|

Kenaikan Harga Minyak Mentah

Topik harga minyak mentah menarik untuk dikaji kerana hasil cukai negara kita banyak bergantung kepada pasaran petroleum dan gas negara.

Indikator ekonomi

Dalam ulasan kali ini, kami akan membawakan indikator ekonomi untuk menjangkakan pasaran masa hadapan ekonomi Malaysia dan juga dunia.

Tidak dinafikan bahawa implimentasi GST sebelum ini mengurangkan kebergantungan negara terhadap sektor minyak dan gas negara dimana pada masa tersebut harga minyak adalah pada paras 30 ke 40 USD/setong.

Dengan pengurangan GST sebanyak 0% pada masa sekarang tidak memberikan kesan kepada negara kerana harga minyak yang sudah meningkat kepada 70-76 USD/setong.

Namun kesan subsidi minyak kepada pengguna akan kerana harga minyak yang sudah meningkat dan juga kadar tukaran ringgit ke USD .

Dalam masa yang sama Moodys rating menyatakan implikasi pemberian subsidi akan menunjukkan kredit negative dalam rating.

Sebelum ini analisa minyak bergantung kait rapat dengan jumlah ‘Oil Rig’ yang beroperasi namun sekarang dengan efisyensi teknik peggerudian secara mendatar dan juga teknologi produksi yang tinggi secara fracking.

Jumlah Oil Rig yang beroperasi boleh dikatakan semakin efisyen dalam masa yang sama mengurangkan jumlah rig count dalam dunia.

Namun ‘Rig Count’ masih boleh diguna pakai sebagai salah satu indicator untuk menentukan jumlah-jumlah Rig yang beroperasi dalam menentukan pemangkin kepada kenaikan harga minyak dunia.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh blomberg data dan juga Baker Hughes, kadar kenaikan harga minyak mentah berkait rapat dengan penambahan jumlah ‘Oil Rig’ yang beroperasi.

 

Berdasarkan chart diatas menunjukkan kadar peningkatan ‘Oil Rig yang beroperasi daripada tahun 2016 ke 2018.

Kadar peningkatan adalah sekali ganda iaitu daripada sekitar 400 rig kepada 800 rig.

Ini berkadaran rapat dengan produksi minyak dunia terutamanya daripada OPEC sendiri dan juga peningkatan harga minyak dunia.

 

Sebab-sebab kenaikan harga minyak dunia.

Antara sebab kenaikan harga minyak dunia sekarang adalah disebabkan oleh beberapa perkara yang saya akan ulaskan.

Pengumuman yang dibuat OPEC kadangkala tidak bertepatan dengan apa yang dibuat oleh negara-negara pengeluar itu sendiri.

OPEC menyatakan pengeluaran adalah kurang daripada pasaran namun apa yang berlaku adalah disebaliknya.

Situasi Trump-Iran yang meletakan sekatan pengeksportan minyak Iran kepada negara asia sebelum sekatan ekonomi Iran yang akan berlaku pada bulan November.

Perkara yang sama pernah berlaku pada tahun 2010-2011 dimana Obama meluluskan rangka undang-undang mengenakan sekatan ekonomi terhadap Iran.

Dan harga minyak mentah telah meningkat kepada 120USD/ setong pada masa tersebut.

Pembeli daripada Asia sebenarnya boleh mengurangkan pembelian minyak mentah secara bertingkat-tingkat dan tidak secara mendadak.

Namun sekatan yang dikenakan oleh Trump adalah lebih parah lagi dimana pembelian minyak mentah daripada Iran dikenakan sekatan secara langsung bermula November 2018 nanti.

Ini akan menyebabkan harga minyak meneruskan kenaikan harga kerana Arab Saudi, Russia dan negara pengeluar minyak lain tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi ketika sekatan dikenakan.

Libya, kemusnahan tangki minyak eksport menyebabkan jumlah eksport minyak kepada 450,000 tong dan menyebabkan jumlah kapasiti stor berkurang.

Negara seperti Vanezuela dan Angola tidak mampu untuk meneruskan peningkatan produksi mereka kerana masalah ekonomi.

Dan juga tidak mampu bersaing kerana kos pengeluaran minyak sangat tinggi berbanding negara OPEC.

Syncrude pembekal kepada minyak mentah kepada Amerika Syarikat telah mengalami ganguan bekalan tenaga dan menyebabkan pengurangan 300,000 tong/sehari kepada Amerika.

Ini juga factor menyebab kekurangan bekalan kepada Amerika dan antara penyebab kenaikan harga minyak.

Walaupun kita tahu OPEC dan Arab Saudi akan menaikkan jumlah pengeluaran, namun persoalannya adakah jumlah pengeluaran oleh negara-negara pengeluar ini mampu memenuhi permintaan dunia.

Kesimpulan

Berdasarkan data, sejarah dan statistic yang dikaji oleh kami, kebarangkalian adalah tinggi untuk harga minyak akan pergi ke paras 78 – 80 USD/setong.

Jika kadar inflasi dan sentiment trade war meningkat mungkin harga minyak akan berkurang.

Tetapi jika trade war beransur pulih kebarangkalian untuk harga minyak lebih tinggi tidak dinafikan lagi.

Rujukan:

https://www.kallanishenergy.com/2018/07/02/working-rig-count-in-lower-48-drops-for-3rd-straight-week/

https://www.investing.com/economic-calendar/baker-hughes-u.s.-rig-count-1652

https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-04-13/rig-count-rises-in-u-s-as-opec-approaches-goal-to-bust-oil-glut

https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-01-11/rig-count-chaos-shale-drillers-are-confusing-u-s-oil-analysts

https://www.reuters.com/article/us-libya-oil-security-tank/storage-tank-at-libyas-ras-lanuf-oil-port-has-collapsed-oil-workers-idUSKBN1JF1XS

https://oilprice.com/Latest-Energy-News/World-News/PDVSA-Venezuela-Will-Struggle-To-Recover-Lost-Oil-Production.html

https://www.ogj.com/articles/2018/06/syncrude-canada-oil-sands-complex-down.html


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

 

Similar Posts