peserta kelas saham supertrader
| |

Kelas Saham Supertrader

Kelas Saham Supertrader, salah satu kelas saham advance anjuran Mahersaham yang berlangsung selama 2 hari di pejabat Mahersaham, telah pun selesai.

Ini adalah kali pertama kita mulakan kembali kelas advance setelah hampir dua bulan kami berehat, antaranya disebabkan bulan puasa dan juga raya.

Beberapa Pembaharuan Untuk Kelas Saham

Kali ini kita cuba membuat beberapa penambahbaikan, antaranya :

1. Kelas Saham Supertrader Diadakan Pada Hujung Minggu

Ramai yang hendak hadir pada sesi-sesi sebelum ini, yang kebiasaannya kita adakan di pejabat Mahersaham di Ayer Keroh, Melaka.

Namun mereka tidak dapat hadir kerana kita buat kelas tersebut pada hari biasa, weekdays. Hal ini antara lain disebabkan masa saya yang suntuk, tidak mampu untuk meluangkan masa hujung minggu untuk ‘handle’ kelas.

Pada semester yang lepas, saya telah pun menduduki peperiksaan CFA Level 1 yang diadakan pada penghujung bulan Jun.
Kesibukan menghadiri kelas dan dalam masa yang sama juga meningkatkan skil dalam data analytics – belajar Excel, VBA, kemudiannya Python ternyata memakan banyak masa dan juga tenaga.

Memandangkan sambutan yang menggalakkan, kami merancang untuk mengadakan kelas saham Supertrader di Shah Alam pada 29 dan 30 September 2018 ini.
Mereka yang berminat boleh rujuk di sini. 

2. Rakan Sepasukan, Elyas Amir Turut Membantu Memberi Pengisian

Kalau sebelum ini, untuk kelas Supertrader, kebanyakan pengisian adalah diberikan oleh saya sendiri. Kita juga ada membawakan slot berkaitan IPO (Initial Public Offering) dalam silibus, dibawakan oleh Tuan Lukman.

Dengan bertambahnya instruktor dalam penyampaian silibus, ini memberi nafas baru dan perspektif yang berbeza kepada para peserta di mana mereka boleh mendapatkan kepakaran yang berbeza dan belajar lebih dari satu sifu dalam jangka masa dua hari pembelajaran.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Tuan Elyas sebenarnya baru sahaja secara rasmi berhenti bekerja sebagai ‘engineer’  pada bulan 3 tahun ini untuk sertai team Mahersaham.

Bagi saya itu adalah satu pengorbanan dan nekad yang pastinya sesuatu yang sangat dihargai dan berharap Mahersaham dapat menjadi platform untuk menyerlahkan bakat dan potensi beliau dalam bidang saham ini.

Apakah Silibus Yang Kami Ajarkan Dalam Kelas Saham Supertrader?

Hari Pertama

  • Jenis Akaun CDS – direct vs nominee, cash vs limit,margin, islamic dan non islamic
  • Cara Deposit duit dan withdraw
  • Susun Atur Layout di Platform Trading M+/Maybank/BankIslam/Hongleong
  • 4 Kriteria Asas Fundamental Analysis
  • 4 Kriteria Asas Technical Analysis
  • IPO – Cara Nak Beli Dan Tingkatkan Peluang Berjaya Dapat IPO

Hari Kedua

  • Tiga Jangka Masa dalam Pelaburan
  • Tiga Teknik – 1 Teknik untuk Setiap Jangka Masa Pelaburan
  • Teknik Superstock Untuk Dapatkan >100% Profit
  • Cara Intraday Untuk Jadi Scalper atau Raja/Ratu Rempit
  • Teknik Chartist Untuk Mid Term
  • Portfolio Management, Kawalan Risiko dan Pecahan Modal
  • Requirement Untuk Menggunakan Tiga Teknik

Feedback Daripada Para Peserta Kelas Saham Supertrader

kelas saham mahersaham 1 kelas saham mahersaham 2 kelas saham mahersaham 3 kelas saham mahersaham 4 kelas saham mahersaham 5

Sesi Bergambar Bersama Peserta Kelas

elyas amir kelas saham peserta kelas saham supertrader maher alias kelas saham

Cadangan Membuat Kelas Saham Mahal

Baru-baru ini ada beberapa orang cadangkan kepada kita  untuk buat kelas mahal.
Mungkin nilai yang kita beri tak setimpal dengan harga yang kita tawarkan.

