IPO MTT Shipping and Logistics Berhad DI MITI

Apa itu IPO?

Flow IPO MTT Shipping and Logistics Berhad di Bursa Malaysia

Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :

  1. MITI – Untuk bumiputra
  2. Online banking – Public

Jadi sekarang IPO MTT Shipping and Logistics Berhad di Bursa Malaysia di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI 

Detail Tawaran Awam di MITI

IPO MTT Shipping and Logistics Berhad

Untuk harga tawaran belum ada. Bagi bumiputra hanya sekarang adalah proses untuk memohon kerana tarikh untuk memohon adalah bermula dari 13 September sehingga 17 September 2021 jam 12.00 tenghari.  Jika anda ingin memohon boleh baca cara memohon di MITI 

.

Proses di MITI

  1. Mohon online – biasanya dibuka untuk mohon 1-2 minggu. Contoh IPO ini dibuka 13 September dan tutup pada 17 September 2021
  2. Penghantaran dokumen permohonan – Bila dah mohon anda perlu hantar dokumen permohonan anda tadi dengan beberapa dokumen tambahan ke MITI. Akan ada tarikh last hantar bila. Contoh IPO ini last adalah pada 24 September 2021 Hari jumaat jam 4.30 petang.
  3. Keputusan IPO – Akan ada satu tarikh nanti para pemohon boleh check permohonan mereka lulus atau tidak
  4.  Bayar – Bila anda dapat IPO jadi anda perlu bayar
  5.  Listing date – Pada tarikh IPO listing, IPO ini akan masuk di portfolio trading akaun anda.

Sejarah MTT Shipping and Logistics Berhad

Syarikat ini diperbadankan di Malaysia di bawah Akta sebagai syarikat berhad persendirian di bawah nama MTT Shipping and Logistics Sdn Bhd pada 31 Januari 2019. Kemudian ditukar menjadi syarikat berhad awam pada 29 Julai 2021. Syarikat ini adalah syarikat pemegangan pelaburan dan melalui anak syarikatnya, pada dasarnya terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengiriman kontena, perkhidmatan penyewaan kapal, dan penyimpanan kontena dan perkhidmatan berkaitan kontena.

sumber gambar prospectus MTT Shipping and Logistics Berhad

Kekuatan MTT Shipping and Logistics Berhad

  1. Mempunyai kapal sendiri bagi memastikan kawalan yang lebih besar kepada kapal kontena dalam operasi perkapalan dan membolehkan memenuhi permintaan dari “charter market”
  2. Menyediakan perkhidmatan “fixed-day shipping services” dan liputan komprehensit pelabuhan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.
  3. Lead player dalam penghantaran kontena antara semenanjung malaysia dan malaysia timur dengan penguasaan pasaran sebanyak 37.2% berdasarkan jumlah hasil kontena antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur pada tahun 2020
  4. Mempunyai hubungan perniagaan jangka panjang dengan pembekal serta pelanggan mereka
  5.  Mendigitalkan operasi perniagaan mereka untuk kecekapan operasi lebih besar
  6.  Mempunayi pasukan Pengurusan yang berpengalaman dan telah berkhidmat dalam industri tersebut terlalu lama

FINANCIAL INFORMATION IPO MTT Shipping and Logistics Berhad

Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk MTT Shipping and Logistics Berhad dari 2018 sehingga 2020

SEBAB-SEBAB IPO MTT Shipping and Logistics Berhad

Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh dalam bentuk ringgit dan peratusan setiap kegunaan IPO tersebut, tetapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk

  1. Pembelian Kapal dan “containers”
  2. Membayar hutang bank
  3. Pengambilalihan tanah untuk penubuhan depot kontena baru
  4. Pelaburan dalam infrastruktur IT
  5. Modal Kerja
  6. Anggaran perbelanjaan penyenaraian

Status syariah IPO MTT Shipping and Logistics Berhad

Berdasarkan prospectus, IPO ini mendapat shariah dari Shariah Advisory Council of SC

Cara mohon IPO MTT Shipping and Logistics Berhad di MITI

Pertama anda perlu ada akaun cds

Kedua pergi ke website MITI

Bagi yang belum ada akaun di MITI klik bahagian jenis pelabur dan daftar dahulu. Bagi yang sudah daftar sebelum ini masukan IC dan password kemudian login.

Ketiga selepas login akan keluar maklumat IPO terkini. Untuk sekarang adalah ORGABIO HOLDINGS BERHAD dan MTT Shipping and Logistics Berhad. Jika nak memohon klik butang hijau iaitu POHON untuk MTT Shipping and Logistics Berhad.

Keempat masukkan unit yang ingin dipohon. Diingatkan anda memohon ini tidak lengkap selagi segala borang permohonan tidak dihantar ke alamat MITI. Minima untuk memohon adalah 1000 unit.

Kelima selepas sudah isi unit yang diinginkan sila cetak borang permohonan anda dan pos ke alamat MITI seperti di dalam gambar . Bila klik cetak, anda akan terima borang dari MITI ada 3 muka surat. Kena print.

Sila sediakan juga perkara yang diperlukan dalam senarai semak seperti gambar di bawah ini

Semua dokumen ini hendaklah di hantar ke MITI sebelum 24 September 2021 iaitu hari Jumaat jam 4.30 petang . Selepas itu jika anda berjaya anda akan dihubungi melalui email atau boleh check di portal MITI bila keputusan keluar nanti dan perlu membuat pembayaran.

Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO Melalui MITI?

Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:

Individu

– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.

 Syarikat

– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Koperasi/Yayasan

– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon

Nombor Akaun CDS Mplus

Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.

Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini

012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

Cara dapatkan penyata CDS BURSA

Anda boleh aktifkan BURSA ANYWHERE terlebih dahulu . Bila dah aktif boleh download penyata dalam Bursa Anywhere 

Kesimpulan IPO MTT Shipping and Logistics Berhad

Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.

Nak belajar tentang IPO ada di ajar dalam kelas supertrader. Tetapi kelas kami sediakan adalah percuma dengan syarat buka akaun cds bersama kami. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.

Anda juga dapat Download Ebook Percuma ini dari Mahersaham untuk mula belajar saham!

Similar Posts