kad BigPay

Kad BigPay-Kad Prepaid Mastercard

Apa Itu BigPay?

BigPay diperkenalkan oleh Air Asia iaitu Tony Fernendes sebagai salah satu cara orang ramai dapat berbelanja secara cashless seperti E-wallet.

Yang menariknya BigPay merupakan kad prepaid Mastercard, sama fungsinya seperti kad kredit yang boleh digunakan untuk pelbagai pembayaran termasuk secara Online, Paywave dan nombor Pin.

BigPay juga memudahkan anda mengawal perbelanjaan bulanan kerana hanya perlu topup jumlah perbelanjaan yang anda telah rancang sahaja.

Kemudian duit lebihan lain boleh asingkan sebagai simpanan.

Sebagai contoh, selepas buat kira-kira kos perbelanjaan bulanan anda RM700 katakan.

Jadi anda hanya perlu topup duit belanja RM700 tadi di App Bigpay untuk kegunaan harian. Dan duit selebihnya adalah untuk simpanan.

7 Kelebihan kad BigPay berbanding kad Debit/Kredit lain

1. BigPoint

kad BigPay

Pengguna BigPay akan mendapat point apabila berbelanja menggunaka BigPay. Setiap RM30 yang dibelanjakan akan mendapat 1 Big Point.

Mata Bigpoint boleh ditebus di airasiabig.com untuk diskaun tiket penerbangan Air Asia. Antara diskaun nya:

  • Jimat sehingga Rm32 kos proses tiket penerbangan Air Asia
  • Diskaun pre-book mendaftar bagasi dan makanan dan banyak lagi

2. Miliki Kad BigPay Mastercard

kad BigPay

Kad Bigpay Mastercard akan dihantar ke alamat rumah anda selepas selesai permohonan anda secara Online.

Proses pengahantaran akan mengambil masa 3-7 hari waktu bekerja. Selepas dapat kad, aktifkan dan boleh guna secara Paywave dan nombor Pin.

3. Pantau Perbelanjaan Bulanan

kad BigPay

Di Aplikasi BigPay akan rekodkan setiap perbelanjaan anda pada bahagian Analytics.

Jadi setiap bulan anda boleh semak setiap duit yang keluar. Dari sini juga anda dapat kawal perbelanjaan bulanan.

4. Fungsi Freeze Card

kad BigPay

Jika kad BigPay anda hilang atau dicuri, boleh terus ON kan fungsi Freeze di Aplikasi BigPay.

Kemudian laporkan pada team support Bigpay melalui App sahaja. Nanti Support BigPay akan bantu.

5. Pembayaran Bil

kad BigPay

Selain itu, anda boleh membuat pembayar bil elektrik, bil air, Postpaid, Internet dan lain-lain.

Yang bestnya lepas buat bayaran akan dapat sekali BigPoint. Setiap RM30 dikira 1 Point. Sambil bayar sampai kumpul Point.

Jika bayar melalui Jompay atau website tiada point yang boleh dikumpul.

Antara senarai syarikat bil yang boleh dibayar melalui BigPay rujuk sini BigPay Biller.

6. Tiada Caj Tahunan

Kad Bigpay tidak dikenakan sebarang caj tahunan berbanding kad debit/kredit lain.

Malah semasa buat permohonan pun tidak dikenakan caj. Penghantran percuma.

Namun anda perlu deposit RM20 dan duit tersebut akan di kreditkan ke dalam kad anda apabila terima kad nanti.

7. Withdraw di ATM

Kad BigPay juga membolehkan anda Withdraw duit di mana-mana ATM yang menerima kad mastercard.

Untuk pengeluaran ATM dalam Malaysia dikenakan caj RM6. Manakala Luar Negara caj RM10 (Lebih murah berbanding kad bank lain RM12 kebiasaannya, mengikut pembacaan saya).

Pendapat saya, jika anda berada di Malaysia biasanya jarang-jarang perlu withdraw guna kad BigPay ini memandangkan fungsi utama BigPay adalah untuk menggalakkan orang ramai kearah Cashless.

Namun jika perlu atau terdesak anda masih boleh withdraw.

Sebenarnya fungsi Withdraw ini berbaloi untuk Traveller jika berada di luar negara yang memerlukan cash kerana caj yang lebih murah berbanding kad bank lain.

Cara Mohon Kad BigPay

Pertama: Download App Big Pay di Playstore atau App Store

Kedua: Klik ‘Sign Up’ dan pilih Lokasi anda.

Ketiga: Masukkan Nombor Telefon dan masukkan Code melalui SMS untuk pengesahan.

Keempat: Setkan password anda.

Kelima: Isi maklumat diri anda dan alamat penghantaran Kad.

Keenam: Masukkan Referal Code ‘UXMHZGUMGT’ dan dapat RM10 Percuma (terus di kreditkan selepas kad aktif)

Ketujuh: Snap IC dan Selfie muka anda dan rakam suara untuk proses pengesahan.

Kelapan: Deposit RM20 (akan terus di kreditkan dalam kad anda)

Kesembilan: Selesai. Tunggu proses dan penghantran kad.

Proses pengahantaran akan mengambil masa 3-7 hari waktu bekerja. Apabila dapat kad, aktifkan dan serta merta kad anda sudah ada nilai RM30 untuk digunakan (jika masukkan Referral Code ‘UXMHZGUMGT’).

Kesimpulan

Secara kesimpulannya anda boleh menggunakan kad BigPay ini untuk pelbagai tujuan.

Antaranya anda boleh asingkan duit belanja dan simpanan setiap bulan di kad-kad bank yang lain.

Tonton video yang telah disediakan dibawah:

Selain itu, tahukah anda syarikat BigPay ini merupakan anak syarikat Air Asia, dimana anda sebenarnya boleh memiliki saham syarikat Air Asia dan syarikat-syarikat gergasi di Bursa Malaysia.

Berminat nak belajar dalam dunia pelaburan atau kewangan dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.

Anda masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga Bermanfaat.

Similar Posts