Jenis Jenis Perniagaan Dan Syarikat Di Malaysia
Definisi Atau Maksud Perniagaan
Sebelum saya kupas lebih lanjut berkenaan jenis-jenis perniagaan, pembaca haruslah memahami takrifan perniagaan itu sendiri.
Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan.
Keuntungan dari perniagaan adalah berbeza-beza dan terdedah dengan pelbagai faktor. Jika anda berminat untuk mengkaji faktor keuntungan untung syarikat telur Layhong sebagai contoh, anda boleh rujuk artikel Kenapa Keuntungan Layhong Berkurang?
Setelah pembaca jelas maksud perniagaan, bagi pembaca yang hendak memulakan perniagaan, pembaca mestilah mendaftar perniagaan di SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Antara fungsi SSM ialah mengawal selia perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama serta badan yang mengawalselia syarikat-syarikat di Semenanjung Malaysia supaya mengikut perundangan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif. Apa-apa yang berkaitan dengan perniagaan, perindustrian, koprat dan lain-lain adalah dibawah bidang kuasa SSM.
Rajah 1 : Logo Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM
Sumber : Google.com
Bentuk Perniagaan Apa Yang Nak Dijalankan?
Sebelum pembaca mulakan perniagaan, pembaca perlu mengetahui perniagaan apa yang ingin di jalankan? terdapat dua bentuk perniagaan yang ada di Malaysia iaitu :
Rajah 2 : Bentuk Perniagaan
Sumber : Buku Pengajian Pernigaan
Jenis-Jenis Perniagaan
Di Malaysia terdapat lima jenis perniagaan yang berlaku, pembaca perlu mengetahui dan memilih perniagaan tersebut berdasarkan posisi pembaca, kebolehan tersebut dilihat dari sudut kekuatan kewangan, kemahiran pembaca dan pengetahuan pembaca dalam menjalankan, membangun dan menanggung risiko perniagaan tersebut. Lima jenis perniagaan tersebut ialah :
- Milikan tunggal/enterprise
- Perkongsian
- Koperasi
- Sendirian Berhad/Sdn Bhd
- Berhad/awam berhad
Milikan Tunggal Atau Enterprise
Perniagaan milikan tunggal atau enterprise merupakan perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Nama syarikat atau perniagaannya juga digunakan atas nama persendirian atau pemilik itu sendiri. Perniagaan ini didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tempoh masa untuk mendaftar perniagaan ini hanya 1 jam sahaja di kaunter SSM. Kebiasaannya modal yang digunakan oleh perniagaan ini adalah kecil, hampir sama konsepnya dengan melabur dalam pasaran saham dengan modal kecil.
Sumber modal pula yang diperoleh juga kecil daripada harta pemilik sendiri, pinjam daripada keluarga, rakan-rakan yang dipercayai dan juga bank yang menawarkan pinjaman mikro. Contoh perniagaan seperti kedai runcit, kedai kasut dan sebagainya.
Rajah 3 : Kelebihan Dan Kekurangan
Syarikat Milikan Tunggal Atau Enterprise
Perkongsian
Perniagaan perkongsian sama seperti milikan tunggal, cuma ia memiliki lebih 1 orang dan tidak lebih 20 orang pemilik. Perniagaan ini di bawah Akta Perkongsian 1961. modal yang diperoleh tidak besar kerana daripada ahli perkongsian atau pinjaman bank. Tempoh untuk mendaftar syarikat perkongsian selama 1 jam di kaunter ssm. Keuntungan syarikat dibahagi mengikut modal dan kerja dan persetujuan bersama ahli syarikat. Begitu juga dengan kerugian syarikat perlu dikongsi bersama. Contoh perniagaan perkongsian ialah firma perakaunan, firma guaman dan sebagainya . Hukum perniagaan perkongsian ini di ambil daripada sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam yang bermaksud :
barangsiapa yang mempunyai rakan kongsi pada sebuah bangunan, maka janganlah kamu menjual bahagiannya sehingga dia menawarkan kepada rakan kongsinya.(HR.Tarmizi)
Rajah 4 : Kelebihan Dan Kekurangan
Syarikat Perkongsian
Koperasi
Tujuan penubuhan koperasi adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi ahli-ahli dalam koperasi. Ahli dalam koperasi mestilah sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang aktif, sekiranya daripada 50 orang ahli itu sorang tidak aktif maka syarikat koperasi itu tidak dapat dijalankan. Penubuhan Koperasi ini tertakluk dibawah akta Koperasi 1993 yang mana ahli mempunyai hak mendapat keuntungan melalui dividen sekiranya koperasi mendapat keuntungan. Ahli koperasi juga berhak mengundi Ahli pengarah mereka di dalam annual grand meeting. Untuk mendaftar syarikat koperasi di bawah Suruhanya koperasi Malaysia (SKM). Antara koperasi terbaik di Malaysia : http://www.kosma.com.my/pdf/indeks100.pdf
Rajah 5 : Kelebihan Dan Kekurangan
Syarikat Koperasi
Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Perniagaan Syarikat Sdn Bhd merupakan satu perniagaan yang didaftarkan dibawah akta Syarikat 1965.