Tuan puan boleh lihat antara dalam ‘feedback’ yang diberikan oleh para peserta Kelas Saham Supertrader adalah harga yang ditawarkan SANGAT BERPATUTAN.

Mana tidaknya, silibus yang kami rangka, dua hari kelas penuh, membolehkan para peserta mencapai level ADVANCE kalau tidak PRO sekalipun daripada level BEGINNER.

Pengetahuan Dan Pengalaman

Kelas yang kami anjurkan, silibus yang kami kongsikan kepada para peserta adalah berdasarkan kapasiti kami sebagai Remisier atau MR, ejen yang rapat dan memang berurusan dengan client dalam urusan jual beli saham di Bursa Malaysia.

Teknik-teknik yang terhasil adalah hasil daripada hampir hari-hari kami hadap naik turun pasaran saham di Bursa Malaysia.

Dalam masa yang sama, kami juga kerap menimba ilmu pengetahuan, lengkapkan diri kami dengan segala tools terkini yang dapat memudahkan lagi analisa saham, ambil beberapa peperiksaan yang penting semata-mata nak jadi yang terbaik dalam dunia saham.

Mahersaham Untuk Orang Kebanyakan

Soal kelas saham mahal atau murah adalah persoalan yang tidak sepatutnya diajukan jika anda mengenali Mahersaham.

Jika tuan puan meneliti usaha-usaha Mahersaham dalam dua bulan kebelakangan ini, tuan puan akan sedar bahawa kita mula mengubah laman web mahersaham.com sebagai satu platform untuk kita berhubung dengan ‘mass market’ atau ‘mass audience’.

Umum mengetahui bahawa orang kebanyakan bukanlah orang yang berada dan tidak mudah untuk mengeluarkan duit pergi ke kelas mahal.
Jika kita buat terlalu mahal, maka apa yang akan jadi dengan masyarakat umum?

Mengabaikan masyarakat umum, kita meninggalkan peluang untuk mewujudkan budaya celik kewangan dalam masyarakat.
Padahal saham (investment) ternyata adalah salah satu cabang financial freedom yang utama seperti yang disebutkan oleh Robert T. Kiyosaki dalam financial quadrant.

Mahersaham Adalah Startup

Impian kami nak jadi sebahagian daripada masyarakat, terutamanya dalam bab saham.

Ada sebab kenapa kita cerita benda-benda ni. Yang berminat nak tahu perkembangan Mahersaham, nak tahu apa nilai-nilai yang kami pegang, mereka akan baca.

Jika sudah baca dan turut merasakan nilai yang kami pegang sama dengan nilai yang tuan/puan percaya atau pegang, bagi saya, tuan/puan juga sebenarnya adalah sebahagian daripada team Mahersaham juga.
Insyaallah mungkin jika berpeluang, tuan/puan juga akan bekerjasama dengan kami untuk hasilkan sesuatu yang terbaik buat komuniti saham di Malaysia.

Untuk anda berjaya dalam pasaran saham, nak atau tidak tuan puan kena tunjukkan kesungguhan juga, tidak belajar separuh jalan.
Tuan puan perlu berada dalam komuniti ‘like minded’ yang tahu kepentingan saham.

Antara langkah-langkah yang tuan puan boleh ambil SEKARANG,

Sekian terima kasih kepada yang tidak henti-henti menyokong usaha-usaha kami.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts