IPO ORGABIO HOLDINGS BERHAD DI MITI

Apa itu IPO?

 

 

Flow IPO ORGABIO HOLDINGS BERHAD di Bursa Malaysia

 

Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :

  1. MITI – Untuk bumiputra
  2. Online banking – Public

Jadi sekarang IPO ORGABIO HOLDINGS BERHAD di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI 

Detail Tawaran Awam di MITI

 

IPO ORGABIO HOLDINGS BERHAD

Untuk harga tawaran adalah RM0.240. Bagi bumiputra hanya sekarang adalah proses untuk memohon kerana tarikh untuk memohon adalah bermula dari 13 September sehingga 17 September 2021 jam 12.00 tenghari.  Jika anda ingin memohon boleh baca cara memohon di MITI 

.

Proses di MITI

  1. Mohon online – biasanya dibuka untuk mohon 1-2 minggu. Contoh IPO ini dibuka 13 September dan tutup pada 17 September 2021
  2. Penghantaran dokumen permohonan – Bila dah mohon anda perlu hantar dokumen permohonan anda tadi dengan beberapa dokumen tambahan ke MITI. Akan ada tarikh last hantar bila. Contoh IPO ini last adalah pada 24 September 2021 Hari jumaat jam 4.30 petang.
  3. Keputusan IPO – Akan ada satu tarikh nanti para pemohon boleh check permohonan mereka lulus atau tidak
  4.  Bayar – Bila anda dapat IPO jadi anda perlu bayar
  5.  Listing date – Pada tarikh IPO listing, IPO ini akan masuk di portfolio trading akaun anda.

Sejarah Orgabio Holdings Berhad

Syarikat ini diperbadankan di Malaysia pada 2 Mei 2018 di bawah Akta sebagai syarikat berhad persendirian dengan nama Orgabio Holdings Sdn Bhd. Pada 24 November 2020, kemudian bertukar menjadi  syarikat berhad dengan nama ORGABIO HOLDINGS BERHAD. Mereka digabungkan sebagai “special purspose vehicle” untuk
memudahkan penyenaraian Anak Syarikat di Pasaran ACE.

 

sumber PROSPECTUS ORGABIO HOLDINGS BERHAD

 

Orgabio Holdings adalah syarikat pemegangan pelaburan dan melalui anak syarikat, pada dasarnya terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pembuatan premix minuman segera kepada pemilik jenama pihak ketiga dan pembuatan, penjualan dan pemasaran premix minuman segera.

 

Kekuatan Orgabio Holdings Berhad

  1. Mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam industri  premix minuman segera ini. Mereka mampu mencadangkan dan menyediakan formulasi premix minuman segera kepada pelanggan mengikut keperluan pelanggan tersebut.
  2. Mereka mampu menyediakan masalah pelanggan yang mana perkhidmatan mereka adalah formulasi produk, sumber bekalan, pembuatan produk dan penghantaran produk telah siap kepada pelanggan.
  3. Mempunyai rekod prestasi hubungan dengan pelanggan yang terkenal begitu lama seperti Amway (M) Sdn
    a) Amway (M) Sdn Bhd – 15 tahun
    b) Hai-O Enterprise Berhad – 14 tahun
    c) Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd) – 14 tahun
    d) TDC Avenue Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Tunas Duta Cemerlang Sdn Bhd) – 13 tahun
    e) Econsave Cash & Carry Sdn Bhd – 12 tahun
  4. Mendapat akreditasi produk mereka yang mana membuktikan produk yang dibuat memenuhi standard kualiti. Antara akreditasi yang diterima adalah :
    a) HACCP
    b) FSSC 22000
    c) Mesti
    d) GMP
    serta didaftarkan denga FDA AS dan diperakui Halal oleh JAKIM.

 

FINANCIAL INFORMATION Orgabio Holdings Berhad

Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk Orgabio Holdings Berhad dari 2018 sehingga 2020

 

 

SEBAB-SEBAB IPO Orgabio Holdings Berhad

Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh setiap kegunaan IPO tapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk

  1. Pembinaan Kilang baru
  2. Membeli jentera baru
  3. Modal kerja
  4. Anggaran perbelanjaan penyenaraian

Status syariah Orgabio Holdings Berhad

Belum dapat disahkan status ini. Jika anda ingin bertanya boleh terus menghubungi pegawai untuk dihubungi :

1.Mr. Wan Ahmad
No. Tel : 03-2284 2911
Emel : wan.ahmad@mna.com.my

Sumber website MITI

 

Cara mohon IPO Orgabio Holdings Berhad di MITI

Pertama anda perlu ada akaun cds

Kedua pergi ke website MITI

 

Bagi yang belum ada akaun di MITI klik bahagian jenis pelabur dan daftar dahulu. Bagi yang sudah daftar sebelum ini masukan IC dan password kemudian login.

Ketiga selepas login akan keluar maklumat IPO terkini. Untuk sekarang adalah ORGABIO HOLDINGS BERHAD dan MTT Shipping and Logistics Berhad. Jika nak memohon klik butang hijau iaitu POHON

 

Keempat masukkan unit yang ingin dipohon. Diingatkan anda memohon ini tidak lengkap selagi segala borang permohonan tidak dihantar ke alamat MITI. Minima untuk memohon adalah 1000 unit.

 

Kelima selepas sudah isi unit yang diinginkan sila cetak borang permohonan anda dan pos ke alamat MITI seperti di dalam gambar . Bila klik cetak, anda akan terima borang dari MITI ada 3 muka surat. Kena print.

 

Sila sediakan juga perkara yang diperlukan dalam senarai semak seperti gambar di bawah ini

 

Semua dokumen ini hendaklah di hantar ke MITI sebelum 24 September 2021 iaitu hari Jumaat jam 4.30 petang . Selepas itu jika anda berjaya anda akan dihubungi melalui email atau boleh check di portal MITI bila keputusan keluar nanti dan perlu membuat pembayaran.

 

Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO Melalui MITI?

Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:

Individu

– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.

 Syarikat

– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Koperasi/Yayasan

– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon

Nombor Akaun CDS Mplus

Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.

Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini

012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

 

Cara dapatkan penyata CDS BURSA

Anda boleh aktifkan BURSA ANYWHERE terlebih dahulu . Bila dah aktif boleh download penyata dalam Bursa Anywhere 

 

Kesimpulan IPO Orgabio Holdings Berhad

Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.

Nak belajar tentang IPO ada di ajar dalam kelas supertrader. Tetapi kelas kami sediakan adalah percuma dengan syarat buka akaun cds bersama kami. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.

Anda juga dapat Download Ebook Percuma ini dari Mahersaham untuk mula belajar saham!

Artikel ini ditulis oleh Lukman

Similar Posts