Kenny Rogers Roasters | Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd
Kenny Rogers Roasters
Kenny Rogers Roasters merupakan sebuah restoran yang menawarkan produk serta perkhidmatan ayam panggang kepada pelanggan.
Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd merancang untuk membuka lebih banyak cawangan Kenny Rogers disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat.
Walaupun keadaan ekonomi yang perlahan, industri makanan dan minuman masih mendapat pemintaan dan mencatatkan prestasi yang positif.
Justeru syarikat industri makanan ini bercadang meluaskan cawangannya memandangkan permintaan rangkaian restoran adalah tinggi.
Ketika ini, Berjaya Roasters telah mempunyai 81 cawangan restoran Kenny Rogers Roasters di seluruh negara.
Sejarah Kenny Rogers
Pada tahun 1991, penyanyi dan penulis lagu Country Kenny Rogers mula menceburi perniagaan makanan segera.
Beliau menubuhkan Kenny Rogers Roasters bersama pengasas Kentucky Fried Chicken, KFC iaitu John Y. Brown, Jr.
Menu asalnya adalah ayam yang dipanggang menggunakan arang kayu.
Pada tahun 1995, menu baru diperkenalkan seperti ayam belanda, daging rusuk, dan pelbagai hidangan sampingan.
Menu ini telah dihidangkan di 350 buah rangkaian restoran, termasuk di Kanada, Timur Tengah, dan Asia.
Kewujudan Kenny Rogers semakin dikenali dan popular diseluruh Seinfeld (“The Chicken Roaster”).
Pada Mac tahun 1998 syarikat mereka mengalami kebankrapan. Sahamnya dibeli oleh Nathan’s Famous, Inc.
Disebabkan oleh penstrukturan semula, banyak lokasi perniagaannya ditutup.
Nathan’s Famous, Inc pula menjual rangkaian perniagaannya pada tahun 2008 kepada francais Asia, iaitu Berjaya Group Malaysia.
Walaupun kejatuhan rangkaian restoran ini berlaku di Amerika Syarikat, namun di Asia terus berkembang terutamanya di Malaysia dan Filipina.
Contohnya, cawangan di Filipina menyediakan menu Seattle’s Best Coffee sebagai salah satu minuman kegemaran pelanggannya.
Berjaya Corporation
Berjaya Corporation Berhad dahulunya dikenali sebagai Berjaya Group Berhad, Inter-Pacific Industrial Group Berhad dan Raleigh Berhad.
Ia adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia dan mengawal pelbagai sektor perniagaan.
Antaranya seperti pemasaran, hartanah pembangunan dan pelaburan, serta pembangunan hotel, resort dan rekreasi.
Sebagai contoh bangunan Berjaya Times Square dan KM1 East Condominiums, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Ia juga pakar dalam pengurusan loteri, makanan dan minuman, perdagangan dan pengedaran motor seperti HR Owen di London Motor Show.
Selain itu, Berjaya Corporation terlibat dalam perkhidmatan telekomunikasi dan produk berkaitan teknologi maklumat.
Ia mempunyai 4 anak syarikat iaitu Berjaya Land Berhad, Berjaya Sport Toto Berhad, Berjaya Food Berhad dan REDtone International Berhad.
Berjaya Food Berhad
Kenny Rogers Roasters adalah milik perniagaan Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd.
Perniagaan Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd pula beroperasi di bawah anak syarikat Berjaya Corporation iaitu Berjaya Food Berhad.
Berjaya Food Berhad (BFood) dibadankan di Malaysia pada 21 Oktober 2009.
Ia telah tukar menjadi syarikat awam terhad pada 3 Disember 2009.
Kemudian disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada 8 Mac 2011.
Kesimpulan
Nak jadi sebahagian pemilik syarikat-syarikat besar ini?
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
Mahu tahu lebih banyak informasi berkaitan bisnes dan perniagaan di Malaysia mahupun luar negara, layari laman web mahersaham.com sekarang.
Subscribe channel Mahersaham di Youtube dan Facebook untuk mengikuti pelbagai perkongsian menarik.