iShareFans Application! NGO gesa polis siasat.
NGO minta polis siasat iShareFans
Hai dan salam sejahtera! haaa..Tuan-Tuan dan Puan-Puan, tahukah anda bahawa sejak bertahun-tahun dulu telah banyak individu yang telah tertipu dengan skim yang menjanjikan pulangan wang yang lumayan. Senang kata skim cepat kaya…Hari ini saya akan share dengan korang semua mengenai satu aplikasi yang dinamakan sebagai iShareFans!
Baru-baru ini telah tersebar isu semasa mengenai skim ini yang dikatakan telah menipu ramai pihak.
Telah keluar berita di Metro pada 27 Nov, terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gagasan Baru Harapan Malaysia telah membuat laporan polis.
Mereka mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap penularan satu promosi skim dikenali sebagai iShareFans yang didakwa telah menipu ramai pihak.
Presiden NGO itu Mohd Zulfitri Mohd Basir berkata, laporan itu dibuat kerana skim yang menggunakan sistem permainan wang (money game) itu didapati telah menggunakan sistem pengoperasian yang meragukan.

“Selain itu, kami telah mengesan satu ciapan yang dimuatnaik di Facebook rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertajuk “Tipu scam boleh buat duit? Money Game System Ponzi” di mana dalam hantaran tersebut meletakkan gambar yang dipercayai merupakan sebuah sistem dikenali sebagai iShareFans
Berkatanya lagi..
Selepas diselidik, didapati skim ini menggunakan sistem yang meragukan. Sehubungan itu, pihak mereka tampil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa segera siasat skim tersebut yang kini telah menjadi tular di laman sosial bagi mengelakkan ia digunakan sebagai platform penipuan.
Tawaran iShareFans!
Telah difahamkan bahawa skim iShareFans tersebut menawarkan pulangan berbentuk wang yang banyak dengan mudah di mana ahlinya akan diberi tugas untuk memberi tanda suka (likes) dan kongsi (share) beberapa akaun laman sosial bagi mendapatkan ganjaran.
Setiap ahli juga perlu melaburkan wang ringgit mengikut pakej-pakej yang disediakan bagi mendapatkan semula pulangan modal yang dikeluarkan.
Semudah itu kan?
Haaa..pernah tak korang mengalami situasi diitpu oleh scammer sepert iShareFans nie?
Bahaya tauu.. korang perlu lebih berhati-hati dalam melaburkan duit. Ada beberapa ciri pelaburan yang korang boleh tahu scammer ataupun tidak.
Macam Mana Nak Tahu Pelaburan Itu Scammer?
- Menjanjikan keuntungan yang banyak
- Meminta individu memasukkan duit ke dalam akaun bank peribadi
Apa Yang Anda Perlu Buat?
Tuan-Tuan dan Puan-Puan, untuk memastikan anda melabur dalam platform pelaburan yang betul, anda perlulah merujuk website SE (Security Commission). Di mana website tersebut anda boleh lihat adakah sesuatu syarikat pelaburan itu mempunyai lesen yang berdaftar dengan sah atau tidak untuk membuat pelaburan.

Anda boleh search website tersebut di Goggle seperti gambar diatas. Kemudian, pergi kepada button Regulation dan cari Licensed and Registered Persons.

Kesimpulan
Kesimpulannya, walaupun perkara ini telah banyak kali terjadi tapi tetap masih ada individu yang akan tertipu dengan scammer ini. Hal ini merupakan driving factor untuk Mahersaham educate lebih ramai orang di luar sana.
Anda haruslah melabur dalam pelaburan yang betul dan melabur dengan syarikat yang telah berdaftar supaya anda tidak ditipu oleh scammer seperti iShareFans ini.
Haa.. Tuan-tuan dan Puan-puan, jom belajar melabur dengan Mahersaham dan menggunakan kaedah serta platform yang betul di Mahersaham!
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !
Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.