Jangka Masa Pelaburan Yang Sesuai
Untuk melakukan apa-apa perkara, perkara yang perlu kita lakukan adalah melihat perkara itu dari bird view atau pun pandangan dari atas. Namun, untuk mampu melihat dari atas, anda perlu mempunyai pemahaman yang menyeluruh dalam perkara tersebut.
Setelah berkecimpung beberapa tahun dalam dunia saham, saya mempunyai satu cadangan framework, iaitu perkara yang perlu dikatahui oleh seorang pelabur yang baru ingin memulakan dalam dunia pelaburan ini. Langkah ataupun step by step untuk memulakan perjalanan sebagai seorang pelabur atau pedagang saham.
Jangka Masa Pelaburan
Jadi, saya mulakan dengan jangka masa pelaburan. Saya bahagikan jangka masa dalam pelaburan saham ini kepada 3 : Short term, Mid term, dan Long term.
Teknik untuk setiap satu jangka masa ini akan berbeza-beza antara satu sama lain.
Sebelum mula mencari kaunter atau syarikat yang hendak dibeli, anda kena tetapkan dahulu, apakah jangka masa pelaburan anda? Short term, Mid term atau Long term?

Pembahagian Jangka Masa Pelaburan
Berapa lamakah jangka masa pelaburan untuk short term, mid term dan long term ini?
1., Short term : Anda memiliki pegangan dalam masa yang singkat. Anda menjual saham pegangan anda dalam lingkungan beberapa saat selepas pembelian sehingga 2 minggu.
2. Mid term : Anda memiliki pegangan dalam masa yang singkat. Anda menjual saham pegangan anda dalam lingkungan 2 minggu sehingga 6 bulan selepas anda membeli saham tersebut.
3. Long term : Anda menjual saham selepas memegang saham itu lebih daripada 6 bulan
Saya rasa pembahagian ini mungkin biasa didengari jika anda sudah biasa dalam dunia pelaburan. Namun, boleh jadi lain sifu saham, lain definisi jangka masa pelaburan ini.

Teknik Untuk Setiap Jangka Masa Pelaburan
Dalam pelaburan saham, ada istilah-istilah ataupun teknik yang biasa digunapakai menggambarkan teknik pelaburan mereka.
Teknik dalam Short term :
- Rempit : beli dan jual dalam masa yang singkat
- Intraday : beli dan jual dalam hari yang sama
- BTST : buy today sell tomorrow (beli hari ini, jual esok hari)
Teknik dalam Mid term :
- Swing
Teknik dalam Long term :
- Dividen style
- CANSLIIM
- Warrant style
Untuk setiap jangka masa pelaburan ini juga mempunyai kaunter yang berbeza. Bukan semua kaunter anda boleh guna untuk short term. Contohnya ada kaunter yang perlahan. Pergerakan jual dan beli sahamnya tidak banyak. Maka kaunter ini tidak sesuai untuk kita guna untuk short term.
Teknik yang digunakan juga berbeza dalam setiap jangka masa pelaburan. Lain timeframe, lain kriteria yang perlu anda lihat.
Analisa Dalam Saham
Terdapat 2 jenis analisa yang terkenal dalam dunia saham : technical analysis (TA) dan fundamental analysis (FA).
Setelah mengkaji dan membuat pemerhatian, untuk 3 jangka masa yang telah diterangkan tadi, masing-masing mempunyai kadar keberjayaan yang berbeza dengan analisa yang dijalankan.
Sebagai conton untuk midterm, lebih sesuai kita mengkaji berdasarkan technical analysis berbanding fundamental analysis. Manakali untuk longterm, kajian menggunakan fundamental analysis lebih berkesan.
Sudah jelas dengan jangka masa pelaburan? Langkah seterusnya, jom kita tahu pula apakah persediaan untuk melabur dalam dunia saham ini.
Persediaan Untuk Melabur

Sebelum anda mula melabur, saya cadangkan untuk anda jelas dahulu 4 perkara ini iaitu : Emosi, Masa yang sesuai, Modal Pelaburan dan Framework yang anda gunakan. Selagi 4 perkara ini anda masih belum jelas, jangan mula melabur!
1. Emosi

