|

IPO Oktober 2020

Apa itu IPO

Artikel sebelum ini ada menerangkan kepada anda apa itu IPO ataupun Saham Terbitan Awam.

Kali ini nak beritahu pada semua senarai IPO yang telah dibuka pada bulan Oktober 2020.

Bagaimana nak tahu tu?? Senang ja

Cara nak cari senarai IPO

Pertama:

Layari Bursa Malaysia di https://www.bursamalaysia.com/ dan anda akan redirect kepada home page seperti gambar rajah di bawah.

Setelah itu anda klik pada listing –> listing resources –> IPO

ipo

Paparan seperti di bawah akan keluar setelah anda klik IPO

ipo oktober

Daripada gambar rajah di atas anda boleh lihat semua senarai IPO dan jika anda hanya ingin melihat IPO tahun 2020 bolehlah klik pada tahun 2020.

Dan jika nak spesifik kepada sesuatu bulan anda boleh lihat pada tarikh offer period opening dan closing.

ipo oktober

Dalam kotak warna hijau adalah senarai IPO Oktober 2020 manakala dalam kotak merah adalah IPO yang akan listing dalam Bursa Malaysia dalam masa terdekat bulan Oktober ini.

Pada 15 oktober 2020 Samaiden Group Berhad telah listing dalam Bursa Malysia dalam ACE market.

Berita gembira buat para pelabur yang telah berjaya memohon IPO Samaiden Group Berhad kerana telah berjaya meraih keuntungan maximum sebanyak 133% pada hari pertama listing dalam Bursa Malaysia .

ipo
Kredit gambar: The edge market

Tahniah bagi yang telah berjaya memohon IPO Samaiden. Bagi mereka yang tidak berjaya memohon jangan risau, ada banyak lagi IPO yang telah tersenarai dalam bulan Oktober.

Apa-apa pun pastikan anda telah melakukan analisis sebelum memohon sebarang IPO. Jangan main beli ja. Pastikan anda berilmu sebelum membuat sesuatu tindakan.

Macam mana nak buat analisis tu?

Hahh, mudah sahaja, anda boleh membaca prospektus syarikat tersebut.

Cara nak cari IPO prospektus

Nak cari kat mana prospektus tu?? Anda rujuk gambar di bawah ini

ipo prospektus

Anda layari lawan web Bursa Malaysia kemudian klik pada Listing —> IPO prospektus dan akan keluar gambar seperti di bawah.

ipo prospektus

Klik pada mana-mana syarikat yang anda berminat untuk membaca prospektus.

Contohnya saya nak baca prospektus MR D.I.Y maka saya akan klik pada syarikat tersebut dan akan terpapar pada skrin anda seperti gambar di bawah ini.

ipo prospektus

Anda boleh klik pada PDF yang tersenarai dalam kotak merah dan baca untuk details.

Ingat, pastikan anda sudah membuat analisis sebelum membuat sebarang permohonan IPO.


Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Similar Posts