| |

Jenis Pelaburan Di Malaysia

Dua Jenis Pelaburan Yang Umum

Secara umumnya pelaburan terbahagi kepada dua iaitu real investment dan paper investment.

Real Investment merujuk kepada pelaburan yang melibatkan harta fizikal dimana perkara yang dilaburkan seperti hartanah, emas atau perak.

Apabila kita melabur dalam emas, kita dapat pegang emas. Jika kita melabur dalam hartanah, kita dapat pegang dan tinggal di hartanah berkenaan. Inilah yg dimaksudkan sebagai “real investment” ataupun boleh juga disebut “physical investment”.

“Paper Investment” pula merujuk kepada jenis pelaburan yg hanya melibatkan kertas (atau online) yang mewakili portfolio pelaburan seperti saham, forex atau unit trust.  

Apabila kita melabur di sini, kita akan menerima penyata dalam bentuk kertas yg mengandungi maklumat pelaburan yg kita miliki atau dalam format digital atau online. Ia juga boleh disebut sebagai “virtual investment”.

Berikut merupakan penerangan ringkas mengenai jenis pelaburan yang ada di Malaysia.

Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah dilihat sebagai jenis pelaburan yang menguntungkan. Terdapat 3 kategori utama iaitu subsale, lelong dan dalam pembinaan (undercon). Pasaran hartanah tempatan dilihat berkembang pesat terutamanya di Kawasan Lembah Klang apabila nilai hartanah meningkat berlipat kali ganda sejak tahun 2008.

Ada yang kata tak rugi beli rumah kerana harganya akan sentiasa meningkat. Betul ke kenyataan itu? Tak dinafikan harga rumah memang akan sentiasa meningkat bergantung kepada jenis hartanah dan lokasi. Tapi untuk mengatakan beli rumah takkan rugi, kenyataan itu tidak tepat.

Ini kerana setiap pasaran akan mempunyai fasa turun dan naik, termasuklah pelaburan hartanah. Apabila supply melebihi demand, harga rumah pasti akan terjejas. Cuba lihat keluhan pembeli rumah di Bukit Sentosa ini. Beliau terpaksa bersabar untuk tempoh yang lama menunggu kenaikan harga rumah kerana kawasan tersebut tidak mempunyai permintaan yang tinggi.

Pelaburan Emas / Perak

Pelaburan emas atau perak boleh diperolehi sama ada melalui pembelian dalam bentuk jongkong, coin, barang kemas atau buku akaun. Kebanyakan orang akan memilih sama ada melabur dalam jongkong emas atau dinar dan dirham. Barang kemas lebih sesuai untuk dijadikan kegunaan aksesori atau hadiah memandangkan harganya tinggi kerana kos upah pembuatan (craftmanship).

Mengenai pelaburan emas/ perak melalui buku akaun, terdapat isu hukum ketidak patuhan syariah kerana ianya tidak menjual emas fizikal. Untuk mendapatkan pengesahan lanjut mengenai status Syariah akaun pelaburan emas, rujuk kenyataan oleh Ustaz Zaharuddin.

Pelaburan Unit Trust

Unit Trust merupakan satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan dalam saham atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.

Bergantung kepada jenis dana, pengurus dana mungkin melabur dalam aset berikut:

  • Bonds
  • Stocks
  • Derivatives
  • Money market instruments
  • Cash
  • Property

Aset-aset ini merupakan aset yang produktif yang akan menjana keuntungan kepada pemiliknya. Jadi sebagai pelabur unit trust, anda memiliki aset-aset ini secara tidak langsung.

Jika anda melabur dalam unit trust, anda tidak perlu risau untuk menguruskannya kerana dana ini dijaga oleh pengurus yang professional dengan bayaran service fee yang berpatutan.

Fahami perbandingan pelaburan antara unit trust dan saham.

Pelaburan Saham

Pelaburan saham antara jenis pelaburan yang popular di Malaysia namun begitu pegangan saham dalam kalangan kaum Bumiputera masih lagi rendah. Untuk memulakan pelaburan saham, anda memerlukan akaun CDS. Ketahui Jenis-Jenis Akaun CDS dan Bagaimana Hendak Main Saham Tanpa Modal. 

Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti. Ini bermaksud, apabila anda membeli saham sesuatu syarikat, anda secara langsung telah menjadi salah seorang pemilik syarikat tersebut. Kita boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar saham bergantung kepada wang yang kita miliki. Bacaan lanjut Apa Itu Saham? 

Anda tidak perlu khuatir dengan pelaburan saham kerana ia merupakan pelaburan yang dibenarkan oleh Bank Negara. Urusan jual beli saham diuruskan oleh Bursa Malaysia menerusi pelbagai syarikat broker yang berdaftar. Manakala, untuk mengelakkan penipuan terhadap pelabur kita ada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengawal selia.

Jika anda berminat untuk belajar mengenai pelaburan saham dan sedang tercari-cari sumber pembelajaran yang fleksibel anda boleh membuka akaun CDS bersama saya, Maher Alias, Remisier M+, dan sudah pasti banyak kelebihan yang anda akan peroleh setelah menjadi klien saya

Kami juga ada menyediakan group perbincangan Telegram terbuka @mahersaham untuk anda sertai secara percuma.

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Melabur?

Setelah anda mengetahui jenis pelaburan yang ada di Malaysia, mungkin soalan seterusnya yang anda akan tanyakan adalah : bilakah masa yang sesuai untuk melabur?

Pepatah Cina ada menyatakan,

“Waktu terbaik utk menanam pokok ialah 10 tahun yg lalu, dan waktu kedua terbaik ialah sekarang”

Mungkin anda masih belum menangkap maksud pepatah tersebut.
Pelaburan, seperti pokok, mengambil masa yang lama jika mahu melihat hasil yang lumayan.

Ditambah lagi perlunya untuk membaja pokok tersebut – mendalami ilmu pelaburan, merasai sendiri pengalaman jatuh bangun dalam pelaburan – pelaburan yang sebenar bukan skim cepat kaya.

Namun demikian, jika anda belum memulakan pelaburan beberapa tahun lepas, anda boleh mulakan sekarang.

Lebih awal anda mula, lebih bagus dan ini semestinya jauh lebih baik daripada tidak bermula langsung.

Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Similar Posts