Jenis-Jenis Breakout dalam Saham

Korang tau tak ada berapa jenis-jenis breakout ni?

Kalau sebelum ini saya ada berkongsi tentang apa itu breakout dan tips nak beli saham breakout.

Kali ini saya nak berkongsi pula tentang jenis-jenis breakout.

Apa itu breakout?

Sama seperti yang saya terangkan dalam artikel sebelum ini, breakout itu terjadi apabila pecah paras resistance dan kekal berada di atas paras tersebut.

Boleh rujuk gambaran di bawah.

Jenis-jenis Breakout

Sebenarnya breakout ni ada banyak jenis, cumanya kali ini saya akan kongsikan beberapa jenis breakout yang biasa kita akan jumpa kalau dah masuk dunia saham ini.

1.Horizontal resistance breakout.

  • Pecah paras horizontal resistance
Jenis-jenis Breakout
Kredit gambar: Trading view

Macam mana cara korang nak tahu ini adalah horizontal resistance breakout jika merujuk kepada gambar rajah di atas?

Pertama sekali korang kena lukis horizontal line resistance. Kalau korang perasan breakout telah berlaku apabila pecah paras previous high resistance.

2.Breakout Trendlines.

  • Harga pecah garisan trendline
Jenis-jenis Breakout
Kredit gambar: Trading view

Pernah tak anda tertanya macam mana nak lukis garisan trendline ni?

Apa yang anda perlu adalah:

Jika market tengah downtrend

  • 1.Cari dua resistance yang jelas. (Lagi banyak lagi baik)
  • 2.Sambungkan resistance tadi menggunakan trendline.

Jika market tengah uptrend

  • 1.Cari dua support yang jelas. (Lagi banyak lagi baik)
  • 2.Sambungkan support tadi menggunakan trendline.

Boleh baca cara lukis dan tentukan support dan resistance dan cara fahamkan konsep support dan resistance kalau korang kurang faham tentang support dan resistance.

Korang boleh lihat contoh gambar rajah di atas bagaimana saya sambungkan menggunakan trendline.

Dua point dalam bulatan biru adalah resistance yang saya sambungkan menggunakan trendline.

Kemudian korang lihat pula, mana-mana harga yang pecah garisan trendline maka dekat situ berlakulah breakout.

Korang boleh fokus pada bulatan berwarna merah. Kat situ telah jelas berlakunya breakout yang dikenali sebagai breakout trendlines.

3.Breakout 52 weeks high

Breakout 52 weeks high adalah di mana saham tersebut membuat satu paras yang tertinggi dalam tempoh satu tahun.

Seperti yang kita sedia maklum satu tahun bersamaan dengan 52 minggu.

1 tahun = 52 minggu

Baik, kita terus pergi kepada contoh dalam gambar rajah kat bawah ni.

Jika kita lihat kaunter tersebut paras tertinggi sepanjang tahun 2020 adalah pada harga 40 sen.

Jenis-jenis Breakout
Kredit gambar: Trading view

Kalau berjaya lepasi breakout 52 weeks high maka ada kemungkinan saham tersebut akan pergi lebih jauh.

4.Breakout all time high

Breakout harga tertinggi sepanjang masa.

Jenis-jenis Breakout
Kredit gambar: Trading view

Jika kita lihat gambar rajah di atas, sepanjang kaunter ini listing dalam Bursa Malaysia sehingga hari ini, harga saham tertinggi adalah pada harga 79 sen. Boleh rujuk dalam bulatan berwarna biru.

Kemudian rujuk pulak pada bulatan berwarna merah, di mana pada waktu itu breakout telah berlaku. Ia telah melepasi paras harga tertinggi sepanjang masa.

5.False breakout

Ini adalah breakout yang traders nak elakkan. Iaitu breakout yang tidak jadi.

Kenapa ia tidak jadi??

Pada awal penulis artikel ini saya ada nyatakan bahawa

breakout itu terjadi apabila pecah paras resistance dan kekal berada di atas paras tersebut

Walaupun dah berlaku breakout tetapi ia tidak menjadi maka harga saham pun tidak menaik tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Dalam kajian yang kita lakukan, memang akan ada masa kajian kita tidak menjadi.

Sebab itu kita perlu ada trading plan di mana kita tahu apa nak buat kalau berlakunya false breakout.

Nak buat apa tu? Tentulah cut loss mengikut trading plan kita.

Kita hanya boleh tahu breakout ini adalah false breakout selepas ianya telah berlaku.

Dan kita tak boleh predict breakout yang sedang berlaku adalah false breakout ataupun tak.

Kredit gambar: Trading view

Ciri-ciri Breakout

  • Marubozu
  • High volume
  • Gap up

Korang boleh baca cara nak tahu breakout yang berjaya untuk penerangan yang lebih lanjut mengenai ciri-ciri breakout ini.

Semoga bermanfaat!


Anda minat nak belajar saham tapi tak tahu nak mula?

Nak Join kelas pulak banyak yang mahal-mahal.

Jadi ramai yang buat konklusi yang saham ni untuk orang kaya-kaya je.

Padahal banyak je cara nak belajar saham dengan murah bahkan boleh belajar secara PERCUMA!

Sertai kami SEKARANG !!

Mahersaham

Jom tonton video yang kami sediakan

Semoga bermanfaat!

Similar Posts