Kajian Prestasi IPO Yang Lepas
Sebagai seorang pelabur, adalah penting untuk memahami prestasi saham IPO dan membuat kajian IPO terhadap syarikat yang terdahulu sebelum membuat keputusan pelaburan.
IPO atau Penawaran Awam Perdana ialah proses di mana sebuah syarikat yang ingin disenaraikan di bursa saham mengeluarkan saham untuk dijual kepada pelabur awam untuk pertama kali. Apabila sebuah syarikat membuat IPO, ia memberikan peluang kepada pelabur untuk memiliki saham di syarikat itu dan menyumbang kepada pertumbuhan syarikat dan pasaran kewangan.
Kenapa Perlu Kaji?
Berikut adalah beberapa sebab mengapa membuat kajian IPO terhadap prestasi saham yang lepas sangat penting.
- Mengelakkan Risiko Pelaburan yang Tidak Baik
Mempelajari prestasi saham IPO terakhir dapat membantu pelabur mengelakkan risiko pelaburan yang tidak baik. Jika saham IPO sebelum ini tidak berjaya, pelabur harus mengambil kira faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan dan memutuskan sama ada risiko pelaburan yang sedang dipertimbangkan adalah berbaloi.
- Memahami Trend Pasaran
Membuat kajian IPO terakhir juga dapat membantu pelabur memahami trend pasaran. Jika saham IPO sebelumnya berjaya, ia mungkin menunjukkan bahawa pasaran sedang berkembang atau trend tertentu sedang popular dalam industri tersebut. Ini boleh memberikan panduan kepada pelabur dalam membuat keputusan pelaburan mereka.
- Menyokong Keputusan Pelaburan
Mempelajari prestasi saham IPO terakhir boleh membantu pelabur dalam membuat keputusan pelaburan yang lebih baik. Dengan mempelajari prestasi saham IPO terdahulu, pelabur dapat mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi saham dan membuat keputusan yang lebih baik mengenai sama ada untuk melabur dalam saham IPO yang baru.
- Menjimatkan Masa dan Tenaga
Kajian IPO yang lepas juga boleh menjimatkan masa dan tenaga pelabur. Dengan memahami prestasi saham IPO terdahulu, pelabur dapat mengelakkan melakukan penyelidikan yang berlebihan pada saham IPO yang baru dan fokus kepada saham yang mempunyai potensi yang lebih baik.

Berikut ialah prestasi Hari Pertama 10 syarikat IPO yang didagangkan terkini (3 April 2023) [Ringgit Malaysia]
Bil | IPO | Harga Diapungkan | Harga Tertinggi(%) | Harga Terendah(%) | Harga Buka(%) | Harga Tutup(%) |
1 | OPPSTAR BERHAD | 0.63 | 2.95 368.25% | 2.00 217.46% | 2.05 225.39% | 2.43 285.71% |
2 | CAPE EMS BERHAD | 0.90 | 1.50 66.66% | 1.32 46.66% | 1.42 57.77% | 1.50 66.66% |
3 | VESTLAND BERHAD | 0.33 | 0.46 540.90% | 0.34 12.12% | 0.38 15.15% | 0.39 18.18% |
4 | TT VISION HOLDINGS BERHAD | 0.34 | 1.70 400% | 1.03 202.94% | 1.49 338.23% | 1.28 276.47% |
5 | KUMPULAN KITACON BERHAD | 0.68 | 0.99 45.58% | 0.74 8.823% | 0.99 45.58% | 0.75 10.29% |
6 | WELLSPIRE HOLDINGS BERHAD | 0.23 | 0.56 156.52% | 0.325 41.30% | 0.33 43.47% | 0.43 86.95% |
7 | NATIONGATE HOLDINGS BERHAD | 0.38 | 1.00 163.15% | 0.805 111.84% | 0.81 113.15% | 1.00 163.15% |
8 | DS SIGMA HOLDINGS BERHAD | 0.55 | 0.83 50.90% | 0.605 10% | 0.81 47.27% | 0.62 12.72% |
9 | L&P GLOBAL BERHAD | 0.30 | 0.55 83.33% | 0.405 35% | 0.42 40% | 0.545 81.66% |
10 | ITMAX SYSTEM BERHAD | 1.07 | 1.55 44.85% | 1.35 26.16% | 1.52 42.05% | 1.38 28.97% |
Pemerhatian Terhadap Prestasi Lepas
Berdasarkan prestasi hari pertama 10 syarikat yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia, terdapat beberapa pemerhatian yang boleh dibuat :
