IPO KGW Group Berhad Transportation and Logistics
Berikut adalah maklumat berkaitan Ipo KGW Group Berhad :
Nama Syarikat: KGW Group Berhad
Tarikh Buka Permohonan: 30 Jun 2023
Tarikh Tutup Permohonan: 18 Julai 2023, 5 Petang
Harga Tawaran Seunit: RM0.21
Pasaran: Ace Market
Bank Penasihat: TA Securities Sdn Bhd
Aktiviti Syarikat: Menyediakan Perkhidmatan Pemindahan dan Penyimpanan
Sektor: Transportation & Logistic
Status Syariah: Patuh Syariah Oleh SAC

Ipo KGW Group Berhad ini telah menawarkan unit saham khas di MITI yang ditutup permohonannya pada 27 April 2023 sebanyak 72,920,000 unit iaitu 15.10% daripada bilangan unit yang ditawarkan Ketika IPO.
Syarikat ini dijangka akan disenarai di Bursa Malaysia pada 1 Ogos 2023 ini.


Latar belakang IPO Syarikat KGW Group Berhad
Syarikat ini telah didaftarkan sebagai ‘private limited company’ dengan nama KGW Group Sdn Bhd pada 14 Mac 2022 dan telah bertukar menjadi ‘public limited company’ pada 7 Oktober 2022.
Berikut merupakan struktur syarikat selepas IPO dijalankan.

Syarikat ini mempunyai 3 pecahan untuk menjalankan aktiviti syarikat dibawah nama : KGW Logistics, KGW Medica dan Mattroy Logistics.
Secara ringkasnya, berikut menggambarkan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat :

Ringkasan Pendapatan syarikat IPO KGW Group Berhad

Disini dapat dilihat peningkatan dalam revenue syarikat yang agak mendadak daripada tahun 2021 ke 2022. Sepanjang 4 tahun kebelakangan ini, revenue dan juga ‘gross profit’ syarikat sentiasa meningkat.

Sebab-sebab IPO KGW Ingin Disenaraikan
Untuk mengetahui kenapa sesebuah syarikat ingin disenaraikan di Bursa Malaysia, kita boleh dapatkan sebabnya di bahagian ‘utilisation of proceeds’ dalam prospectus yang disediakan.
Berikut merupakan sebab Syarikat KGW Group Berhad ingin disenaraikan di Bursa Malaysia :

Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM16,729,000.
1. Renovation of the Target Property
Sebanyak RM2,000,000 ataupun 11.95% dari keseluruhan modal akan digunakan untuk mengubahsuai pejabat dan juga gudang syarikat. Kumpulan ini sekarang mempunyai pejabat dan gudang yang terletak di Ara Damansara, Selangor.
Dengan mempunyai kewangan ini, syarikat akan mempunyai gudang baru yang terletak di lokasi yang lebih strategik yang berdekatan dengan Port Klang, KLIA dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

2. Repayment of Bank Borrowing
Sebanyak RM10,000,000 ataupun 59.78% yang merupakan sebahagian besar daripada keseluruhan modal akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank.
Ini sebenarnya ada kaitan dengan sebab yang pertama. Syarikat ini meminjam daripada CIMB Islamic Bank Berhad sebanyak RM18.18 juta pada Disember 2022 untuk melengkapkan pembelian Target Property mereka.
3. Working Capital
Sebanyak RM729,000 ataupun 4.36% dari keseluruhan modal akan digunakan untuk menjalankan perniagaan seperti gaji pekerja, bayar kepada pembekal, bil utility dan hal-hal yang berkaitan dengan pejabat.
4. Estimated Listing Expenses
Selebihnya, baki sebanyak RM4,000,000 ataupun 23.91% dari keseluruhan modal akan digunakan untuk menampung dana permohonan syarikat ini untuk disenaraikan.

Status Syariah IPO KGW Group Berhad
Jika disemak di prospectus, IPO Syarikat KGW Group Berhad ini mendapat kelulusan patuh shariah daripada Shariah Advisory Council (SAC), Suruhanjaya Sekuriti.

Cara Mohon IPO KGW Group Berhad di Online Banking
Bagi memohon IPO di online banking, anda boleh mohon di Maybank2u, Public Bank dan lain-lain.
Untuk panduan mohon IPO di online banking, boleh rujuk di link berikut:
Public Bank
Maybank

Kesimpulan
Berminat untuk mohon IPO tetapi masih belum ada akaun CDS?
Boleh rujuk artikel ini apa itu akaun cds.
Diingatkan, sebarang keputusan membeli IPO adalah keputusan di tangan anda sendiri.
Tiada pelaburan yang menjanjikan keuntungan.
Sebelum membeli IPO, kajian perlu dibuat dengan mengambil tahu latar belakang
syarikat tersebut.
Mahu buka akaun cds, boleh daftar dengan mahersaham dan dapatkan manfaat
kelas-kelas eksklusif untuk client Mahersaham sahaja
Klik di sini untuk buka akaun CDS.