IPO SENG FONG HOLDINGS BERHAD DI MITI
Apa itu IPO?
Perkara penting tentang IPO
Flow IPO SENG FONG HOLDINGS BERHAD DI MITI
Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :
- MITI – Untuk bumiputra
- Online banking – Public
Jadi sekarang IPO SENG FONG HOLDINGS BERHAD di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI
Detail Tawaran Awam di MITI
IPO SENG FONG HOLDINGS BERHAD
Tarikh buka : 12.4.2022
Tarikh tutup : 16.4.2022
Harga tawaran seunit : RM0.75
Jumlah unit saham khas : 64,870,000 Unit
Pasaran :Main Market
Mr. Allen Sii ( No. Tel :0327839279 / Emel :allen.sii@my.tricorglobal.com )
En. Zulkifli Bin Mohd Yusof ( No. Tel :0327839249 / Emel :Zulkifli@my.tricorglobal.com )

Sejarah IPO SENG FONG HOLDINGS BERHAD DI MITI
Syarikat ini mula pada 1 julai 2021 sebagai syarikat sendirian berhad di bawah nama Seng Fong Holdings Sdn Bhd dan pada 9 September 2021 bertukar menjadi syarikat awam berhad. Selepas itu mereka berjaya mengambil alih SFT yang mana menjadi anak syarikat mereka dan STG menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh mereka.
Melalui anak syarikatnya, mereka menjalankan perdagangan getah asli pelbagai gred serta memproses dan menjual getah asli pelbagai gred, terutamanya Standard Rubber Malaysia (SMR) dan gred Premium.
Kekuatan Seng Fong Holdings Berhad
- Mempunyai rekod prestasi yang mantap iaitu lebih 35 tahun berpengalaman dalam industri pemprosesan getah
- Mempunyai perniagaan berorientasikan eksport dan hubungan telah lama terjalin dengan pelanggan mereka
- Kualiti produk mereka yang bagus kerana langkah kawalan dan pematuhan kepada piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa
- Telah membangunkan dan mengekalkan hubungan perniagaan jangka panjang yang baik dengan pembekal bahan mentah mereka
- Mempunyai pasukan pengurusan yang kukuh dari segi teknikal dan penuh pengalaman
FINANCIAL INFORMATION IPO SENG FONG HOLDINGS BERHAD DI MITI
Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk IPO ini dari 2019 sehingga 2021
sumber Prospectus Exposure SENG FONG HOLDINGS BERHAD
SEBAB-SEBAB IPO SENG FONG HOLDINGS BERHAD DI MITI
Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh setiap kegunaan IPO tapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk
- Modal Kerja
- Pembayaran pinjaman bank
- Pemasangan Biomass sistem
- Anggaran perbelanjaan penyenaraian
sumber Prospectus Exposure SENG FONG HOLDINGS BERHAD
Status syariah IPO SENG FONG HOLDINGS BERHAD DI MITI
Berdasarkan prospectus exposure , IPO ini disahkan Patuh Shariah oleh SAC of SC pada muka surat 5
Cara mohon IPO DI MITI
Pertama anda perlu ada akaun cds
Kedua sila baca :
Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO Melalui MITI?
Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:
Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Koperasi/Yayasan
– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon
Nombor Akaun CDS Mplus
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.
Kesimpulan
Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.
Nak belajar tentang IPO ada di ajar dalam kelas supertrader. Tetapi kelas kami sediakan adalah percuma dengan syarat buka akaun cds bersama kami. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.