IPO SWIFT HAULAGE BERHAD
Apa itu IPO?
IPO SWIFT HAULAGE BERHAD – Detail Tawaran Awam
MAIN MARKET
ISSUE PRICE RM1.03
Opening of application : 30/11/2021
Closing of application : 7/12/2021
Tentative listing date : 21/12/2021
IPO Advisor :MIDF AMANAH INVESTMENT BANK BERHAD
Sumber website TIIH
Sejarah IPO Swift Haulage Berhad
Syarikat ini diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada 29 November 2000 dan dianggap berdaftar di bawah Akta sebagai syarikat berhad persendirian dengan nama Yinson Haulage Sdn Bhd dan kemudian ditukarkan kepada syarikat berhad awam pada 24 Jun 2021. Syarikat ini terlibat dalam penyediaan perkhidmatan logistik bersepadu yang terdiri pengangkutan kontena, pengangkutan darat, perkhidmatan pergudangan dan penghantaran barang, dan pegangan pelaburan.
Operasi logistik bersepadu dan ibu pejabat terletak di Malaysia, sementara operasi di Thailand tertumpu pada pengangkutan rentas sempadan dan penghantaran barang.
Pada FYE 2020, operasi logistik bersepadu disokong oleh operasi armada mereka di Malaysia iaitu Swift logistics Malaysia dan Thailand termasuk 1,591 penggerak utama, 5,585 treler kontena, 698 treler kotak atau langsir, 22 trak dan 42 kapal tangki CNG. Mereka mengendalikan gudang dengan jumlah kapasiti penyimpanan 952,871 kaki persegi dan depot kontena dengan jumlah kapasiti 28,500 TEU.
sumber gambar prospectus Swift Haulage Berhad
Kekuatan IPO Swift Haulage Berhad
- Mempunyai liputan menyeluruh pelabuhan utama di Semenanjung Malaysia untuk pengangkutan kontena
- Penyedia perkhidmatan logistik bersepadu yang disokong oleh gudang depot kontena dan kemudahan lain
- Memilikki dan mengendalikan armada kenderaan komersial untuk menyokong kontena perkhidmatan pengangkutan dan pengangkutan darat
- Mempunyai kelebihan kos dan perkhidmatan dari perkhidmatan sokongan dalaman
FINANCIAL INFORMATION IPO Swift Haulage Berhad
Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk IPO Swift Haulage Berhad dari 2018 sehingga 2020
SEBAB-SEBAB IPO Swift Haulage Berhad
Berdasarkan pembacaan dari Prospectus sebanyak RM161.9 JUTA diperlukan untuk :
- Pembinaan Gudang yang baru
- Membeli tanah
- Membeli “prime movers”
- Membayar hutang bank
- Anggaran perbelanjaan penyenaraian
(A) Pembinaan Gudang Baru
Sebanyak RM28.5 juta di perlukan untuk kegunaan pembinaan gudang baru
(B) Membeli Tanah
Sebanyak RM41.5 JUTA digunakan untuk membeli tanah
(C) Membeli “prime movers”
Sebanyak RM12 JUTA digunakan untuk membeli “prime movers”
(D) Membayar hutang bank
Sebanyak RM69.7 JUTA digunakan untuk membayar hutang bank
(E) Anggaran perbelanjaan penyenaraian
Sebanyak RM10 juta digunakan untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian
Status syariah IPO Swift Haulage Berhad
Berdasarkan prospectus, IPO ini mendapat shariah dari Shariah Advisory Council of SC
Cara mohon IPO Swift Haulage Berhad
Untuk Public share kita boleh mohon hanya melalui ONLINE BANKING seperti Maybank2u , Cimbclicks , Public Bank dan lain-lain lagi.
Boleh baca Cara Mohon di:
CIMB
Maybank
Public Bank
Nombor Akaun CDS Mplus
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.
Kesimpulan IPO Swift Haulage Berhad
Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.
Nak belajar tentang IPO ada di ajar dalam kelas supertrader. Tetapi kelas kami sediakan adalah percuma dengan syarat buka akaun cds bersama kami. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.
Anda juga dapat Download Ebook Percuma ini dari Mahersaham untuk mula belajar saham!