|

Kena Scam Dengan Property Manager

Hari ini bawa intern kata nak letak barang dulu dekat apartment. Kadang-kadang saya memang buat kerja bodoh berikan offer yang pelik-pelik. Apa yang peliknya, bagi internship dan siap sediakan penginapan lagi sepanjang internship.

.

Dah lama dah tak berurusan dengan orang baru dalam Mahersaham, mungkin langkah ini akan membuka lembaran-lembaran baru. Suatu masa dahulu, Mahersaham ada seorang intern, kemudiannya intern tersebut meningkat naik sampai jadi trainer Mahersaham.. sebelum masing-masing buat haluan sendiri.

.

Berbalik kepada memberikan tempat, asalnya tak terfikir pun.

.

Kisah bermula apabila ada intern berminat nak join Mahersaham buat internship, setelah tengok resume dan buat sesi interview, saya pun bersetuju untuk ambil. Tengok dia perkenalkan lagi kepada dua orang rakan dia, saya dah interview, nampak ok, jadi saya pun tawarkan untuk sertai. Alang-alang lebih seorang, mungkin ada baiknya semua letak kat satu tempat.

.

Kebetulan ada satu property ni saya serahkan kepada satu property manager untuk uruskan, namun dah berbulan ada masalah nak bayar. Kebetulan pula kena dengan sesi latihan intern, jadi daripada terbiar, lebih baik digunakan.

.

Apa yang Mahersaham boleh tawarkan sebagai latihan?

.

Mahersaham memang satu branding saya yang berkait dengan pelaburan saham, namun dalam proses nak menyampaikan maklumat dan mengajak orang ramai buka akaun dengan saya, nak menguruskan client, banyak proses ‘backend’ yang berlaku.

.

Ada penulisan. Ada marketing, macam-macam jenis. FB ads, Google ads, TikTok ads. Nak screen kaunter Dan maintain app mahersaham, perlu skill programming. Language seperti Angular, Ionic, Python ada digunakan.

.

Video pun dah lama tak buat sebab memang penat nak hasilkan video. Kalau ada intern yang bidang dia dalam Multimedia sebagai contoh, bolehlah nak join juga.

.

Jika berminat untuk jadi intern dengan Mahersaham, boleh ke https://wa.link/uo4zov

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *