Kenapa Penting Letak Nama Waris Untuk KWSP
Kenapa Penting Letak Nama Waris Untuk KWSP?
Ramai hari ini ada akaun kwsp tetapi terlupa untuk letak nama waris atau buat penamaan.
Ada juga yang tak tahu pun penting ke untuk letak nama waris ni. Ya penting!
Jika akaun kwsp anda tiada penama akan membawa kesusahan di kemudian hari. Jadi dalam artikel ini akan menerangkan kenapa penting letak nama waris untuk KWSP dan buat penamaan.
Apa itu Penamaan?
Penamaan adalah memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP kita sekiranya kita meninggal dunia kelak.
Kita wajib membuat perancangan awal dengan membuat penamaan ini bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan waris kita mendapat jaminan kewangan selepas kita meninggal dunia nanti.
Siapa Waris Yang Boleh Jadi Penama Untuk KWSP Kita?
Untuk proses meletakkan nama waris ini, anda boleh memilih individu atau institusi seperti Amanah Raya Berhad, ARB untuk menguruskan akaun kwsp selepas meninggal. Individu mestilah:
1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap. Jika bukan warganegara, mestilah teleh menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998
Individu atau institusi yang terlibat bertindak sebagai wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan kita kepada waris-waris yang berhak mengikut Undang-undang Islam apabila kita meninggal.
Sekiranya kita memilih institusi ARB sebagai penama, pihak ARB akan menjadi pentadbir kepada 100% simpanan kita dan menguruskan harta kita selepas kematian kita nanti
Kenapa Penting Letak Nama Waris Untuk KWSP?
1. Memendekkan proses pengeluaran:
Dengan meletakkan nama waris bagi akaun KWSP, maka akan memudahkan penama untuk mengeluarkan wang tersebut dan mengagihkan harta kepada waris-waris mengikut keperluan dan keadaan.
Tetapi jika tiada waris, proses tuntutan akan menjadi lebih rumit kerana akan memakan masa yang lama untuk membolehkan waris kita menuntut wang tersebut.
2. Elakkan sebarang kos dan kerumitan:
Sekiranya tiada penama, akan menyebabkan kerumitan kepada ahli keluarga kita kelak.
Apabila ahli keluarga kita datang untuk tuntut harta tersebut, proses unutk menuntut akan makan masa yang lama kerana memerlukan pengesahan dan proses yang panjang.
Boleh jadi proses ini akan mengambil masa sehingga setahun lamanya baru selesai waris dapat tuntut harta tersebut.
3. Memastikan waris mewarisi simpanan kita:
Dengan membuat penama, sebenarnya kita telah pun menyediakan waris kita peninggalan harta yang kita miliki.
Sekurangnya dengan peninggalan harta ini dapat menbantu waris atau keluarga kita untuk meneruskan kehidupan dengan bekalan wang tersebut.
Anda juga perlu tahu bahawa ramai yang meninggal hari ini tetapi tidak sempat menguruskan harta mereka dan menyebabkan banyak isu yang berlaku seperti harta tidak dituntut dan sebagainya.
Kesimpulan
Jadi untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari, anda wajib letak nama waris untuk kwsp anda.
Tak tahu macam mana nak letak nama waris untuk kwsp?
Jangan risau isi sahaja Borang Penamaan Online di Portal KWSP. Kemudian hantar sahaja di mana-mana cawangan kwsp yang berdekatan. Siap!
Pasikan juga penama yang anda letakkan itu adalah orang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Semoga bermanfaat!
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.