|

Japan Korea Spat Punca Sekatan Eksport

“Japan-Korea Spat” Punca Sekatan Eksport

Sebenarnya, “Japan-Korea spat” atau permusuhan kecil “minor argument” antara Jepun dan Korea merupakan punca sekatan eksport.

Isu ini terus berpanjangan dan tidak berkesudahan “longstanding and unresolved tension”.

Mutakhir ini, Korea diasak lagi dengan ketegangan yang semakin menjadi-jadi “resurgent tension” yang ditimbulkan oleh Jepun.

Dikatakan bahawa semasa Perang Dunia Kedua, Jepun telah memaksa rakyat Korea Selatan untuk berkhidmat dengan firma jepun pada masa itu.

Selain itu, ia juga berpunca dari perintah keputusan mahkamah tinggi Seoul “top court ruling” Oktober lepas kepada Nippon Steel yang mengarahkan supaya membayar pampasan kepada mangsa “buruh paksa” terdahulu atau “former forced labor”.

3 Bahan Kimia Yang Disekat

3 bahan kimia yang dimaksudkan ialah “fluorinated polyimide, “Photo-resists” dan “Hydrogen Fluoride”.

Ketiga-tiga bahan ini penting dalam penghasilan pelbagai peranti elektronik.

Poliamida berflourin diperlukan untuk penghasilan paparan berskrin yang boleh dilipat “foldable panels”  sepeti yang terdapat pada Samsung’s Galaxy Fold.

ejen penolakan photosensitising sangat diperlukan untuk menghasilkan cip “chipmaking”, sementara  hydrogen florida pula untuk penghasilan cip dan paparan.

Kesan “wartime tension”

Kesannya, eksport barangan daripada Syarikat teknologi terbesar Korea Selatan “South Korean tech giants” seperti Samsung, SK Hynix dan LG Display telah terjejas dengan teruk.

Ini kerana, proses eksport mengambil masa beberapa bulan sebelum segalanya kembali seperti sediakala.

Selain itu, syarikat Korea tersebut memperolehi lebih 90% poliamida berflourin dan photo-resist dan 44% hidrogen berflourin daripada Jepun negara matahari terbit itu.

Kesimpulan

Negara yang berteknologi tinggi dan terkehadapan seperti Jepun pasti akan mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran.

Sekiranya berlaku pertikaian yang tidak dapat diselesaikan, ia akan menyebabkan kerugian yang besar kepada satu pihak atau kedua-dua pihak sekaligus.

Apabila timbulnya pertikaian seperti ini, pasti akan ada pihak lain yang berkepentingan akan mengambil peluang untuk menghasilkan keuntungan berlipat ganda.

Lebih ramai tenaga kerja yang mahir serta pakar dalam pembuatan bahan kimia khususnya dalam penghasilan alat-alat peranti elektronik sangat diperlukan selari dengan perkembangan teknologi pada masa kini..

 

 

Similar Posts