market sentiment is the feeling or tone of a market, or its crowd psychology, as revealed through the activity and price movement of the securities traded in that market. – Definisi Market Sentiment melalui Investopedia

Sentimen Pasaran

Dapat dirumuskan disini bahawa sentimen pasaran ialah keadaan keseluruhan pasaran yang dicorakkan oleh sesuatu perkara utama yang bakal mempengaruhi pergerakan turun naik pasaran dalam satu tempoh tertentu. Bacaan berkaitan: Apa Itu Market Sentiment? 

Sekiranya faktor utama sentimen tersebut berbentuk positif, ia akan merangsang pergerakan saham ke arah aliran menaik. Sebaliknya, sekiranya sentimen pasaran negatif, banyak kaunter rugi mengatasi kaunter untung.

Untuk traders, awal pagi sebelum pasaran dibuka mereka akan alert dengan closing indeks Dow Jones. Selalunya jika indeks besar ini jatuh menjunam, pasaran serantau akan turut terjejas. Sebagai contoh untuk tahun 2018, kejatuhan terburuk dalam sehari Dow Jones adalah pada 5 Februari lepas dengan kejatuhan 1175 mata  manakala pada 10 Oktober lepas, Dow Jones sekali lagi jatuh 822 mata. KLCI pada hari berikutnya masing-masing jatuh 40 dan 38 mata setelah kejatuhan Dow.

    

Untuk rujukan anda dimasa hadapan, kami senaraikan beberapa indeks antarabangsa utama yang boleh dijadikan rujukan untuk mengetahui sentimen pasaran semasa.

Negara Nama Bursa Indeks

Waktu Dagangan Tempatan

Amerika Syarikat New York Stock Exchange Dow Jones Industrial Average (Dow) 09:30-16:00
United Kingdom London Stock Exchange FTSE 100 08:00-16:30
Jerman Frankfurt Stock Exhange Dax 09:00-  17:30
Jepun Tokyo Stock Exhange Nikkei 225 09:00- 15:00
Hong Kong Hong Kong Stock Exchange Hang Seng 09:30-16:00

Selain itu, harga komoditi seperti crude oil dan brent oil turut memainkan peranan penting untuk saham dalam sektor industri oil & gas. Baca juga: Kenaikan Harga Minyak Mentah.

Semak Sentimen Pasaran Sekali Imbas Dengan Investing.com 

Tambahan kepada mereka yang mempunyai akaun investing.com, untuk memudahkan kajian saham anda boleh download aplikasi investing.com dan menggunakan tool percuma yang mereka sediakan. Sebagai contoh dibawah, melalui tab portfolio, saya telah masukkan semua maklumat berkaitan sentimen.

Jadual Sentimen Pasaran Menggunakan Investing.com

Kesimpulan

Kesemua indikator ini boleh digunapakai untuk memberi gambaran sentimen pasaran semasa. Langkah terbaik adalah untuk anda menggabungkan sentimen ini dengan analisa teknikal dan fundamental bagi mendapatkan trading set up yang terbaik. Tak tahu bagaimana na jalankan analisa fundamental? Bacaan lanjut disini.

Kami di Mahersaham ada menyediakan pembelajaran berkaitan topik asas dan advance saham yang sesuai untuk semua peringkat masyarakat sama ada yang masih baru atau sudah lama dalam pasaran saham. Daftar Mahersaham Premium sekarang!

Follow MAHERSAHAM sekarang untuk mengetahui informasi terkini mengenai pasaran saham

Website : https://www.mahersaham.com

Facebook : https://www.facebook.com/mahersaham

Twitter : https://www.twitter.com/Mahersaham1

Instagram : https://www.instagram.com/mahersaham

Youtube : https://www.youtube.com/c/Mahersaham

Telegram : https://t.me/mahersahamchannel

Similar Posts