IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI
Apa itu IPO?
Perkara penting tentang IPO
Flow IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI
Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :
- MITI – Untuk bumiputra
- Online banking – Public
Jadi sekarang IPO YX PRECIOUS METALS Berhad di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI
Detail Tawaran Awam di MITI
IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD
Tarikh buka : 21.2.2022
Tarikh tutup : 25.2.2022
Harga tawaran seunit : RM0.28
Pasaran : Ace Market
DOWNLOAD PROSPECTUS EXPOSURE DISINI
Sejarah IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI
Syarikat ini diperbadankan pada 11 Januari 2021 sebagai syarikat sendirian berhad di bawah nama YX Precious Metals Sdn Bhd dan menjad syarikat awam berhad pada 11 Mac 2021. Aktiviti utama syarikat ini adalah dalam pemborongan, reka bentuk dan pembuatan barang kemas emas. Selain itu mereka juga menyediakan perkhidmatan jualan sekerap dan jongkong emas tulen, pembuatan rantai perak dan penyediaan perkhidmatan penapisan untuk logam berharga.
Struktur syarikat ini adalah seperti berikut
Mereka adalah pakar barang kemas emas yang terlibat dalam aktiviti pemborongan, reka bentuk dan pembuatan. Mereka fokus kepada barang kemas emas 916 yang mana mengandungi 91.67% kandungan emas tulen yang dialoi dengan logam lain. Pelbagai jenis barang kemas di tawarkan termasuk produk rantai emas seperti rantai, gelang kaki dan rantai asas serta gelang , cincin, loket, azimat dan anting-anting.
Mereka menyediakan perkhidmatan kepada pasaran Malaysia malahan mengeksport ke negara luar termasuk Singapura, Jerman, Myanmar, Indonesia dan Hong Kong. Operasi boroang pula di jalankan oleh YXG di pejabat jualan mereka terletak di Project Jaya Industrial Estet Jalan Kelang Lama Kuala Lumpur. Selain itu, reka bentuk dalaman dan operasi pembuatan dijalankan oleh GPM yang terletak di Kawasan Perindustrian Projek Jaya, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.
FINANCIAL INFORMATION IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI
Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk YX PRECIOUS METALS BERHAD dari 2018 sehingga 2020
sumber Prospectus Exposure YX Precious Metals Berhad
SEBAB-SEBAB IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI
Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh setiap kegunaan IPO tapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk
- Pembelian mesin dan alatan baru
- Pembesaran tempat operasi
- Modal Kerja AM untuk membeli bahan
- Anggaran perbelanjaan penyenaraian
Status syariah IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI
Berdasarkan prospectus exposure tidak nampak bab syariah ini. Jadi untuk kepastian perlu hubungi pegawai untuk dihubungi di bahagian maklumat saham IPO ini
Pegawai untuk Dihubungi:
Rachel Ong Ly-Shil ( No. Tel :0320362833 / Emel :rachelongls@publicinvestbank.com.my )
Ng Su Hui ( No. Tel :0320362836 / Emel :ng.suhui@publicinvestbank.com.my )
Lee Yu Hui ( No. Tel :0320362837 / Emel :lee.yuhui@publicinvestbank.com.my )
Kuan Kang Seng ( No. Tel :0320362840 / Emel :kuan.kangseng@publicinvestbank.com.my )
Cara mohon IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI
Pertama anda perlu ada akaun cds
Kedua sila baca :
Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO Melalui MITI?
Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:
Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Koperasi/Yayasan
– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon
Nombor Akaun CDS Mplus
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.
Kesimpulan IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD
Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.
Nak belajar tentang IPO ada di ajar dalam kelas supertrader. Tetapi kelas kami sediakan adalah percuma dengan syarat buka akaun cds bersama kami. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.
Anda juga dapat Download Ebook Percuma ini dari Mahersaham untuk mula belajar saham!