Kemaskini Akaun CDS dengan Aplikasi Bursa Anywhere
Akaun CDS
Seperti yang ramai ketahui, terdapat beberapa broker yang boleh kita pilih untuk membuka akaun CDS.
Antaranya seperti Bimb Securities, Cimb Investment, Jupiter Securities, Malacca Securities dan banyak lagi.
Kemudian apabila berjaya membuka akaun CDS dengan mana-mana broker, sebenarnya Bursa Malaysia telah membina suatu Aplikasi mudah yang membolehkan kita menyemak maklumat diri kita.
Aplikasi ini lengkap dengan pelbagai maklumat pendeposit seperti alamat, maklumat bank, nombor telefon dan lain-lain.
Kemaskini akaun CDS dengan Bursa Anywhere
Kadang kala akan terdapat suatu masa dimana kita mahu mengubah maklumat diri yang berkaitan dengan CDS.
Maklumat diri kita mungkin berubah mengikut masa disebabkan oleh banyak faktor yang tidak dapat dielakkan.
Maka, dengan hanya menggunakan Aplikasi Bursa Anywhere sahaja dapat membantu untuk kemaskini akaun CDS kita tentang maklumat berkaitan.
Aplikasi mudah alih ini boleh didapati dan di muat turun terus di Google Play Store atau Apple Apps Store.
Sebagai contoh, kita mahu kemaskini alamat surat-menyurat atau nombor telefon kepada yang terbaru.
Maka semunya boleh hanya dibuat dengan Aplikasi ini sahaja.
Jadi sudah tidak perlulah lagi kita ke kaunter, telefon bahagian centre atau mengisi borang untuk kemaskini segala maklumat yang dikehendaki.
Cara menggunakan Bursa Anywhere
Mula-mula kita mestilah muat turun Aplikasi Bursa Anywhere ini terlebih dahulu.
Kemudian kita harus mendaftar akaun di Aplikasi ini seperti panduan di bawah
Pertama: Klik ‘Register’ untuk daftarkan akaun bagi Log masuk kali pertama
Kedua: Pilih jenis identiti samada nombor ic, ic tentera atau pasport
Ketiga: Masukkan nombor ic
Keempat: Kemudian masukkan tarikh lahir, jantina, alamat email dan nombor telefon
Kelima: Selepas itu, cipta Username dan Password. Klik ‘Next’
Keenam: Isikan jawapan bagi 3 soalan keselamatan yang dipilih. Dan siap!
Ketujuh: Klik ‘Agree’ untuk teruskan pendaftaran
Kelapan: Apabila pendaftaran berjaya dan pengesahan TAC, akan dapat lihat dashboard CDS
Kesembilan: Selepas itu kita akan dapat lihat dashboard senarai akaun CDS dan nilai portfolio kita
Kemudian selesai!
Kesimpulan
Dengan adanya Aplikasi Bursa Anywhere ini, maka kita sudah boleh kemaskini maklumat akaun CDS secara online sahaja.
Jadi kita boleh kemaskini segala maklumat CDS pada bila-bila masa sahaja dengan segera.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.