Jenis-jenis saham di Bursa Malaysia

Dalam BURSA MALAYSIA ini terdapat 3 jenis saham yang kita perlu tahu. Ini memudahkan kita untuk detect dan manage saham yang kita beli.

JENIS-JENIS SAHAM DI BURSA MALAYSIA 

 1. BLUE CHIP

Ia  merujuk kepada SAHAM-SAHAM yang perniagaannya memang CEMERLANG. Harga saham ini pun agak tinggi berbanding yang biasa. Namun begitu tidak mesti saham MAHAL je boleh buat keuntungan. BLUE CHIP ini biasa

MARKET CAPITALIZATION RM1 BILLION DAN KEATAS

Antara sebab SAHAM-SAHAM ini kukuh

  1. Rekod bisnes yang baik
  2. Keuntungan setiap tahun meningkat je
  3. Hutang yang tidak besar
  4. Harga sahamnya stabil seperti NESTLE, F&N, MAYBANK , TNB & lain lain lagi.

2. MEDIUM CAP

Mid Cap adalah saham-saham di pertengahan di antara BLUE CHIP & SMALL CAP. Mid Cap ini biasa

MARKET CAPITALIZATION RM100 JUTA – 1 BILLION

3. SMALL CAP

Ia adalah saham-saham di paling bawah kategorinya berbanding BLUE CHIP & Mid Cap. Small Cap ini biasa

MARKET CAPITALIZATION BAWAH RM100 JUTA

Macam mana nak kira CAPITALIZATION ini?

FORMULA yang digunakan adalah

MARKET CAP = SHARE PRICE X SHARE ISSUES

Contoh saham NESTLE ini.

NUMBER OF SHARE 234.50m

SHARE PRICE 148.100

Market Capitalization = 234.50M X 148.10

                                         = 34.729 BILLION

Namun begitu tidak mesti SAHAM BLUE CHIP sahaja yang boleh buat keuntungan. Ada TRADER/INVESTOR yang buat keuntungan hanya pada saham SMALL CAP. So apa yang kita nak buy sebenarnya bergantung kepada MODAL yang kita ada dan berapa keuntungan yang kita nak.

Contoh lar

SAHAM A HARGA RM13/UNIT

SAHAM B HARGA RM0.76/UNIT 

Modal ada RM3000

Kalau beli SAHAM A akan dapat 2 lot iaitu bersamaan 2000 UNIT = RM13 X 2000 = RM2600

Kalau beli SAHAM B akan dapat 39 lot iaitu bersamaan 3900 UNIT = RM0.76 X 3900 = RM2964

Kenaiakan untuk jenis saham ini berbeza. Akan di ceritakan pada next artikel ye. Semoga bermanfaat perkongsian kali ini.


Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Similar Posts