Lain orang mempunyai emosi yang berbeza-beza. Boleh jadi dipengaruhi oleh latar belakang, pengalaman, modal yang dimiliki dan macam-macam lagi.
Boleh jadi orang yang ilmu pelaburannya sedikit membuat lebih banyak keuntungan berbanding dengan orang yang lebih berilmu kerana emosi. Mungkin makin lama dalam dunia saham makin takut nak beli. Makin takut nak buat keputusan. Makin dia rasa ragu-ragu.
Hal ini susah ingin diceritakan sebab emosi ni perkara yang tidak boleh dilihat. Sebab itu diciptakan robo trading untuk menghapuskan faktor emosi dalam pelaburan.
2. Masa yang sesuai

Faktor ini pun berbeza mengikut orang. Ada orang hanya ada masa di sebelah malam sahaja yang boleh digunakan untuk melabur. Ada orang waktu pasaran saham dibuka pada waktu pagi, dia boleh monitor saham miliknya.
Jadi, ini berbeza mengikut jadual waktu setiap orang. Ramai orang yang bekerja pada siang hari. Jadi, adakah sesuai melabur menggunakan pendekatan intraday?
Jawapannya, jika anda sibuk dan tak sempat nak monitor saham pada waktu pasaran dibuka, maka timeframe yang lebih sesuai ialah mid term dan long term.
3. Modal

Untuk short term, modal yang diperlukan adalah lebih besar. Paling kurang ialah membeli 100 lot(10000 unit) saham. Jika harga saham itu RM0.70, maka paling kurang kena ada modal RM7,000 untuk satu kaunter. Dengan membeli 100 lot saham, setiap kenaikan bit saham akan memberi pulangan sebanyak RM50. Untuk short term, kita target untuk menjual selepas naik beberapa bit sahaja.
Ini berbeza dengan jangka masa mid term atau long term yang mana matlamat pelaburannya diukur dengan kenaikan mengikut persen. Kenaikan 1-2 bit mungkin tidak memberi kesan yang significant terhadap nilai pelaburan mereka, jadi keuntungan akan lebih diukur mengikut persen. Setelah pegang portfolio saham selama 3 minggu, berapa persen kenaikan saham yang dipegang? Itulah yang menjadi kayu ukurnya
Anda boleh menggunakan aplikasi Mahersaham untuk mengira berapa modal yang digunakan di bahagian calculator.
4. Framework Yang Digunakan

Selepas anda dah tahu serba sedikit gambaran berkaitan pelaburan saham, langkah berikutnya ialah anda kena jelas dan tetapkan, apakah framework dan time frame yang sesuai untuk anda. Short term, mid term atau long term?
Kesimpulan
Untuk anda yang baru bermula, boleh jadi masih tak tahu framework atau jangka masa pelaburan mana yang lebih sesuai untuk anda. Jadi, anda boleh belajar semua ilmu yang berkaitan, cuba padankan dengan kesesuaian anda mengikut emosi, masa anda yang sesuai dan modal yang anda miliki.
Bagus sekiranya anda mempelajari teknik untuk semua jangka masa pelaburan. Tetapi di akhirnya, personaliti dan jiwa masing-masing akan mempunyai jawapan kepada, timeframe mana yang lebih sesuai untuk diri anda. Timeframe mana yang lebih konsisten memberikan anda pulangan menggunakan teknik yang telah anda pelajari.
Jika anda seorang ‘rempit’ tegar untuk melabur secara dividen. Anda akan terasa lamanya nak tunggu sampai setahun baru nak jual saham. Begitu juga sebaliknya.
Namun, anda boleh terlebih dahulu membuka akaun CDS, sementara anda tetapkan framework mana yang lebih sesuai untuk anda.
Belajar Saham Melalui 5 Fasa
Kami telah menulis beberapa siri artikel yang bertujuan memberikan ilmu saham secara penuh kepada pembaca. Pembelajaran dibahagikan kepada Lima Fasa Utama :
- Memahami Asas Saham, CDS Untuk Jual Beli Saham dan Platform Mplus
- Belajar Analisis Teknikal
- Belajar Analisis Fundamental
- Belajar Saham IPO
- Kajian Kes atau Case Studies
Disarankan untuk anda membaca artikel-artikel tersebut mengikut turutan. Jangan lupa bookmark page tersebut!