|

Kenapa Keuntungan LAYHONG Berkurang Dan Adakah Ia Akan Berulang?

Saham LAYHONG sudah pun jatuh lebih daripada 40% sejak 2bulan lepas.
Antara faktor penyumbang kepada kejatuhan harga saham LAYHONG adalah keuntungan LAYHONG yang jatuh teruk.

3 Jenis Telur Yang Dijual LAYHONG

Sebab utama adalah disebabkan oleh harga telur.

Layhong menjual 3 jenis telur:

  1. Table eggs – telur biasa yang murah. Margin keuntungan rendah, harga mudah naik turun.
  2. Functional eggs – telur yang memiliki brand, harga stabil dan margin untung agak tinggi.
  3. Liquid eggs – telur yang sudah melalui proses ‘pasteur’, dijual kepada bisnes atau syarikat lain seperti McDonalds (margin untung paling tinggi)

Layhong menghasilkan 3 juta telur setiap hari.

34.2% dari keseluruhan telur dating dari jenis functional eggs.
Liquid eggs adalah 20% dari keseluruhan telur.
Table eggs boleh dianggap lebih kurang 50% keseluruhan telur.

Namun demikian, Layhong terpaksa menjual table eggs dengan harga yang lebih rendah sedangkan kos untuk ladang ternakan sedikit meningkat.

Sumber : Semakan Harga Telur Ayam 2018

 

Kos-kos Yang Terlibat Dalam Ternakan Ayam

Makanan ayam adalah jagung dan kacang soya.
Kedua-dua ini diimport dalam USD.

Jadi faktor yang memainkan peranan adalah harga jagung, harga kacang soya dan juga pertukaran matawang Ringgit dan USD.

Namun benda yang perlu diingat juga adalah Layhong boleh menyimpan stok makanan ayam kerana mereka boleh bertahan lama.

 

Sensitiviti Keuntungan Layhong Berbanding Harga Makanan Ayam

Berdasarkan report dari UOB, 4-5% perubahan untung untuk setiap 1% perubahan harga makanan ayam.

Kebiasaannya penternak menyimpan bekalan makanan sehingga 6bulan. Oleh sebab itu, harga yang dibayar oleh mereka hari ini hanya akan nampak dalam laporan untung rugi syarikat 6 bulan kemudian.

 

Prospek Layhong

Pihak Pengurusan menyedari pentingnya memfokuskan kepada produk bermargin tinggi seperti liquid eggs.

Layhong sudah pun memiliki satu kilang untuk mempasteurkan liquid eggs di Meru, Klang.
Mereka dalam proses hendak membina satu lagi kilang di Pasir Gudang Johor.

Layhong pada ketika ini diniagakan pada 9x PER berbanding 16x PER.

Tambahan pula, kos makanan ayam sebenarnya adalah rendah kerana harga jagung dan harga kacang soya telah jatuh teruk (menguntungkan Layhong) bermula bulan Mei.

 

Jualan Telur Hanya 24% Daripada Jumlah Jualan

Ketika kita hendak melabur dalam sesebuah syarikat, apa yang penting bukanlah keuntungan dalam jangka masa yang singkat.

Namun adakah syarikat berkemampuan untuk menjana keuntungan dalam jangka masa panjang dan adakah ia mampu bertahan?

Segmen Processed & Frozen Foods

Segmen ini adalah 50% daripada jualan tahunan LAYHONG.

Mula masuk ke dalam market pasaran sejuk pada tahun 2012 di bawah brand Nutriplus.
Produk utama mereka adalah sosej dan nugget.

Margin keuntungan adalah stabil dan tinggi (lebih kurang 23% secara kasar).
Bahagian frozen food juga dikatakan adalah ‘downstream’ dan dalam ‘downstream’, brand yang bagus mampu mendapatkan keuntungan yang lebih besar.

Cara Mengembangkan Bahagian Frozen Food Dan Processed Food

Di Malaysia, makanan berasaskan sumber protein dari haiwan adalah pasaran yang agak tepu dan kurang mampu untuk berkembang besar.

Had limit adalah populasi penduduk dan persaingan antara syarikat, dan ini akan menyebabkan kita bergantung hanya kepada persaingan dari segi harga.

Penyelesaiannya?

Kemampuan untuk mengeksport makanan ke luar negara adalah satu kelebihan kepada LAYHONG.
Dengan banyuan dari NH Foods LTD syarikat Jepun, LAYHONG bakal membuka pasaran baru.

 

Siapakah NH Foods?

NH Foods dahulunya dikenali sebagai Nippon Ham, dan mereka adalah syarikat No 1 daging segar di Jepun dan adalah no 4 terbesar dalam dunia.

Sudah pun menjejaki 18 negara, sales bagi syarikat Jepun ini adalah 11.4Billion USD pada tahun lepas!

Peranan LAYHONG Sebagai Proksi Untuk Pasaran Makanan Halal

Pasaran makanan halal adalah satu pasaran yang besar dan cepat berkembang.

Masalah NH Food adalah mereka tidak memiliki lessen atau sijil halal untuk menjual produk di negara-negara muslim.

Oleh sebab itu, pada tahun 2016, NH Food memilih Malaysia sebagai eksport hub untuk makanan halal, dan menjadikan LAYHONG sebagai rakan bisnes.

Pada Januari 2016, NH Foods telah membeli 23% saham LAYHONG pada harga 58sen seunit dan tidak pernah menjual sebarang warrant pun!
Jika anda membeli saham LAYHONG, kos anda mungkin lebih rendah dari NH Foods iaitu RM0.535 seunit saham.

Hasil Joint Venture (JV) mereka sedang membina satu kilang memproses makanan yang dijangka siapa September 2018 dan seterusnya meningkatkan kapasiti LAYHONG memproses makanan sebanyak DUA KALI GANDA!

Agreement Antara NH Foods Dan LAYHONG

49:51 split.

LAYHONG akan menghasilkan ayam dan telur sementara NH Foods akan bertanggungjawab untuk R&D, pembuatan, eksport dan jualan di luar negara.

Sementara kilang mereka siap, mereka juga sudah mula menghasilkan beberapa produk dan dijual dalam Malaysia.

Hasilnya, mereka berjaya mengembangkan pasaran frozen food sebanyak 37% tahun lepas.
Itupun jualan dalam Malaysia sahaja.

Menjadi Pengeksport Makanan Mungkin Membawa LAYHONG Ke Peringkat Baru

Satu perbandingan antara pesaing LAYHONG :

 

LAYHONG adalah pemain yang paling rendah nilai jika dikira dari sudut PE Ratio.

Perbandingan yang lebih dekat dengan model bisnes LAYHONG adalah QL Resources.

QL Resources diniagakan pada PE Ratio 45x sedangkan LAYHONG adalah 9.8
Walaubagaimanapun hal ini tidak bermakna 45x adalah harga ‘fair’ untuk LAYHONG, Cuma yang nak ditekankan adalah risiko untuk melabur dalam LAYHONG adalah tersangat rendah.

 

Kesimpulan

  1. Earnings sepatutnya meningkat.
  2. Kos makanan ayam sepatutnya berkurangan.
  3. Perkembangan (growth) >10% sepatutnya akan berterusan
  4. Penilaian (Valuations) Harga saham adalah murah.
  5. Jika kita melabur sekarang, kita bakal mendapat harga yang lebih murah dari harga yang dibeli NH Foods pada 2.5 tahun lepas

 

Artikel Di Atas Diambil Dari :

CKing Stock Ideas

Similar Posts

2 Comments

Comments are closed.