IPO Syarikat Baru, Patuh Syariah ke?

Patuh Syariah adalah satu konsep yang penting dalam pelaburan sebagai seorang Muslim. Ia menggariskan prinsip-prinsip Islamik yang perlu diambil kira dalam urus niaga dan pelaburan.

Dalam pasaran saham, ia bermaksud melabur dalam syarikat-syarikat yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Syarikat yang mematuhi prinsip-prinsip ini dikategorikan sebagai syarikat Syariah-compliant. Antara prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi adalah larangan riba, gharar, dan maysir.

IPO dah ada Status Syariah?

Seperti yang kita tahu, syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia semuanya akan dipantau dan diselia oleh Majlis Penasihat Shariah (MPC) secara berkala. Ini untuk memastikan pelabur boleh melabur di syarikat yang dibenarkan dan mengelak daripada melabur di syarikat yang tidak patuh syariah.

Namun, untuk syarikat yang baru hendak disenaraikan di Bursa Malaysia, adakah mereka juga akan melalui proses saringan untuk mengesahkan sama ada syarikat mereka patuh syariah atau tidak?

Sebagai syarikat yang ingin disenaraikan di pasaran saham, mereka sebenarnya boleh memohon untuk mendapat status sebagai ‘patuh shariah’. Dengan syarat, mereka perlu mematuhi garis panduan syariah yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah yang juga dikenali sebagai Shariah Advisory Council (SAC) ini.

Majlis ini akan menilai dan memastikan bahawa semua operasi syarikat tersebut mematuhi prinsip-prinsip syariah yang ditetapkan oleh Islam. Contohnya, syarikat tersebut tidak terlibat dalam aktiviti yang diharamkan seperti perjudian, arak, dan pelaburan yang tidak patuh kepada prinsip syariah.

Syarikat Tak Mohon Status Syariah?

Ada syarikat yang baru disenaraikan ini tidak memohon status patuh shariah tersebut walaupun syarikat mereka mematuhi syarat yang ditetapkan. Jadi, terdapat beberapa badan luar yang menyediakan perkhidmatan untuk menyemak dan menyatakan status patuh shariah bagi pandangan mereka terhadap syarikat tersebut. 

Antara badan yang menyediakan perkhidmatan tersebut ialah : 

  1. Bank Islam Malaysia Berhad https://www.bankislam.com/
  2. Elzar Shariah Solution & Advisory Council https://www.elzarshariah.com/
  3. SharLife https://sharlife.my/ipo
Contoh poster yang dikeluarkan oleh Elzar

Kesan Tiada Patuh Syariah

Walaupun sesebuah syarikat disahkan patuh syariah oleh badan luar yang dinyatakan, sekiranya mereka tidak mendapat status tersebut daripada Majlis Penasihat Shariah, terdapat halangan untuk pemilik akaun CDS Islamik melakukan transaksi pembelian saham.

Halangan ini bukanlah daripada segi hukum, akan tetapi halangan daripada segi teknikal di platform jual beli saham. Order membeli akan di reject oleh sistem. Akan tetapi untuk menjual pegangan saham tiada masalah.

Kesimpulan

Syarikat yang baru disenaraikan juga akan dinilai status syariahnya. Hal ini memudahkan lagi para pelabur Muslim untuk melabur di syarikat yang dibenarkan.

Oleh itu, kita perlu memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip Syariah Islam dalam pelaburan kita supaya pelaburan kita lebih diberkati.

Macam mana nak semak sama ada sesebuah syarikat ini patuh syariah atau tidak? Boleh dapatkan jawapan di https://www.mahersaham.com/saham-patuh-syariah/

Belajar IPO Dari A Sampai Z

Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.

Similar Posts