Jual Beli Saham Di Platform MPLUS (M+)
Jual Beli Saham
Jual beli saham di Bursa Malaysia merupakan salah satu aktiviti baru yang telah berjaya menarik minat orang ramai di negara kita.
Aktiviti ini semakin meningkat terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada awal tahun 2020 lalu.
Namun, masih ramai lagi yang tidak tahu untuk berdagang di pasaran saham.
Jadi saya rasa terpanggil untuk menerangkan lagi secara terperinci kepada anda semua.
Kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun CDS anda boleh mendaftar di sini.
Cara Jual Beli Kaunter di Platform MPLUS (M+)
Bagi yang telah daftar akaun CDS melalui Mplus (M+) anda boleh ikuti tutorial ini.
Pertama :
Layari laman web https://www.mplusonline.com.my

Pastikan anda menggunakan Edge Browser dalam Internet Explorer mode agar dapat access semua features yang ada.
Jika tidak, anda masih boleh gunakan browser popular yang lain seperti Chrome dan Firefox sekiranya lebih suka browser tersebut.
Kebanyakan orang juga sekarang lebih senang melakukan jual beli saham dengan menggunakan phone sahaja. Untuk lihat aplikasi-aplikasi yang sesuai ‘install’ dalam phone anda, boleh ke artikel Aplikasi Saham Terbaik Buat Pelabur.
Kedua:

Masukkan username dan password anda kemudian log in.

Paparan seperti di atas akan keluar setelah anda login. Anda boleh fokus pada icon buy dan sell dalam kotak merah.
Buy
Pertama:
Cari kaunter yang ingin dibeli.

Kedua:
Pilih buy berwarna hijau

Ketiga:
Masukkan kuantiti, harga dan validity yang anda inginkan kemudian klik send now. Anda boleh rujuk gambar di bawah.

Keempat:
Paparan seperti di bawah akan keluar,masukkan trading pin anda kemudian klik OK.

Trading pin sama seperti password akaun trading anda.
Oh ya, sebelum anda membeli sebarang saham pastikan dalam akaun CDS anda telah ada duit atau anda telah deposit duit, kalau tak, confirm tak dapat nak beli saham.
Sell
Pertama:
Pilih kaunter yang anda sudah dibeli.

Kedua:
Pilih sell berwarna merah

Ketiga:
Masukkan kuantiti yang sudah beli, harga dan validity yang anda inginkan kemudian klik send now. Anda boleh rujuk gambar di bawah.

Ingat, hanya mereka yang sudah beli saham sahaja boleh jual saham. Iyalah kalau tak ada saham macam mana nak jual kan.
Semoga bermanfaat!
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.