Apa itu Market Capitalisation?

Market capitalisation atau market cap merujuk kepada market value sesebuah company atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai nilai pasaran sesebuah syarikat.

Formula Market Cap

MARKET CAP = SHARE PRICE (RM) X SHARE ISSUED (UNIT)

Contoh kaunter NESTLE

Harga semasa : RM140.00

No of share : 234,500 000 unit

RM 140.00 x 234,500 000 = 32.80 bilion

Market cap: 32.80 bilion

Jenis Market Capitalisation

Blue Chip

Market Capitalization RM1 Billion dan ke atas

Antara sebab SAHAM-SAHAM ini kukuh

1.Rekod bisnes yang baik

2.Keuntungan setiap tahun meningkat

3.Hutang yang tidak besar

4.Harga sahamnya stabil

Contohnya:

  • 1. NESTLE
  • 2. F&N
  • 3. MAYBANK
  • 4. TNB
  • 5. Terbaru kaunter GLOVE seperti TOPGLOVE.

2. Medium Cap

Market Capitalization RM 100 Juta – RM 1 Billion

Mid Cap adalah saham-saham di pertengahan

Contohnya:

  • 1. EFORCE – RM289.23 JUTA
  • 2. OPENSYS – RM301.62 JUTA

3. Small Cap

Market Capitalization Bawah RM 100 Juta

Ia adalah saham-saham paling bawah kategorinya berbanding Blue Chip & Mid Cap.

Contohnya:

  • 1. Advance Information Marketing Berhad- RM 71.84 Juta 
  • 2. M N C Wireless Berhad -RM 57.55 Juta

Kenapa perlu tahu tentang Market Cap?

Dengan mengetahui market cap sesebuah syarikat kita dapat menilai saiz pasaran yang didagangkan oleh syarikat tersebut dalam pasaran saham sama ada pasaran syarikat itu adalah pasaran yang besar, sederhana, ataupun kecil.

Semakin besar pasaran syarikat itu semakin kukuh ia di pasaran saham, namun begitu harga yang terlalu tinggi akan mnyebabkan harga pasaran syarikat tersebut dalam keadaan tepu seperti Nestle.

Semakin kecil pasaran syarikat tersebut semakin tinggi kecairan pergerakan saham tersebut, namun begitu pasaran saham syarikat yang kecil lebih berisiko kerana mungkin mudah untuk didominasi oleh pelabur pukal (jerung).

Oleh itu sangat penting bagi para pelabur untuk mengetahui saiz sesebuah pasaran syarikat tersebut bagi membuat keputusan yang bersesuaian dengan jenis pelabur itu sendiri.

Tahukah anda, bahawa nilai market cap merupakan salah satu faktor dalam pembentukan index.

FBM KLCI diwakili oleh 30 saham syarikat terbesar di Malaysia.

Market cap
Kredit gambar: Mplus Online

Jika anda rujuk kepada senarai gambar di atas, itu merupakan 30 syarikat terbesar di Malaysia.


Jom belajar saham!

Mahersaham turut menyediakan Video Percuma Asas Saham di Mahersaham App. Klik link ini http://app.mahersaham.com/courses/asas sekarang untuk tonton video Asas Saham.

Kongsi Artikel Ini:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Follow Facebook MaherSaham

Follow Kami