Kajian Prestasi IPO Saham US
Initial Public Offering, IPO merupakan proses pertama yang perlu dilalui oleh semua syarikat baru untuk disenaraikan tidak kira di mana-mana pasaran sekalipun. Proses ini merupakan proses dimana syarikat akan dapat mengumpul dana yang diperlukan untuk mengembangkan syarikat. Sebagai tukaran, mereka menjual sebahagian pegangan saham mereka kepada orang awam. Kajian terhadap prestasi IPO US sangat penting sekiranya anda ingin terlibat dalam pelaburan IPO di Amerika Syarikat.
Pasaran Amerika Syarikat (US)
Umum mengetahui, pasaran di Amerika Syarikat (US) merupakan pasaran yang paling mendapat perhatian di seluruh dunia. Bilangan kaunter yang terdapat dalam pasaran US melebihi daripada 10,000 kaunter yang disenaraikan. Sudah tentu saban tahun akan ada lebih banyak syarikat yang ingin disenaraikan dalam pasaran saham yang paling berpengaruh ini.

Mengapa Perlu Kaji Prestasi IPO
Kajian terhadap prestasi IPO yang lepas sangat penting terutamanya kepada pelabur yang ingin membuat keuntungan melalui proses IPO. Sama ada memohon ketika diapungkan atau mempunyai strategi yang lain seperti membuat keuntungan pada hari pertama didagangkan. Jadi jom sama-sama kita melihat pretsasi 20 IPO terkini di pasaran US (artikel ini ditulis pada 18 Mei 2023).

Prestasi IPO Terkini
Bil | IPO | Tarikh IPO | Hari Pertama (%) | Selepas 30 Hari (%) |
1 | Alchemy Investments Acquisition Corp 1 | 5/5/2023 | +1.10% | N/A |
2 | ACELYRIN, Inc. | 5/5/2023 | +30.56% | N/A |
3 | Kenvue Inc. | 4/5/2023 | +22.27% | N/A |
4 | Golden Star Acquisition Corp | 2/5/2023 | +1.50% | N/A |
5 | Interactive Strength, Inc. | 28/4/2023 | -17.37% | N/A |
6 | Jayud Global Logistics Ltd | 21/4/2023 | +26.00% | N/A |
7 | U Power Ltd | 20/4/2023 | +619.67% | N/A |
8 | U.S. GoldMining Inc. | 20/4/2023 | -9.60% | N/A |
9 | WANG & LEE GROUP, Inc. | 20/4/2023 | -38.00% | N/A |
10 | Top KingWin Ltd | 18/4/2023 | +5.00% | N/A |
11 | Trio Petroleum Corp. | 18/4/2023 | -24.33% | N/A |
12 | CytoMed Therapeutics Ltd | 14/4/2023 | N/A | -26.75% |
13 | VCI Global Ltd | 13/4/2023 | +6.25% | -25.25% |
14 | GOLDEN HEAVEN GROUP HOLDINGS LTD. | 12/4/2023 | +0.25% | +5.00% |
15 | ARB IOT Group Ltd | 5/4/2023 | -3.75% | -3.25% |
16 | Ispire Technology Inc. | 4/4/2023 | +7.86% | +25.71% |
17 | Millennium Group International Holdings Ltd | 4/4/2023 | -19.75% | -54.00% |
18 | Multi Ways Holdings Ltd | 3/4/2023 | +254.80% | -50.80% |
19 | HiTek Global Inc. | 31/3/2023 | +11.20% | +14.40% |
20 | SHENGFENG DEVELOPMENT Ltd | 31/3/2023 | +0.50% | +2.75% |
Pemerhatian Terhadap Prestasi Lepas
Berdasarkan data 20 IPO terikini yang baru disenaraikan di US, terdapat beberapa pemerhatian yang boleh dikenalpasti :
- Untuk hari pertama didagangkan, jumlah syarikat yang untung mengatasi syarikat yang rugi iaitu sebanyak 12 kaunter untung manakala 7 kaunter mengalami kerugian.
- Selepas 30 hari didagangkan, sebanyak 4 kaunter mencatatkan keuntungan manakala 5 kaunter menunjukkan kerugian.
- Keuntungan tertinggi yang diperolehi pada hari pertama didagangkan ialah kenaikan +619.67% (U Power Ltd) manakala kerugian terburuk pula ialah -38.00% (WANG & LEE GROUP, Inc.)
Kesimpulan
Daripada pemerhatian ringkas yang diperolehi, tiada hipotesis yang betul-betul kukuh yang boleh dibuat. Boleh jadi kajian perlu dilakukan dengan lebih mendalam dengan mengambil kira faktor sektor IPO yang terlibat, keadaan pasaran semasa hari pertama didagangkan, dan boleh jadi juga perlu menambah lagi bilangan IPO yang dikaji.
Pasaran US merupakan pasaran yang paling mendapat perhatian di seluruh dunia. Setiap pasaran mempunyai ragam yang berbeza. Tidak boleh dengan hanya mengkaji di pasaran Bursa Malaysia, kita menganggap pasaran US juga menunjukkan hasil yang sama. Lain padang lain belalang.
Sebagai seorang pelabur ataupun pedagang, perkara paling penting yang perlu dilakukan ialah mempunyai ilmu pengetahuan dan kajian yang mendalam sebelum kita membuat sebarang transaksi pelaburan. Ini dapat meningkatkan lagi kemungkinan untuk mendapat keuntungan dan juga mengurangkan risiko.

Mendalami Ilmu Pasaran US
Tambah ilmu anda dalam pasaran US dengan membaca artikel yang berkaitan di https://www.mahersaham.com/category/asas-saham/saham-luar-negara/
Buka Akaun Saham Global
Nak buka akaun untuk melabur di pasaran global? Daftar di Daftar Akaun Saham Luar Negara.
Dah jadi client tapi masih belum masuk dalam group client? Jom masuk disini.