- Tiada IPO yang rugi pada hari pertama didagangkan
- Pulangan tertinggi yang diperolehi pada hari pertama ialah 400% iaitu syarikat TT Vision Holdings Berhad diikuti 368.25% (Oppstar Berhad) dan 163.15% (Nationgate Holdings Berhad)
- Pulangan terendah yang diperolehi pada hari pertama ialah 8.823% iaitu syarikat Kumpulan Kitacon Berhad diikuti 10% (DS Sigma Holdings Berhad) dan 12.12% (Vestland Berhad)
- Pulangan terendah yang diperolehi jika menjual pada harga buka ialah 15.15% (Vestland Berhad), diikuti oleh 40% (L&P Global Berhad) dan 42.05% (Itmax System Berhad)
- Pulangan terendah yang diperolehi jika menjual pada harga tutup ialah 10.29% (Kumpulan Kitacon Berhad) diikuti oleh 12.72% (DS Sigma Holdings Berhad) dan 18.18% (Vestland Berhad)
Strategi Pedagang IPO
Antara pendekatan popular dalam kalangan pemohon IPO ialah menjual pegangan saham pada hari pertama syarikat didagangkan.
Berdasarkan pemerhatian ringkas terhadap prestasi IPO pada hari pertama, terdapat beberapa strategi yang boleh diambilkira oleh pedagang untuk digunakan.
Antara strategi tersebut ialah :
- Menjual terus 100% pegangan saham pada harga buka
- Menunggu hingga harga tutup untuk menjual 100% pegangan saham
- Menjual 50% pegangan saham pada harga buka dan menjual bakinya pada harga tutup
- Menjual 50% pegangan saham pada harga buka dan menjual bakinya pada harga yang dianggap terbaik pada hari tersebut. Jika harga makin naik, kita akan lebih untuk berbanding menjual 100% pegangan saham pada harga buka. Jika harga jatuh, sekurang-kurangnya kita telah berjaya menjual 50% pegangan saham pada harga yang lebih tinggi.
Jadi, semuanya terpulang kepada individu, strategi mana yang lebih diminatinya.
Namun begitu, ini adalah pemerhatian untuk 10 IPO terkini pada masa tulisan ini dibuat. Ada banyak lagi faktor lain yang tidak dikaji dalam tulisan ini seperti tarikh IPO diapungkan, terdapat faktor pasaran yang memberi kesan kepada prestasi semasa IPO, keadaan trend FBMKLCI, latar belakang IPO, sektor IPO dan pelbagai lagi. Jadi, pelbagai perkara yang perlu diambil kira sebelum memohon sesuatu IPO.
Terdapat juga jenis orang yang memohon IPO ini dalam kalangan pelabur. Mereka tidak akan menjual IPO yang dimiliki pada hari pertama. Mereka akan menyimpan pegangan saham mereka sehingga matlamat pelaburan mereka tercapai.

Belajar IPO Dari A Sampai Z
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.
Kesimpulan
Sebagai pelabur, adalah penting untuk membuat kajian IPO terakhir sebelum membuat keputusan pelaburan. Dengan memahami prestasi saham IPO terdahulu, pelabur dapat mengelakkan risiko pelaburan yang tidak baik, memahami trend pasaran, menyokong keputusan pelaburan yang lebih baik, dan menjimatkan masa dan tenaga dalam membuat keputusan pelaburan. Oleh itu, pelabur harus memberikan perhatian yang serius kepada prestasi saham IPO terakhir sebelum membuat keputusan pelaburan mereka.
Jika anda berminat nak mohon IPO, tapi tak tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk membeli IPO, baca artikel Berapa Banyak Modal Untuk Mohon IPO?.
Jika anda masih mencari-cari cara nak memohon IPO, boleh ke Beli IPO di Maybank – Guna Maybank2u atau CARA MOHON IPO MITI UNTUK BUMIPUTRA.
Belajar IPO Dari A Sampai Z
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.
Jangan terlepas info berkaitan saham di Telegram Channel Mahersaham