Jenis-jenis Akaun CDS Dan Bagaimana Hendak Main Saham Tanpa Modal

Jenis-jenis Akaun CDS Dan Bagaimana Hendak Main Saham Tanpa Modal

Akaun CDS ada banyak jenis, bergantung kita hendak mengasingkan akaun CDS tersebut berdasarkan kriteria apa.

Secara umumnya kita boleh asingkan atau bezakan akaun CDS dari sudut :

  • Shariah Complianced
  • Status Pemegang Saham Atau Hak Milik Sebenar Akaun
  • Modal Yang Boleh Digunakan Untuk Melabur

Dua Jenis Akaun CDS Dari Sudut ‘ Shariah Complianced’

Ramai sudah tahu yang nak mula melabur dalam BURSA MALAYSIA, first kena ada AKAUN CDS untuk mula trade. Namun begitu ramai lagi tidak tahu yang dalam akaun cds ini terbahagi kepada dua iaitu

  1. Akaun CDS Islamik
  2. Akaun CDS Konvensional

Ramai pakat buka je tanpa tahu yang di buka itu ISLAMIK or KONVENSIONAL. Itu satu hal. Yang kedua kita sebagai MUSLIM memang wajib yang ISLAMIK.

Untuk perbezaan ISLAMIK dan KONVESIONAL rujuk gambar 1.

Daftar Akaun CDS Percuma Sekarang!

Diingatkan bahawa kos untuk buka akaun CDS adalah RM10 tetapi Mahersaham telah mengambil langkah inisiatif untuk 'absorb' kos tersebut untuk tuan-tuan/puan-puan. Memiliki akaun CDS melalui team Mahersaham akan memberikan kelebihan seperti akses kepada video trading platform (ADVANCE) secara PERCUMA!

Kelebihan Akaun CDS Islamik

Ringkasnya, kelebihan akaun CDS jenis islamik adalah :

  1. Anda tak perlu pening kepala atau takut terbeli saham yang tak patuh syariah. Akaun CDS anda TIDAK AKAN TERBELI saham tak patuh syariah.
  2. Duit lebihan seperti dividen daripada duit yang anda letak dalam trust CDS – tapi anda tak gunakan untuk trade – adalah halal tanpa was-was.
  3. Kurang risiko. Kebiasaan islamic account adalah jenis cash. Jadi anda tidak terdedah dengan risiko kehilangan duit yang bukan milik anda.

Carta Alir Hubungan Antara ‘Market Participant’ Dalam Hal Berkaitan Sistem Pelaburan Patuh Syariah

Senarai Broker Yang Menawarkan Akaun CDS Islamik

Dalam webiste Bursa Malaysia juga kita boleh lihat ada 11 broker yang menawarkan AKAUN CDS ISLAMIK sama ada “FULL-FLEDGED” atau “WINDOW BASIS”.

Senarai broker-broker tersebut adalah :

  1. Malacca Securities Sdn Bhd
  2. BIMB Securities Sdn Bhd
  3. Affin Hwang Capital
  4. Aminvestment Bank
  5. Maybank Investment Bank
  6. RHB Investment Bank
  7. HongLeong Investment Bank
  8. Public Investment Bank
  9. MIDF Investment
  10. Jupiter Securities Sdn Bhd
  11. Kenanga
  12. TA Securities
  13. Inter-pacific Securities Sdn Bhd
  14. CIMB Securities

Sumber : Bursa Malaysia

 

Dua Jenis Akaun CDS Dari Sudut Status Pegangan Saham

1. Direct CDS

Akaun ini akan berdaftar atas nama anda. Bermaksud, nama anda sendiri yang akan berdaftar dalam daftar pemegang saham syarikat yang anda labur.

2. Nominee CDS

Akaun ini tidak didaftarkan atas nama anda sebaliknya menjadikan syarikat broker sebagai wakil anda.

Dah fahamkan maksud dia so jom tengok gambar rajah yang man dah siapkan ini perbezaan diantara DIRECT dan NOMINEE.

Rakuten Adalah Akaun Jenis Nominee

Mungkin ramai yang masih belum mengenali Rakuten, namun ianya mula mendapat tempat dalam komuniti saham.

Kos brokerage yang ditawarkan adalah setanding dengan akaun CDS Mplus yang kami promosikan.
Nak buka akaun CDS online pun boleh, kalau hari bekerja boleh siap dalam masa 1-3jam.

Tetapi…

Akaun CDS Rakuten bukanlah akaun jenis direct. Jadi seperti ulasan di atas, anda tak dapat buat banyak perkara, iaitu :

  1. Anda tak layak hadiri annual general meeting (AGM). Dalam erti kata lain, akaun ini tak sesuai untuk investor.
  2. Corporate exercise seperti pemberian dividen, terpaksa melalui orang tengah iaitu Rakuten. Ini akan menyebabkan mereka mengenakan caj tambahan.
  3. Akaun jenis nominee tidak boleh digunakan untuk beli saham IPO (Initial Public Offering). Jadi anda kurang peluang untuk memperoleh keuntungan dengan pelaburan atau perdagangan IPO.

