|

Keadaan Pasaran Saham Malaysia Jatuh

Keadaan Pasaran Saham Malaysia Jatuh

Keadaan pasaran saham Malaysia jatuh kini banyak dilaporkan oleh Akhbar-akhbar tempatan.

Antara headline yang menjadi topik utama akhbar tersebut ialah “pasaran  saham merudum hanya jangka pendek”, “Malaysia satu-satunya pasaran saham Asia susut tahun ini” dan banyak lagi.

Sila rujuk di sini

Suasana pasaran saham di Bursa Malaysia kini amat merisaukan pelabur-pelabur tempatan.

Ini secara tidak langsung membuatkan mereka segera menjual semua saham-saham yang ada dalam pegangan mereka.

Antaranya ada yang menjual dalam posisi rugi, kerana tidak mahu terus menanggung kerugian (dengan mengamalkan konsep “cut-loss”).

Manakala, sebahagian yang lain pula menjual saham dalam pegangan walaupun masih lagi meraih untung yang terlalu sedikit.

Boleh Jangka Keadaan Pasaran Saham?

Namun begitu, adakah semua pelabur mampu menjangkakan keadaan pasaran saham akan sentiasa berkembang dan kekal stabil seiring dengan perkembangan ekonomi di luar negara?

Atau mereka langsung tidak dapat meramalkan keadaan pasaran saham boleh jatuh sekelip mata?

Dalam hal ini, pelabur-pelabur sangat perlu melengkapkan diri dengan segala pengetahuan berkaitan pasaran saham samada dari segi fundamental mahupun teknikal analisis.

Ini penting sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang risiko yang bakal berlaku ketika pasaran saham merudum.

Ada segelintir pelabur yang baru nak berjinak dengan dunia saham tentu mencari-cari kelas saham yang murah dan berpatutan terutama sekali apa yang dipelajari mampu difahami dan dipraktikkan dengan mudah.

Ilmu Keadaan Pasaran Saham Penting?

Melabur sahaja tanpa ada ilmu pengetahuan tidak cukup.

Ini menjadikan pelabur-pelabur berhenti melabur serta merta kerana tidak tahu bagaimana mengatasi serangan-serangan sentimen dari semua penjuru.

Sebenarnya, tindakan pelabur inilah yang menyebabkan pasaran saham semakin merosot dan seterusnya menyebabkan ketidakstabilan kepada ekonomi dalam dan luar negara.

Oleh itu, terdapat banyak indikator dalam memahami trend pasaran saham.

Untuk mempelajari semua indikator ini tentunya mengambil masa yang lama dan berhari-hari.

Walaubagaimanapun, semua itu boleh didapati dengan mudah di website mahersaham.com.

Akhir kata, segala jawapan kepada semua persoalan berkaitan dengan indikator-indikator kejatuhan pasaran saham ada di platform mahersaham.com.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak boleh memberi manfaat kepada para pembaca dan penuntut ilmu saham.

Similar Posts

One Comment

Comments are closed.