IPO Radium Development Berhad

Syarikat Radium Development Berhad merupakan salah sebuah property developer yang banyak membangunkan perumahan mampu milik. Harga rumah yang dibangunkan kebanyakkannya dalam lingkungan RM300,000 sehingga RM600,000 di Kuala Lumpur. Sebelum kita pergi lebih jauh, suka diberitahu bahawa kesemua unit yang dilancarkan sebelum tahun 2020 telah pun habis terjual!

Jom sama-sama kita membaca prospektus yang boleh didapati di laman web Bursa Malaysia.

Prospektus Radium Development Berhad

Daripada muka depan prospektus Radium Development Berhad diatas, dapat kita ketahui bahawa yang bertanggungjawab untuk menguruskan IPO ini, bawa syarikat ini ke Bursa Malaysia adalah Malacca Securities Sdn Bhd, dengan kerjasama CIMB Investment bank Berhad sebagai Joint Underwriter dan Joint Placement Agent.

Tentative Timetable

Dalam prospektus, terdapat beberapa perkara yang boleh kita fokuskan. Yang pertama, ‘tentative timetable’.

Seperti yang boleh dilihat dalam ‘tentative timetable’ diatas, dapat diketahui bahawa :

  1. Permohonan IPO Radium ini akan ditutup pada pukul 5 petang pada 16 Mei 2023.
  2. Tarikh penyenaraian IPO Radium di Bursa Malaysia ialah pada 31 Mei 2023.

Jadi, sekiranya anda berminat untuk memohon IPO Radium, anda perlu memohon melalui online banking sebelum 16 Mei 2023.

Glossary of Technical Terms

Pada bahagian Glossary of Technical Terms, terdapat beberapa term atau istilah yang diterangkan. Ini untuk memudahkan kita untuk dapatkan gambaran berkaitan syarikat ini. Dalam contoh ini diterangkan term seperti leasehold land, SOHO, vacant posession. Terma ini biasa digunakan dalam sektor hartanah.

Corporate Directory

Melalui ‘Corporate Directory’, tahulah kita bahawa syarikat ini akan disenaraikan pada ‘Main Market’ ataupun ‘papan utama’ Bursa Malaysia. Dia juga sudah dikategorikan sebagai ‘patuh syariah’ oleh Shariah Advisory Council.

Utilisation of Proceeds

Ini merupakan bahagian yang agak penting dalam menilai sesebuah IPO, Utilisation of proceeds. Dalam bahagian ini, syarikat akan menerangkan kemana duit yang diperolehi semasa proses IPO diapungkan akan digunakan.

Sebanyak 39.4% daripada duit yang diperolehi akan digunakan untuk menambah landbank dia dan juga development. Sebanyak 21.63% digunakan untuk membayar hutang. 25% akan digunakan dalam pembinaan hotel, satu sektor yang akan diceburi oleh syarikat ni. Selebihnya adalah untuk working capital dan listing expenses.

IMR Report

Dalam prospektus ada bahagian IMR Report. IMR merupakan singkatan bagi ‘independent market research‘. Laporan IMR dibuat agar dapat membantu memberikan satu analisis yang tak biased kepada para pelabur. Untuk syarikat Radium, IMR dibuat oleh Smith Zander.

Laporan IMR dimulakan dengan menceritakan rate peningkatan populasi di Kuala Lumpur dan Selangor yang meningkat pada kadar CAGR 1.88% dari 2016-2019. Pada tahun 2020, rate tersebut telah meningkat sebanyak 15.35%. Ini merupakan satu peningkatan yang agak ketara. Umum mengetahui sekiranya kadar populasi meningkat, maka kadar pembelian rumah juga akan meningkat.

Pendapatan rakyat juga boleh menjadi faktor dalam pembelian rumah. Daripada laporan, dapat kita lihat bagaimana pendapatan rakyat meningkat pada kadar CAGR 5.41% di Kuala Lumpur dan 4.16% di Selangor dari 2016-2019.

Radium boleh kata memiliki market share yang agak besar untuk high-rise residential di Kuala Lumpur iaitu 10% dari segi value manakala dari segi unit adalah 7.03%. Laporan ini juga cuba menunjukkan trend berkaitan industri perhotelan yang agak berkurangan dari segi visitor dan bilangan bilik akibat daripada COVID19.

Radium juga nampaknya telah berhubung dengan IPSOS Sdn Bhd untuk mengkaji kebolehan untuk projek hotel dilaksanakan oleh Radium. Projek perhotelan merupakan satu bahagian yang akan diceburi oleh Syarikat Radium.

Berdasarkan kajian, mereka berpendapat wujud pasaran untuk boutique branded hotel pada lokasi yang dicadangkan disokong oleh perkembangan populasi dan kuasa beli yang kuat. Projected occupancy rates dan kadar bilik yang ditulis adalah reasonable untuk mencapai target pulangan keuntungan bagi hotel tersebut.

Financial Information

Pada bahagian financial and operational information, revenue Radium mencatatkan peningkatan pada tahun 2020 tapi kemudiannya merosot menjelang tahun 2022. Namun begitu EBITDA nampaknya agak stabil berada pada paras RM100 juta ke atas mungkin hasil daripada kawalan kos atau terdapat sumber income yang lain.

Ada value yang saya nak fokus iaitu Diluted EPS. Pada mulanya, saya hendak menggunakan EPS pada tahun terkini iaitu tahun 2022, namun rupa-rupanya tahun kewangan 2022 hanya melibatkan tempoh 10 bulan sahaja.

Maka saya memilih untuk mengambil Diluted EPS pada tahun 2021 iaitu 2.93 sen. Diluted EPS ini apabila dibahagikan oleh Harga IPO RM0.50, maka kita akan dapat PE Ratio sebanyak 17.

PE ratio ini lah yang perlu dibandingkan dengan PE Ratio syarikat property developer yang lain yang turut disenaraikan di Bursa Malaysia bagi dijadikan perbandingan sama ada harga Syarikat Radium Development Berhad ini undervalue atau overvalue.

Dividend Policy

Syarikat juga ada membuat dividend policy di mana syarikat akan memberikan sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan syarikat kepada pemegang saham.

Hal ini sekiranya syarikat konsisten dalam menghasilkan keuntungan pastinya akan memberi nilai tambah kepada pemegang saham dan menunjukkan komitmen syarikat kepada pemegang saham.

Fakta Tambahan

Selain daripada itu ada beberapa point positif tambahan yang boleh diketengahkan untuk IPO Radium ini, iaitu :

  1. Tiada ‘offer for sale‘ untuk saham ini. Ini bermaksud promoters atau ‘pemegang utama saham’ yang berjumlah 71.6% akan memegang saham mereka dalam usaha untuk terus memajukan Radium
  2. Syarikat memfokuskan usaha mereka menghasilkan perumahan mampu milik di Kuala Lumpur pada nilai RM600,000 ke bawah
  3. Profit after tax margin syarikat yang kalau kita lihat dari tahun 2019 hingga 2021 adalah tinggi – 28.47,16.83 dan 19.33% sesuatu yang mengkagumkan untuk sebuah syarikat property developer.

Kesimpulan

Diharapkan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada prospektus ini, bolehlah anda dan juga pelabur yang lain dapat membuat penilaian sendiri sama ada hendak membeli saham IPO Radium yang akan disenaraikan ini ataupun tidak.

Belajar IPO Dari A Sampai Z

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan mendalam berkaitan pelaburan saham IPO, boleh dapatkan eBook PERCUMA Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.

Jangan terlepas info berkaitan saham di Telegram Channel Mahersaham

Similar Posts