IPO UWC Berhad
Initial Public Offering untuk semua telah dibuka iaitu syarikat UWC Berhad.
Untuk faham apa itu IPO boleh baca di APA ITU IPO ATAU SAHAM TERBITAN AWAM?
Detail untuk TAWARAN awam Awal ini
MAIN MARKET
ISSUE PRICE RM0.82
Opening of application : 17/6/2019
Closing of application : 28/6/2019
Tentative listing date : 10/7/2019
IPO Advisor : HONG LEONG INVESTMENT BANK BERHAD
Sejarah IPO UWC Berhad
Bermula sebagai private limited company pada 29 MAC 2018 dengan nama UWC SDN BHD dan pada 17 Oktober 2018 menjadi public limited company dengan nama UWC BERHAD.
Di bawah UWC Berhad terdapat 3 anak syarikat iaitu UWC HOLDING, UWC INDUSTRIAL DAN UWC AUTOMATION.
UWC HOLDINGS adalah untuk “Provision of precision sheet metal fabrication and value-added assembly services” , UWC INDUSTRIL adalah untuk “Provision of precision sheet metal fabrication and value-added assembly services” dan manakala UWC AUTOMATION adalah “Provision of precision machined components”
IPO UWC Berhad sebagai penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan bersepadu, UWC menyediakan perkhidmatan fabrikasi yang melibatkan pelbagai proses berkaitan logam seperti memotong, membentuk, bergabung dan lain-lain yang berkaitan proses untuk menghasilkan produk logam pertengahan, dari bahagian kepingan logam hingga ketepatan komponen mesin. Produk logam pertengahan ini kemudian digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk untuk pelanggan dalam pelbagai industri seperti antara lain, semikonduktor, sains hayat dan teknologi perubatan, dan peralatan berat. Mereka menambah nilai perkhidmatan mereka yang mana mereka menyediakan perkhidmatan menyusun bahagian-bahagian logam ke dalam struktur mesin, penutup logam dan casis logam atau dan yang berkaitan. Selain fabrikasi logam dan perkhidmatan pemasangan, mereka juga bekerjasama dengan pelanggan mereka untuk mereka bentuk awal dan pembangunan produk pelanggan mereka untuk mengurangkan kos dan meningkatkan pengeluaran kitaran masa. Mereka juga menyediakan pengurusan inventori di mana mereka merancang jadual pengeluaran dan mengekalkan tahap inventori minimum yang ditentukan oleh pelanggan berdasarkan permintaan.
Selain itu award yang pernah di terima oleh IPO UWC Berhad adalah :
- THE GOLDEN EAGLE AWARD 2016
- SIN CHEW BUSINESS EXCELLENCE AWARD 2015
- TOP 50 TEAM ENTERPRISE AWARDS MALAYSIA 2007
Malah UWC Berhad menerima beberapa Pengiktirafan seperti :
- Quality Management System – ISO 9001:2015 Certificate
- Quality Management System – ISO 13485:2016 Certificate
- Environmental Management System – ISO 14001:2015 Certificate
- Occupational Health and Safety Management System Certificate
Jom kita ke financial Information IPO UWC Berhad
Revenue untuk syarikat ini adalah seperti berikut:
2016 RM76.3 JUTA
2017 RM 92 JUTA
2018 RM136.4 JUTA
Jika kita lihat graf ini ia semakin meningkat meningkat dan terus meningkat.
Kekuatan syarikat ini adalah :
- Perkhidmatan sokongan kejuruteraan bersepadu
- Pelaburan berterusan dalam jentera dan peralatan canggih
- Rekod prestasi dan hubungan dengan pelanggan yang bagus
KEGUNAAN IPO UNTUK UWC Berhad
Syarikat ini memerlukan sebanyak 57.4 juta . Dari 57.4 juta ada beberapa pecahannya seperti berikut
- Purchase of new machinery and equipment 47.8% iaitu sebanyak RM32.1 JUTA – Dari 32.1 juta ini 27.4 juta digunakan untuk membeli CNC MACHINES dan lagi 4.7 juta adalah untuk industrial robotic arms and material handling system. Pembelian ini untuk menambah lagi production yang sedia ada.
- Repayment of bank borrowings : 31.3% iaitu sebanyak RM18JUTA iaitu hutang PUBLIC BANK dan HONG LEONG BANK seperti di dalam gambar di bawah
- Working Capital: 5% iaitu sebanyak RM2.9JUTA digunakan untuk membeli bahan-bahan production seperti di dalam gambar di bawah
- Lisitng Expenses: 7.7% iaitu sebanyak RM4.4JUTA untuk listing iaitu seperti Profesional Fees, Fees of authorities, underwriting commissions, brokerage and placement fees, printing adn advertising dan miscellaneous expenses and contigencies.
Status syariah IPO UWC Berhad
Bagi muslim status syariah sangat penting dalam menjaga harta kita. Untuk IPO UWC Berhad ini ia berstatus patuh syariah berdasar sumber di ambil dari laman facebook BIMB SECURITIES Sdn Bhd.
CARA MOHON IPO UWC BERHAD
Untuk Public share kita boleh mohon hanya melalui ONLINE BANKING seperti Maybank2u , Cimbclicks , Public Bank dan lain-lain lagi.
Jika anda menggunakan CIMBCLICKS anda boleh baca disini CARA MEMOHON IPO MELALUI ONLINE BANKING CIMB
KESIMPULAN IPO UWC BERHAD
Ini hanya pandangan penulis sahaja, bagi saya IPO UWC BERHAD adalah satu IPO yang baik dari segi REVENUE dan bank penasihat untuk syarikat ini iaitu HONG LEONG INVESTMENT BANK BERHAD. Namun begitu bagi kegunaan IPO salah satu yang agak kurang baik adalah untuk pembayaran hutang bank yang terlalu tinggi sehingga 31.3% namun begitu bukan kegunaan ipo ini untuk pembayaran hutang semata-mata sahaja. Ia untuk membeli mesin baru dan juga working capital untuk menambah lagi production mereka. Syarikat ini juga bagus kerana berdaya saing sebab revenue yang mereka dapat bukan dari pelanggan di Malaysia sahaja ia datang dari Singapura, Amerika syarikat, China, Perancis, United kingdom, Australia, Denmark, Germany, Hong kong, Jepun , mexico, Belanda, Filipina, Sepanyol, Sweeden, Thailand dan Vietnam.
Bagi peserta kelas Supertrader Mahersaham mereka tahu apa itu GOOD IPO dan BAD IPO yang kami ajar dalam kelas tersebut.
Secara umumnya saya menegaskan ini hanya pandangan peribadi saya tentang IPO UWC BERHAD. Sebarang keputusan untuk memohon IPO ini adalah di tangan anda para pelabur yang bijak sekalian.