IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD DI MITI
Apa itu IPO?
Perkara penting tentang IPO
Flow IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD DI MITI

Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :
- MITI – Untuk bumiputra
- Online banking – Public
Jadi sekarang IPO YEW LEE PACIFIC GROUP Berhad di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI
Detail Tawaran Awam di MITI
IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD
Tarikh buka : 8.3.2022
Tarikh tutup : 12.3.2022
Harga tawaran seunit : RM0.28
Jumlah saham khas : 66,554,500 Unit
Pasaran : Ace Market
Pegawai untuk di hubungi : Wan Ahmad ( No. Tel :0322842911 / Emel :wan.ahmad@mna.com.my )
AdrianLim ( No. Tel :0322842911 / Emel :adrianlim@mna.com.my )
Choo Qi Jun ( No. Tel :0322842911 / Emel :qjchoo@mna.com.my )
Tan Phei Shan ( No. Tel :0322842911 / Emel :pstan@mna.com.my )

DOWNLOAD PROSPECTUS EXPOSURE DISINI
Sejarah IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD DI MITI
Syarikat ini telah diperbadankan di Malaysia sebagai syarikat persendirian di bawah nama Yew Lee Pacific Group Sdn Bhd pada 10 November 2020. Kemudian pada 25 ogos 2021 bertukar menjadi syarikat awam berhad dengan nama Yew Lee Pacific Group Berhad.
Aktiviti utama syarikat ini adalah pembuatan berus industri, perdagangan perkakasan dan jentera industri.

FINANCIAL INFORMATION IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD DI MITI
Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD dari 2018 sehingga 2020

sumber Prospectus Exposure Yew Lee Pacific Group Berhad
SEBAB-SEBAB IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD DI MITI
Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh setiap kegunaan IPO tapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk
- Pembelian mesin tambahan
- Pembinaan warehouse baru dan bangunan pejabat
- Ubah suai ofis baru
- Pembayaran hutang bank
- Modal Kerja
- Anggaran perbelanjaan penyenaraian

Status syariah IPO INI
Berdasarkan prospectus exposure mendapat status syariah dari SAC of SC

Cara mohon IPO DI MITI
Pertama anda perlu ada akaun cds
Kedua sila baca :
Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO Melalui MITI?
Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:
Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Koperasi/Yayasan
– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon
Nombor Akaun CDS Mplus
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

Kesimpulan
Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.
Nak belajar tentang IPO ada di ajar dalam kelas supertrader. Tetapi kelas kami sediakan adalah percuma dengan syarat buka akaun cds bersama kami. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.
Anda juga dapat Download Ebook Percuma ini dari Mahersaham untuk mula belajar saham!