Jadi Trader Kena Belajar Melepaskan

Hari itu hari saham jenis IPO akan disenaraikan. Yang dapat adalah adik saya dan juga wife saya. Saya apply juga tapi tak berjaya.

Pukul 8:30 pagi biasanya saya akan suruh client yang dapat untuk semak dan key in order sekiranya nak jual awal.

Ada juga yang nak monitor sejauh mana kenaikan,baru pilih nak jual. IPO tu oversubscribed 58x, jauh lebih banyak dari IPO yang disenaraikan sehari sebelum, iaitu 8-9x ganda.

Yang oversubscribed sedikit, paling tinggi orang boleh jual boleh untung lebih 100% daripada harga IPO itu ditawarkan. Fikir saya,mungkin IPO hari ini akan naik jauh lebih tinggi daripada itu.

Tekaan saya nampaknya salah. IPO itu naik lebih kurang 30% berbanding harga IPO ditawarkan dan paling tinggi pun orang boleh jual akan dapat lebih kurang 40% daripada harga asal IPO.

Ada orang, dia sedih atau frust jika lepas dia jual saham, saham itu naik lebih tinggi daripada harga dia jual. Ada orang dia frust, kalau kawan dia boleh untung banyak, tapi time dia pulak dapat sedikit sahaja.

Prospect Theory atau Loss Aversion Theory

Ini boleh dikatakan ada kaitan dengan loss aversion theory atau prospect theory,di mana jika seseorang itu diberi dua pilihan, pilih A dia akan dapat RM25, manakala pilih B dia akan dapat RM50 tetapi kemudiannya dia kena berikan balik RM25.

Walaupun hasilnya sama, iaitu RM25, tetapi akan lebih ramai orang memilih pilihan A kerana emosi. Memilih B akan dikaitkan dengan kehilangan, kerugian dan akan memberi emosi yang lebih negatif walaupun hasilnya adalah sama.

Dalam kes ini, disebabkan kononnya seorang Trader tu ingat dia boleh dapat untung semaksima yang boleh, walaupun dia memang dah untung dah pun, dia tetap rasa terkilan.

Mungkin kita boleh panggil benda tu dengki. Mungkin tak bersyukur. Nampak senang, tapi tak semua orang senang-senang memiliki hati yang murni. Kalau satu dunia tahu bersyukur, tak dengki, tak mudah tamak, pasti dunia tak akan ada peperangan dan pasaran saham pula akan betul-betul diniagakan pada harga yang betul berdasarkan kepada nilai sebenar syarikat itu.

Tak akan wujud lagi spekulasi saham atau sindiket pump and dump.

Jamuan Raya

Petangnya itu ada jamuan raya, Tuan Rushdan Nadzir yang jemput. Walaupun agak berat hati nak datang, sebab jauh dari Melaka, wife pula jaga anak yang masih demam kat rumah, ternyata pergi program tu tak sia-sia.

Dapat jumpa macam-macam kenalan baru,muka-muka hebat dalam dunia saham dan pelaburan. Ada fund manager, ada research analyst, remisier, coach dan banyak lagi

Ilmu lain adalah berkaitan warrant. Tak semua orang beli warrant sebab benda tu senang goreng. Ada juga yang beli warrant atas sebab fundamental di sebalik syarikat emak kepada warrant tersebut.

Beli sebagai salah satu leverage yang diyakini halal jika warrant tersebut patuh shariah. Namun, masih lagi terdedah dengan kesakitan kalau harga jatuh la. Kenapa tak ramai orang boleh buat? Sebab ramai yang mudah goyang dengan emosi…

Baiklah sekian sahaja perkongsian kali ini, jika belum ada akaun cds, dan nak kita guide step by step, boleh ke :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *