IPO SNS Network Technology Berhad di MITI

Maklumat Tawaran IPO SNS Network Technology
Nama Syarikat: SNS NETWORK TECHNOLOGY BERHAD
Tarikh Buka Permohonan: 13 Jun 2022
Tarikh Tutup Permohonan: 19 Jun 2022
Harga Tawaran Seunit: RM0.25
Pasaran Saham: ACE market
Bank Penasihat: M&A Securities Sdn Bhd
Aktiviti Syarikat: Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Status Syariah: IPO SNS Network Technology Berhad ialah PATUH SYARIAH oleh Securities Commission
Baca juga di bawah untuk ketahui pemegang saham utama IPO ini

Latar Belakang Syarikat
SNS Network Technology Berhad ialah syarikat pemegangan pelaburan di mana anak syarikatnya menjalankan aktiviti dalam penyediaan produk dan perkhidmatan berkaitan ICT.
Syarikat ini diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada tahun 26 Januari 2016 sebagai‘private limited company’di bawah nama SNS Network Technology Sdn Bhd.
Kemudian, syarikat ini bergerak langkah ke hadapan dengan bertukar pada status‘public limited company’pada tahun 2021.
Ibu pejabat SNS Network Technology Berhad berpangkalan di Ipoh, Perak
Berikut ialah gambaran bagi struktur syarikat ini:
Sumber: Prospectus SNS Network Technology Berhad
Kewangan SNS Network Technology Berhad
Penjualan produk ICT seperi perkakasan, peranti dan berkaitan perkhidmatan ICT menyumbang kepada 98% ke 98.5% pendapatan syarikat pada tahun 2019 hingga 2021.
Berikut ialah ringkasan bagi kewangan SNS Network Technology Berhad:
Operasi syarikat ini tidak terlepas daripada terkesan dengan pandemik Covid apabila sekatan perintah berkurung di laksanakan oleh kerajaan.
Walaupun begitu, hasil pendapatan SNS Network Technology Berhad dilihat meningkat dari tahun 2019 hingga 2021.
Sebab-sebab Ingin IPO
Berdasarkan prospektus yang dikeluarkan, berikut ialah antara objektif untuk IPO ini:
1.Mengumpul dana bagi tujuan operasi syarikat seperti berikut:





2.Meluaskan lagi capaian di pasaran dalam industri berasaskan produk ICT.
3.Meningkatkan imej dan reputasi syarikat untuk menarik bakat baru yang berkemahiran.
4.Mendapatkan dana dari pasaran modal untuk fleksibiliti kewangan untuk kegunaan operasi syarikat

Status Syariah IPO SNS Network Technology Berhad

Berdasarkan maklumat di prospectus IPO ini disahkan PATUH SYARIAH oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, berikut ialah hanya sebahagian maklumat yang diambil dari prospektus syarikat.
Untuk keputusan membeli IPO, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu dengan mengambil tahu latar belakang syarikat tersebut.
Yang paling penting, keputusan terletak di tangan anda sendiri.
Macam mana nak tahu pasal IPO ni?
Dalam kelas supertrader ada silibus IPO dan akan diajar cara untuk mengenal pasti IPO yang berpotensi.
Kelas Supertrader ini eksklusif hanya untuk client Mahersaham sahaja.
Yang masih belum ada akaun CDS, boleh daftar buka akaun CDS bersama saya di sini.
Anda juga boleh rujuk panduan berikut cara memohon IPO di MITI.