Kadar Dasar Semalaman OPR Tidak Akan Dikurangkan
Kadar Dasar Semalaman OPR Tidak Akan Dikurangkan
Hai dan salam sejahtera! Tuan-tuan dan Puan-puan, jika sebelum ni saya ada share artikel mengenai Kadar Dasar Semalam dikekalkan dan hari nie sekali lagi saya akan share dengan korang semua mengenai satu berita tentang OPR juga.
Haaa..korang tahu tak OPR nie apa?
OPR ni adalah Overnight Policy Rate atau (Kadar Dasar Semalaman).Ia adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
Nak lebih faham lagi..
Ia adalah kadar yang dikenakan oleh bank yang berikan pinjaman dekat bank yang meminjam sejumlah dana(duit).

Pada tarikh 26 Nov 2020 iaitu semalam, telah keluar satu berita mengenai OPR ini juga.
Berdasarkan berita ini, ahli ekonomi melihat OPR akan maintain dan tidak akan dikurangkan yang mana meeting berkaitan monetary policy akan berlangsung pada Jan tahun hadapan
Jika dilihat pada masa sekarang, qurrent level OPR adalah 1.75% yang telah dipersetujui oleh CGS, MIDF dan UOB.
Yang mana mereka mengatakan bahawa mereka tidak melihat wujudnya satu keputusan untuk mengurangkan lagi kadar OPR yang sedia ada kepada kadar yang lebih rendah.
Kesan Kadar Dasar Semalaman Dikurangkan/ Direndahkan
Apa kesan OPR ni pada kita semua???
Untuk pengetahuan korang, OPR ini akan memberi kesan kepada kadar pinjaman kita dan juga kadar pinjaman bank.
Korang kena faham…ketika OPR direndahkan atau dikurangkan ia membawa kepada pengaliran duit.
Jadi, kerajaan decide untuk mengalirkan duit lagi dalam pasaran dgn cara merendahkn kadar interest sekaligus mengalakkan pinjaman.
Akan tetapi, walaupun kadar itu rendah pihak bank tetap akan mengambil langkah berhati-hati dengan tidak sewenang-wenangnya memberi atau memudahkan dari segi pemberian pinjaman.
Kelebihan OPR Dikurangkan
Apakah pula kelebihan OPR ini dikurangkan pada seseorang??
Mungkin kadar yang rendah ini memberi kesan yang baik pada sesetengah orang sahaja.
Dimana bila berlaku sesuatu konflik ekonomi atau krisis berlaku perpindahan kekayaan iaitu wealth transfer daripada satu golongan kepada golongan lain.
Orang yang mendapat peluang adalah orang yang sudah kukuh dari segi finance, dalam kata lain orang yang berduit.
Hal ini kerana, pada keadaan sekarang nie bank akan lebih nak memberi pinjaman kepada golongan ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengurangan OPR ini terdapat kelebihan dan kekurangannya terhadap sesetengah individu.
Selain itu, pengguna juga harus lebih berwaspada untuk tidak terlalu berbelanja sebagai langkah berhati-hati. Hal ini disebabkan oleh kedudukan kewangan dan ketidaktentuan pasaran ketika ini.
_________________________________________________________________________________________
Moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda.
Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.