IPO SENHENG DI MITI
Apa itu IPO?
Flow IPO Senheng listing di Bursa Malaysia
Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :
- MITI – Untuk bumiputra
- Online banking – Public
Jadi sekarang IPO Senheng di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI
Detail Tawaran Awam di MITI
IPO Senheng New Retail Berhad
Untuk harga tawaran belum dipastikan berapa. Bagi bumiputra hanya sekarang adalah proses untuk memohon kerana tarikh untuk memohon adalah bermula dari 9 ogos sehingga 13 ogos 2021 jam 12.30 petang. Jika anda ingin memohon boleh baca cara memohon di MITI
Sejarah Senheng New Retail Berhad
Syarikat ini diperbadankan di Malaysia di bawah Akta sebagai syarikat awam pada 21 Mei
2021 dengan nama Senheng New Retail Berhad. Senheng New Retail Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan dan melalui Anak Syarikat , adalah peruncit produk elektrik dan elektronik pengguna.
sumber Prospectus Senheng New Retail Berhad
Terdapat 103 buah kedai fizikal Senheng di seluruh Malaysia
Kekuatan Senheng New Retail Berhad
- Peruncit rantaian terbesar bagi produk elektrik dan elektronik pengguna di Malaysia
– Mempunyai 103 buah kedai fizikal di seluruh Malaysia.
– Boleh dikatakan jenama Senheng & senQ terkenal dikalangan rakyat Malaysia dalam industri produk eletrik dan elektronik.
– Menerima beberapa anugerah seperti e “Malaysian Business of the Year Award,2020”, “Best Brand (Platinum Award)”, “Best Employer (Platinum Award),2020”, “Best Use of Technology (Platinum Award), 2020” and “Best in Marketing (Platinum Award), 2020” from the Star Outstanding Business Awards (SOBA) and “Revolutionary Hero Brand Award – Outstanding
Performer, 2017” award from Lazada Malaysia. - Mampu menawarkan pelbagai produk dalam segment runcit
– Sejak pengenalan “seamless retail” pada tahun 2017, pendapatan telahmeningkat dari RM0.89 bilion untuk FYE 2017 kepada RM1.29 bilion untuk FYE2020, mewakili CAGR sebanyak 13.2%
walaupun penurunan jumlah kedai fizikal. - Program kesetiaan PlusOne yang kuat dengan jumlah besar pelanggan yang mendaftar sebagai ahli
– Program kesetiaan PlusOne mempunyai kira-kira 2.88 juta ahli berdaftar berbayar. Dalam 3 FYE 2018 hingga 2020 yang lalu, jumlah keseluruhan telah didaftarkanAhli PlusOne telah meningkat dengan CAGR sebanyak 5.60%. - Pasukan pengurusan yang diketuai oleh pengasas yang berpengalaman dan tenaga kerja yang bermotivasi
- Centralised logistics model dan rangkaian logistik yang mapan membolehkan cekap dalam pengurusan kos
- Mendapat keuntungan dari skala besar operasi dan operasi hubungan dengan pembekal mereka
- Infrastruktur digital mengoptimumkan aliran operasi, operasi berdasarkan data dan meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan
- Aliran tunai dan dividen yang stabil
FINANCIAL INFORMATION Senheng New Retail Berhad
Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk Senheng New Retail Berhad dari 2018 sehingga 2020
SEBAB-SEBAB IPO Senheng New Retail Berhad
Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh setiap kegunaan IPO tapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk
- Tingkatkan pengalaman pelanggan melalui menaik taraf rangkaian kedai runcit
- Kembangkan pengedaran jenama baru perniagaan
- Kembangkan dan tingkatkan versi gudang dan rangkaian logistik
- Tingkatkan infrastruktur digital
– Mendirikan data lake dan menaik taraf platform teknologi yang ada
– Cloud-based disaster recovery system
– Kekalkan infrastruktur digital - Anggaran perbelanjaan penyenaraian
Status syariah IPO Senheng New Retail Berhad
Belum dapat disahkan status ini. Jika anda ingin bertanya boleh terus menghubungi pegawai untuk dihubungi :
1. Ms. Lilian Low
Email: tiih.miti@my.tricorglobal.com
No Tel: 03 2783 9299
2. En. Zulkifli Mohd Yusof
Email: tiih.miti@my.tricorglobal.com
No Tel: 03 2783 9299
Sumber website MITI
Cara mohon IPO Senheng New Retail Berhad di MITI
Pertama anda perlu ada akaun cds
Kedua pergi ke website MITI
Bagi yang belum ada akaun di MITI klik bahagian jenis pelabur dan daftar dahulu. Bagi yang sudah daftar sebelum ini masukan IC dan password kemudian login.
Ketiga selepas login akan keluar maklumat IPO terkini. Untuk sekarang adalah Senheng New Retail Berhad. Jika nak memohon klik butang hijau iaitu POHON
Keempat masukkan unit yang ingin dipohon. Diingatkan anda memohon ini tidak lengkap selagi segala borang permohonan tidak dihantar ke alamat MITI. Minima untuk memohon adalah 1000 unit. P/S Harga belum dikeluarkan jadi anda boleh agak-agak berapa harga untuk satu unit dan pohon mengikut jumlah dana anda ada.
Kelima selepas sudah isi unit yang diinginkan sila cetak borang permohonan anda dan pos ke alamat MITI seperti di dalam gambar . Bila klik cetak, anda akan terima borang dari MITI ada 3 muka surat. Kena print.
Sila sediakan juga perkara yang diperlukan dalam senarai semak seperti gambar di bawah ini
Semua dokumen ini hendaklah di hantar ke MITI sebelum 20 Ogos 2021 iaitu hari Jumaat jam 4.30 petang . Selepas itu jika anda berjaya anda akan dihubungi melalui email atau boleh check di portal MITI bila keputusan keluar nanti dan perlu membuat pembayaran.
Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO Melalui MITI?
Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:
Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Koperasi/Yayasan
– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon
Nombor Akaun CDS Mplus
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.
Kesimpulan IPO Senheng New Retail Berhad
Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.
Nak belajar tentang IPO ada di ajar dalam kelas supertrader. Tetapi kelas kami sediakan adalah percuma dengan syarat buka akaun cds bersama kami. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.
Anda juga dapat Download Ebook Percuma ini dari Mahersaham untuk mula belajar saham!