IPO MST Golf Group Berhad Melebarkan Sayapnya
Maklumat berkaitan Ipo MST Golf Group Berhad
Nama Syarikat: MST Golf Group Berhad
Tarikh Buka Permohonan: 28 Jun 2023
Tarikh Tutup Permohonan: 07 Julai 2023, 5 Petang
Harga Tawaran Seunit: RM0.81
Pasaran: Main Market
Bank Penasihat: RHB Investment Bank Bhd
Aktiviti Syarikat: Menjalankan pelbagai servis yang berkaitan dengan sukan golf
Sektor: Consumer Products
Status Syariah: Patuh Syariah Oleh SAC

Ipo MST Golf Group Berhad ini telah menawarkan unit saham khas kepada Bumiputera yang ditutup permohonannya pada 05 Mei 2023 sebanyak 123,350,000 unit iaitu 15% daripada bilangan unit yang ditawarkan Ketika IPO.
Syarikat ini dijangka akan disenarai di Bursa Malaysia pada 20 Julai 2023 ini.

Latar belakang Syarikat MST Golf Group Berhad
Syarikat ini telah didaftarkan sebagai ‘private limited company’ dengan nama Adat Semarak Sdn Bhd pada 13 Mei 1993. Pada 31 Disember 1998 ditukar nama ke Planet Glof Sdn Bhd dan pada 2 Mei 2001, syarikat ini telah menukar namanya ke MST Golf (Asia) Sdn Bhd. Kemudian, syarikat sekali lagi telah ditukar namanya kepada MST Golf Group Sdn Bhd pada 4 November 2022.
Syarikat ini telah bertukar menjadi ‘public limited company’ pada 23 November 2022 dengan nama MST Golf Group Berhad.
Berikut merupakan struktur syarikat selepas IPO dijalankan.

Syarikat ini mempunyai 4 pecahan untuk menjalankan aktiviti syarikat dibawah nama : MST Golf Malaysia, MST Golf Management, MST Golf Arena dan MST Golf Singapore.
Aktiviti Perniagaan IPO MST Golf Group Berhad
Secara ringkasnya, berikut menggambarkan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat :

Syarikat ini menjalankan servis segala yang berkaitan sukan golf seperti melatih bermain golf, pinjaman barangan golf, jualan barangan golf, membekalkan bola golf, mengurus acara dan merancang perlawanan golf.
Berikut merupakan bilangan dan juga lokasi kedai yang dimiliki oleh syarikat untuk menjalankan aktiviti mereka :

Pendapatan IPO MST Golf Group Berhad
Berikut merupakan maklumat ringkasan pendapatan syarikat :

Pendapatan revenue syarikat dilihat sedikit menurun pada 2020, namun kembali meningkat pada dua tahun yang seterusnya. Ini berlaku juga kepada gross profit. Akan tetapi jika dilihat kepada PAT syarikat menunjukkan peningkatan sepanjang 4 tahun kebelakangan ini.

Kebanyakan revenue yang masuk ke dalam syarikat datangnya daripada negara Malaysia diikuti negara Singapura dan selebihnya datang daripada luar negara.
Sebab-sebab IPO MST Golf Ingin Disenaraikan
Untuk mengetahui kenapa sesebuah syarikat ingin disenaraikan di Bursa Malaysia, kita boleh dapatkan sebabnya di bahagian ‘utilisation of proceeds’ dalam prospectus yang disediakan.
Berikut merupakan sebab Syarikat MST Golf Group Berhad ingin disenaraikan di Bursa Malaysia :

Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM129,600,000.
1. Expansion in Malaysia and Singapore
Sebanyak RM62,755,000 ataupun 48.42% daripada keseluruhan modal akan digunakan untuk mengembangkan lagi syarikat di Malaysia dan juga Singapura. Ini termasuk menaiktaraf dan memperbaharui kedai ‘retail outlets’ sedia ada dan juga ibu pejabat dan gudang syarikat yang berpengkalan di Subang Jaya, Selangor.
Sebanyak RM59.76 juta akan digunakankan untuk menambah 10 bilangan retail outlets dan 5 retail outlets yang menempatkan indoor golf centres. Perincian masa dan bilangan outlets adalah seperti berikut :

2. Expansion into New Geographical Markets
Sebanyak RM53,550,000 ataupun 41.32% daripada keseluruhan modal akan digunakan untuk menembusi pasaran yang baru untuk membuka cawangan di beberapa negara seperti Indonesia, Thailand dan juga Vietnam.
Berikut adalah perincian masa dan juga bilangan cawangan beserta modal yang akan digunakan di pasaran yang baru :

3. Upgrade of Digital Technology Facilities
Sebanyak RM3,000,000 ataupun 2.32% daripada keseluruhan modal akan digunakan untuk menaiktaraf system digital technology yang digunakan oleh syarikat. Ini termasuk pembangunan aplikasi mobile dan web portal, pengembangan sistem ERP dan juga penekanan terhadap hasil new data analytics.

4. Working Capital Requirements
Sebanyak RM3,259,000 ataupun 2.51% daripada keseluruhan modal akan digunakan untuk menampung perbelanjaan semua outlets yang ada di Malaysia dan Singapura.
5. Estimated Listing Expense
Selebihnya, baki sebanyak RM7,036,000 ataupun 5.43% dari keseluruhan modal akan digunakan untuk menampung dana permohonan syarikat ini untuk disenaraikan.

Status Syariah IPO MST Golf Group Berhad
Jika disemak di prospectus, syarikat MST Golf Group Berhad ini mendapat kelulusan patuh shariah daripada Shariah Advisory Council (SAC), Suruhanjaya Sekuriti.

Cara Mohon IPO MST Golf Group Berhad di Online Banking
Bagi memohon IPO di online banking, anda boleh mohon di Maybank2u, Public Bank dan lain-lain.
Untuk panduan mohon IPO di online banking, boleh rujuk di link berikut:
Public Bank
Maybank

Kesimpulan
Kesimpulan
Berminat untuk mohon IPO tetapi masih belum ada akaun CDS?
Boleh rujuk artikel ini apa itu akaun cds.
Diingatkan, sebarang keputusan membeli IPO adalah keputusan di tangan anda sendiri.
Tiada pelaburan yang menjanjikan keuntungan.
Sebelum membeli IPO, kajian perlu dibuat dengan mengambil tahu latar belakang
syarikat tersebut.
Mahu buka akaun cds, boleh daftar dengan mahersaham dan dapatkan manfaat
kelas-kelas eksklusif untuk client Mahersaham sahaja
Klik di sini untuk buka akaun CDS.