Jenis-jenis Saham Pelaburan Di Bursa Malaysia
Terdapat berbagai jenis-jenis saham dalam pelaburan di Bursa Malaysia yang perlu anda tahu.
Setiap saham adalah berbeza bergantung kepada objektif pelaburan masing-masing.
Dari semasa ke semasa, ianya dapat membantu pelabur membezakan sesuatu saham tertentu mengikut kategori.
Selain itu, pelaburan saham menawarkan potensi pulangan dan keuntungan yang menarik mengikut modal yang bersesuaian ke atas pelabur.
Risiko dan pulangannya juga bergantung kepada profil dan ciri-ciri syarikat tersebut. Beberapa ciri yang boleh dilihat contohnya seperti pemberian dividen, saiz syarikat, perkembangan syarikat, dan keuntungan syarikat dalam kitaran bisnes yang dijalankan.
Kategori ini menentukan portfolio bagi mencapai keseimbangan risiko dan pulangan yang baik.
Pembahagian Berdasarkan Pasaran Saham Itu Disenaraikan
Dalam Bursa Malaysia, ada tiga papan atau pasaran yang berbeza.
Papan Utama atau Main Market
Saham atau syarikat yang disenaraikan di sini adalah yang paling stabil, paling berkualiti. Syarikat yang disenaraikan di sini perlu menepati beberapa kriteria yang ketat seperti : Tahun Kewangan yang terkini perlu melebihi keuntungan selepas cukai sebanyak RM6 juta ringgit.
Perlu ada minimum 200 pemegang saham daripada orang ramai yang memiliki saham tak kurang daripada 100unit dan pegangan awam ini mesti memiliki sekurang-kurangnya 25% daripada keseluruhan saham yang ada.
Ace Market
Syarikat-syarikat yang baru nak disenaraikan, biasanya mereka akan bermula dari sini. Sebelum ini nama pasaran ini adalah MESDAQ, hampir sama macam NASDAQ di US. z
Jika dilihat dari sudut IPO, kebiasannya harga yang ditawarkan kepada awam adalah 60sen kebawah.
Leap Market
Satu jalan yang lebih singkat untuk sebuah syarikat senaraikan saham mereka. Namun demikian, tawaran permulaan hanya ditawarkan kepada sophiscticated investor sahaja. Siapakah mereka?
- accredited investor
- high networth entity
- high networth individuals
Disebabkan kebanyakan yang membaca blog atau artikel ini adalah dari kalangan individu, yang dimaksudkan dengan high networth individuals adalah :
- total net personal asset atau total net joint asset dengan pasangannya melebihi RM3juta ringgit (tidak termasuk nilai rumah yang sedang didiami)
- pendapatan kasar tahunan melebihi RM300,000 untuk 12 bulan terkini
- jika digabungkan pendapatan bersama – melebihi RM400,000
- total net personal investment portfolio atau secara bersama dengan pasangan, melebihi RM1 juta.
Pembahagian Berdasarkan Sifat Saham Tersebut
Beberapa kategori yang diklasifikasikan dalam pasaran adalah seperti Saham Teknologi (Tech Stock), Saham Spekulatif (Speculative Stock), Saham Kitaran (Cyclical Stock) dan Saham Pertahanan (Defensive Stock).
Tech dan Growth Stock
Saham teknologi mewakili sektor teknologi pasaran termasuklah syarikat yang menghasilkan komputer, semikonduktor, software dan peranti data.
Saham ini juga antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet, peralatan rangkaian dan komunikasi tanpa wayar (wireless).
Sebahagian daripada mereka adalah saham blue-chips. Saham teknologi menawarkan potensi pulangan yang sangat tinggi, tetapi mereka juga melibatkan risiko yang besar dan mungkin sesuai untuk pelabur yang lebih cenderung kepada risiko.
Kebiasaannya pada zaman sekarang, saham jenis teknologi adalah saham yang dapat berkembang dengan pantas. Walaupun mungkin ada saham atau syarikat dalam sektor lain yang dapat berkembang dengan pantas, itu biasanya jarang berlaku.
Speculative Stock
Secara umumnya, saham Spekulatif adalah tidak stabil dan bersifat ketidakpastian. Saham ini terdedah kepada perubahan harga yang sangat laju dan tidak menentu.
Saham ini juga selalunya dikaitkan dengan kewujudan ‘sindiket’ yang sudah menguasai pemilikan saham dan dapat memanipulasi harga saham secara tidak sah. Tidak mustahil untuk saham jenis ini naik lebih 100% dalam masa tak sampai 1 bulan.
Namun, pelabur perlu mengenal pasti rentak pasaran saham mengikut peredaran semasa. Saya juga selalu ingatkan client saya, ‘pandai masuk pandai keluar. Kena extra monitor saham-saham jenis ini’.
