What is mass media
|

Kebaikan Media Sosial Untuk Perniagaan

Tidak jauh perbezaan antara media massa dengan media sosial.

Laporan yang dipetik daripada kedua-duanya sangat berguna dan memang tak akan pernah basi!

Sentiasa menyajikan pencari maklumat dengan pelbagai pendedahan baharu itulah matlamat utama media.

Kebanyakan media mempunyai segmen yang tersendiri yang terdiri daripada maklumat terkini, sukan, ekonomi, hiburan dan bermacam lagi.

Lain pula halnya dengan media utusan yang  mengalami kerugian mencecah RM3 juta setiap bulan!

Media Sosial Untuk Perniagaan

Jaringan media sosial telah menjadi tempat utama para usahawan membina rangkaian perhubungan yang sangat meluas untuk perniagaan mereka.

Tidak kurang juga penggunaan akhbar digital seperti utusan, berita harian dan lain-lain dijadikan sebagai medium untuk tujuan pengiklanan dan mempromosi perniagaan mereka.

Alangkah bagusnya jika kesemua media yang terdapat di Malaysia digunakan dengan sepenuhnya untuk mengembangkan lagi perniagaan dan ekonomi umat ke tahap yang membanggakan negara!

Bukankah itu lebih menguntungkan daripada terus menerus memasukkan maklumat-maklumat yang membakar sentimen bersifat memecahbelahkan kaum dan menyemarakkan pergaduhan sesama rakyat Malaysia!

Apa akan jadi jika media utama yang telah lama bertapak di bumi bertuah ini tiba-tiba diberhentikan dengan alasan ianya berkait rapat dengan parti politik yang lepas.

Sungguh menghairankan alasan sebegitu diperdengarkan kepada umum.

Malah, ia akan memberikan perspektif yang buruk terhadap imej dan reputasi tampuk kepimpinan Malaysia yang kita cintai.

Media mempunyai beberapa fungsi tertentu jika diteliti.

“Surveillance”

Kesemua deria berfungsi jika membaca media di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Maklumat tentang perkara yang berlaku di sekeliling kita, isu-isu semasa, berita-berita terkini setiap hari dan ramalan kaji cuaca boleh didapati dengan mudah melalui pembacaaan media.

“Correlation”

Setiap orang yang membaca media akan cenderung memilih fakta yang boleh digunapakai serta sesuai dengan citarasa mereka.

Selalunya, “fakta yang media sampaikan adalah benar” masih boleh dipersoalkan dan sejauh manakah media boleh dipercayai.

Jadi, media tidak boleh bersifat objektif dan bias terhadap sesuatu perkara yang ingin disampaikan.

“Sensationalization”

Mudahnya media menyebarkan berita-berita buruk tentang sesuatu perkara.

Antara prinsip yang perlu ada dalam media, “Good journalism sells as well as bad journalism”, “if it bleads, it leads”.

Fungsi Media Dalam Mengembangkan Perniagaan

Media yang menggunakan fungsi-fungsi yang dinyatakan dengan betul boleh membantu sesuatu perniagaan berkembang.

Apabila prestasi perniagaan yang dilaporkan media selari dengan perkembangan perniagaan syarikat tersebut, maka peluang untuk syarikat menghasilkan keuntungan akan semakin bertambah.

Dalam hal ini, fungsi “validation” diperlukan untuk mengesahkan pembawakan nilai dan matlamat syarikat untuk didedahkan kepada pengetahuan umum.

Ingin tahu bagaimana cara yang paling efektif untuk mengembangkan perniagaan selain menggunakan medium media sosial? Sertai kursus pembelajaran saham.

Kesimpulan

Jangan sesekali membiarkan maklumat yang tidak tepat mengenai syarikat berjaya diperoleh oleh pihak media.

Ini akan mengundang padah apabila mereka memutarbelit maklumat melalui ruangan media.

Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !

Similar Posts