Tetapi mutakhir ini, akta ini telah digantikan dengan akta yang baru iaitu akta Syarikat 2016.
Perbezaan akta ini akan dikongsi kan di akhir bab ini.
Contoh syarikat Sdn Bhd yang mana ada tertulis dibelang nama syarikat tersebut Sdn Bhd seperti syahlam Sdn Bhd, Terus Maju Sdn Bhd dan sebagainya.
Pemilikan syarikat Sdn Bhd adalah 2-50 0rang sahaja.
Modal yang digunakan adalah bukan daripada pemilik syarikat tetapi daripada penjualan syer.
Begitu juga dengan liabiliti syarikat tidak melibatkan harta peribadi pemilik, liabiliti Sdn Bhd adalah terhad.
Jika berlaku sebarang kerugian kepada syarikat atau bankrapsi, kerugian ini tidak melibatkan harta pemilik tetapi yang rugi adalah syarikat, bukan pemilik.
Hal ini merupakan satu kelebihan syarikat Sdn Bhd.
Rajah 6 : Kelebihan Dan Kekurangan
Syarikat Sdn Bhd
Syarikat Awam Berhad
Bagi Takrifan syarikat awam berhad ini yang mudah difahami adalah, syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Saham syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia boleh dijual beli oleh ‘public’ atau orang awam.
Untuk belajar lebih lanjut berkaitan saham, boleh rujuk artikel Apa Itu Saham.
Sebagai contoh, syarikat TM, padini, aeon, petron, nestle dan banyak lagi.
Boleh tekan link ini untuk melihat syarikat yang awam berhad yang disenaraikan http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies.
Bilangan pemilik minimum adalah 2 orang dan maksimum adalah tidak terhad.
Liabiliti atau hutang adalah terhad, yang membawa maksud tidak melibatkan harta peribadi.
Modal syarikat ini diperoleh daripada penjualan syer kepada orang ramai, minimum untuk membeli syer syarikat awam berhad adalah 100 unit dan harga bergantung pada harga syarikat pada hari tersebut.
Syarikat ini ditubuhkan dibawah akta syarikat 1965. Tetapi telah dimansuhkan dan diganti dengan akta syarikat 2016, penggunaan akta ini sama seperti syarikat Sdn Bhd.
Rajah 7 : Kelebihan Dan Kekurangan
Syarikat Awam Berhad
Cadangan Pembaca
Bagi mereka yang telah memulakan perniagaan, sama ada perniagaan enterprise atau perkongsian. Sama ada menjalankan perniagaan jualan produk atau perkhidmatan, anda mestilah mempunyai sasaran perniagaan anda untuk dikembangkan lebih jauh lagi dan hayat perniagaan anda bertahan lebih lama seperti kfc yang ditubuhkan pada tahun 1930, hampir 88 tahun syarikat kfc bertapak di seluruh dunia.
Oleh itu, saya mengajak kepada mereka yang telah pun berniaga atau yang baru memulakan perniagaan untuk mempunyai matlamat dan sasaran terhadap perniagaan anda tersenarai di Bursa Malaysia.
Hal ini, bukan suatu perkara yang mudah.
Pepatah melayu ada mengatakan Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih.
Untuk mendapatkan kaca itu mudah tetapi untuk mendapatkan permata itu perlu kan pengorbanan yang sesuai dengan matlamat, tidak semudah air liur yang keluar.
Semoga apa sahaja matlamat pembaca dapat dijadikan kenyataan dan diberkati Allah S.W.T. Segala kekurangan dari penulisan dan input penulisan ini saya memohon maaf dan sekiranya ada penambahbaik dari pembaca saya amat alu-alukan untuk kebaikan penulisan saya di masa akan datang.
Kesimpulan
Segala aktiviti perniagaan yang ingin dijalankan mestilah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Perkara ini perlu diketahui oleh masyarakat Malaysia yang ingin memulakan perniagaan. Segala maklumat perniagaan ini boleh didapati di link ini http://www.ssm.com.my/. Maklumat perniagaan ini juga perlu diambil berat oleh masyarakat awam supaya mereka tidak ditipu oleh sendikit pihak perniagaan yang tidak bertanggungjawab. Seperti yang telah dijanjikan untuk mengetahui perbezaan akta syarikat 1965 dan akta syarikat 2016 pembaca boleh tekan link tersebut www.ssm.com.my/sites/default/files/slide/making-the-right-business-decisions-with-ssms-products-7-30_0.pdf .