Hal ini kerana, saham Spekulatif tidak mempunyai rekod pencapaian yang berterusan tetapi harga saham berpotensi untuk naik.
Oleh itu, pelabur memerlukan banyak pengetahuan untuk mendapatkan keuntungan modal dalam menguruskan saham ini.
Cyclical Stock
Hasil keuntungan syarikat cyclical stock berkait rapat dengan keseluruhan ekonomi.
Saham syarikat ini cenderung untuk bergerak naik dan turun mengikut kitaran pasaran ekonomi.
Syarikat ini adalah seperti barangan pembuatan rumah dan kenderaan iaitu Alcoa, Catterpilar, Lennar dan Timken.
Secara umumnya, pergerakan cyclical stock akan meningkat naik apabila ekonomi bergerak maju. Begitu juga prestasinya cenderung untuk merosot apabila ekonomi lemah.
Defensive Stock
Pelabur berkemungkinan mencari saham yang mempunyai harga yang tetap dan stabil ataupun boleh meningkat walaupun kegiatan ekonomi sedang merosot.
Saham ini adalah dikenali sebagai saham pertahanan (defensive stock).
Ia kurang cenderung dan terdedah kepada ‘downswings’ dalam suatu bisnes cycle. Saham ini termasuklah syarikat barangan industri dan pengguna, makanan, minuman dan ubat-ubatan.
Contoh defensive stock adalah Walmart. Syarikat ini antara peruncit yang terkemuka di dunia kerana tidak cenderung kepada kemelesetan ekonomi.
Saham defensive selalunya sesuai kepada pelabur yang agresif untuk ‘park’ dana mereka sementara pemulihan ekonomi sehingga keadaan pasaran bertambah baik.
Pembahagian Mengikut Market Capitalisation Atau Saiz Syarikat
Fahami Dulu Apa Itu Market Capitalisation
Rumus bagi Market Capitalisation adalah :
Market Capitalisation = Harga satu unit saham X Jumlah unit saham yang ada
Semakin tinggi harga saham, semakin dia berpotensi meningkatkan saiz syarikat. Begitu juga kalau dia boleh menambah bilangan saham yang dia ada.
Namun demikian, jika syarikat nak tambah saham berbanding jumlah sedia ada, harga akan adjust. Saiz sepatutnya hanyalah berdasarkan kepada demand orang ramai kepada saham tersebut.
Sebagai contoh :

Nestle mempunyai market capital bernilai RM34.729 billion. Ini adalah bersamaan dengan 234.5 juta unit saham (Number of Share) didarabkan dengan harga saham tersebut, iaitu pada ketika gambar ini diambil adalah RM148.
Blue Chips
Ia merujuk kepada saham-saham yang perniagaannya memang CEMERLANG. Harga saham ini pun agak tinggi berbanding yang biasa. Namun begitu tidak mesti saham MAHAL je boleh buat keuntungan. Saham Blue Chips ini biasanya adalah yang mempunyai market capitalisation RM1 Billion dan ke atas.
Antara sebab saham blue chips ini kukuh:
- Rekod bisnes yang baik
- Keuntungan setiap tahun meningkat je
- Hutang yang tidak besar
- Harga sahamnya stabil seperti NESTLE, F&N, MAYBANK , TNB & lain lain lagi.
Medium Atau Mid Cap
Mid Cap adalah saham-saham di pertengahan di antara BLUE CHIP & SMALL CAP. Mid Cap ini biasanya mempunyai market capitalisation RM100 juta – RM1 billion.
Small Cap
Ia adalah saham-saham di paling bawah kategorinya berbanding BLUE CHIP & Mid Cap. Small Cap ini biasa nya saya letakkan untuk market capitalisation di bawah RM100juta. Saham ini adalah saham yang biasanya sangat ‘volatile’ dan saya selalu labelkan dia sebagai saham yang sindiket suka, saham ‘game’ dan banyak juga yang terdiri daripada saham ‘penny’ – berharga kurang daripada 20sen seunit.
Kesimpulan
Saham dalam kategori yang berbeza akan memerlukan strategi pelaburan yang berbeza. Tidak wujud teknik yang sama boleh digunakan dengan efektif dalam setiap keadaan.
Untuk itu, seorang pelabur atau pedagang perlu mempunyai kefahaman dan ilmu yang komprehensif tentang pelaburan saham.
Belajar Saham Melalui 5 Fasa
Kami telah menulis beberapa siri artikel yang bertujuan memberikan ilmu saham secara penuh kepada pembaca. Pembelajaran dibahagikan kepada Lima Fasa Utama :
- Memahami Asas Saham, CDS Untuk Jual Beli Saham dan Platform Mplus
- Belajar Analisis Teknikal
- Belajar Analisis Fundamental
- Belajar Saham IPO
- Kajian Kes atau Case Studies
Disarankan untuk anda membaca artikel-artikel tersebut mengikut turutan. Jangan lupa bookmark page tersebut!