Jenis Akaun Berdasarkan Modal Yang Boleh Digunakan Untuk Trade

Dalam tajuk post ini kita sertakan sekali persoalan “Bagaimana Hendak Trade Saham Tanpa Modal”.
Logik ke untuk trade atau main saham tanpa modal ni?

Jawapannya, logik.

Tak ramai yang tahu jawapan ini kerana kurangnya kefahaman tentang jenis-jenis akaun.
Jadi tanpa membuang masa kita pergi kepada jenis-jenis akaun berdasarkan modal yang boleh digunakan untuk melabur saham.

Jenis-jenis akaun tersebut adalah :

  1. Akaun Jenis Cash, atau dikenali sebagai Cash Upfront

    Akaun jenis ini memerlukan anda deposit duit anda ke dalam akaun CDS terlebih dahulu. Jika tidak, anda tidak boleh trade. Duit yang anda boleh trade adalah sama atau kurang sedikit dari duit yang anda deposit (tolak tepi sebahagian untuk dijadikan sebagai reserve). Senang cerita, cash x1.

  2. Akaun Jenis Collateral atau Limit Account

    Akaun ini juga memerlukan anda meletakkan sebahagian duit atau pun saham ke dalam akaun trust atau CDS anda. Aset yang anda deposit kan – sebagai contoh mudah, anda masukkan rm10k, maka pihak broker akan memberikan 2 atau 3kali ganda cash yang anda ada menjadikan jumlah modal yang anda boleh trade adalah rm20-30k.

  3. Akaun Jenis Margin

    Akaun jenis margin pula hampir sama dengan collateral atau limit. Cuma untuk akaun limit, anda hanya ada beberapa hari sahaja sebelum anda akan ‘dipaksa’ untuk lunaskan hutang anda – duit tambahan berganda yang diberikan oleh broker. Manakala untuk margin account, duit hutang boleh digunakan selagi belum berhadapan dengan ‘margin call’.

  4. Akaun Jenis Istimewa : ‘Clean Limit’

    Akaun jenis istimewa ini memerlukan anda mempunyai hubungan baik dengan remisier anda. Dalam hal ini, anda tidak perlu letakkan modal pun tak mengapa. Anda boleh trade saham mengikut kelulusan fund yang diberikan oleh remisier anda.

    Jika untung, duit memang masuk dalam akaun trust anda. Namun, jika rugi… duit remisier anda yang akan ditolak.
    Ini antara sebab kenapa tak ramai yang nak offer akaun jenis ini.

Haa.. dah faham?
Kalau dah faham, apa tunggu lagi?

Daftar Akaun CDS Sekarang!

AKAUN YANG ANDA AKAN DAFTAR MELALUI SAYA ADALAH ISLAMIK, CASH DAN DIRECT

Dengan ketiga-tiga kriteria ini anda tak perlu ragu-ragu status halal untuk jual beli saham, layak mohon IPO, layak juga datang terus ke AGM (mesyuarat agung tahunan) syarikat.

Syarat-syarat Untuk Buka Akaun CDS

Kalau habis baca ni belum ada akaun cds cuba baca lagi syarat untuk ada akaun cds iaitu :

1. 18 tahun keatas
2. Tidak Bangkrap
3. Ada RM10 (Kos Ini kita bagi PERCUMA jika buka akaun CDS melalui pihak kami)
4. Ada email
5. Ada akaun bank

Cukup syarat ni anda layak buka akaun cds untuk mulakan langkah pertama dalam dunia saham.

Kami di Mahersaham menyediakan perkhidmatan membuka akaun cds dan kami dibawah broker MALACCA SECURITIES yang lebih dikenali dengan MPLUS.

Terus ke link ini sahaja untuk buka acc cds bersama kami
Cara Buka Akaun CDS Mplus Online

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Promo Earlybird Supertrader

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Video Saham Percuma

Video Saham Percuma

Daftar NEWSLETTER kami sekarang dan anda akan menerima :

- link video-video asas saham

- tips-tips saham percuma

You have Successfully Subscribed!

Screener Saham "Real Time" Berpotensi Tinggi

Screener Saham "Real Time" Berpotensi Tinggi

Kunci kepada kejayaan pelaburan saham anda. Berminat untuk ketahui potensi sebenar Screener ini?

Tinggalkan maklumat anda di sini

You have Successfully Subscribed!

Tonton Video-video Saham Eksklusif!

Tonton Video-video Saham Eksklusif!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Share This