Kadar penurunan GST dalam Bursa Saham

Seperti yang kita maklum, kadar penukaran GST(Goods and sales Service tax) daripada 6% kepada 0% berlaku pada 1 Jun 2018. Kita akan dapat melihat penurunan harga barangan dengan kadar penukaran GST ini. Ini akan menggalakkan kadar perbelanjaan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Dengan pertumbuhan ekonomi juga dijangka menggalakkan aktiviti inflasi yang terkawal.

Impak pengurangan kadar GST ada kaitannya juga pada pasaran saham dimana setiap transaksi caj yang dikenakan sebelum ini akan berkurangan.  Contoh dibawah adalah pembelian sesuatu saham oleh pelabur runcit yang dikenakan oleh broker dimana Caj dibandingkan antara scenario yang berbeza sebelum penukaran kadar GST daripada 6% kepada 0% termasuk caj lain yang dikenakan oleh Bursa dan Kerajaan. Dalam contoh tersebut kita mengambil kira servis caj broker yang dikenakan oleh Malacca Securities Sdn Bhd yang berkadaran 0.08% atau minima RM8.

Senario 1: dimana kadar pembelian dikenakan pembayaran sebanyak RM21.66. Ini adalah kadar GST dikenakan sebanyak 6%.

Senario 2: dimana kadar pembelian dikenakan pembayaran sebanyak RM21.00 (pengurangan sebanyak RM0.66 kadar GST sifar dikenakan)

Senario 3: dimana kadar pembelian dikenakan pembayaran sebanyak RM 8.00 sahaja selepas pengurangan GST kepada 0% dan juga perlepasan beberapa caj lain. Senario ketiga dimana Setem Duti diberi pengecualian kepada pembelian saham-saham kaunter bermodal kecil dan sederhana diantara syarikat bermodal antara RM200 Juta ke RM2 billion yang tersenarai sehingga 31 Desember 2017. * Bagi pembukaan akaun saham baru, Clearing fees juga tidak akan dikenakan sebarang caj dan tidak terhad pada mana-mana syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

Menerusi kajian scenario-senario yang diterangkan, pengurangan GST memberi impak yang tidak begitu ketara kepada pelabur runcit, tetapi jika pelaburan yang melibatkan modal yang besar, aliran dagangan yang begitu banyak dan pengunaan AI(Artificial Inteligence) pasti pengurangan GST akan memberi penjimatan yang banyak kepada pelabur-pelabur bermodal besar.

Tidak dinafikan bahawa scenario 3 dimana perlepasan Duti setem dan juga clearing fees memberikan impak yang sangat besar dalam pelaburan saham oleh pedagang runcit dimana pengurangan sehingga 80% daripada transaksi perbezaan antara scenario 1 dan scenario 2. Ini kerana kadar Setem Duti adalah berkadaran dengan modal yang dilaburkan dan ianya memberikan impak yang begitu ketara jika pemansuhan setem duti itu dilakukan. Ini bermaksud para pelabur runcit dapat melakukan penjimatan dalam perdagangan mereka dan boleh melakukan beberapa transaksi dengan kos transaksi yang lebih rendah berbanding sebelum ini. Namun begitu haruslah diingatkan bahawa scenario 3 termaktub pada pembelian saham syarikat khusus sahaja.

Rujukan: https://www.sc.com.my/post_archive/securities-commission-malaysia-and-bursa-malaysia-to-implement-new-measures-to-boost-market-vibrancy/

Kata kunci: # GST, # Cukai, # Caj Broker

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts