IPO ECOSCIENCE INTERNATIONAL BERHAD DI MITI

Apa itu IPO?

Perkara penting tentang IPO

Flow IPO ECOSCIENCE INTERNATIONAL BERHAD DI MITI

Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :

  1. MITI – Untuk bumiputra
  2. Online banking – Public

Jadi sekarang IPO ECOSCIENCE INTERNATIONAL BERHAD di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI 

Detail Tawaran Awam di MITI

IPO ECOSCIENCE INTERNATIONAL BERHAD

Tarikh buka : 14.4.2022

Tarikh tutup : 18.4.2022

Harga tawaran seunit : RM0.30

Jumlah unit saham khas : 42,500,000 Unit

Pasaran :ACE  Market

Bank Penasihat  : Hong Leong Investment Bank Berhad
Pegawai untuk di hubungi : Ms. Lilian Low ( No. Tel :0327839235 / Emel :Lilian.Low@my.tricorglobal.com )
En. Mohammad Amirul Iskandar ( No. Tel :0327839263 / Emel :Mohammad.Amirul@my.tricorglobal.com )
En. Zulkifli Bin Mohd Yusof ( No. Tel :0327839249 / Emel :Zulkifli@my.tricorglobal.com )

sumber website MITI

Sejarah IPO ECOSCIENCE INTERNATIONAL BERHAD DI MITI

Bermula pada 21 ogos 202 dengan syarikat sendirian berhad di bawah nama Ecoscience International Sdn Bhd dan pada 17 julai 2021 telah menjadi syarikat awam berhad. Pada 10 ogos 2021 syarikat berjaya mengambil alih AEPL dan EMESB.

sumber Prospectus Exposure  Ecosciense International Berhad

Ecoscience International Berhad adalah sebuah syarikat induk pelaburan dengan anak-anak syarikatnya terlibat dalam pembinaan kilang kelapa sawit dan bangunan-bangunan kemudahan, fabrikasi peralatan, pembekalan bahan-bahan and peralatan, pembekalan alat-alat ganti serta kerja-kerja awam dan perkhidmatan penyelenggaran.

sumber Prospectus Exposure  Ecosciense International Berhad

FINANCIAL INFORMATION IPO ECOSCIENCE INTERNATIONAL BERHAD DI MITI

Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk IPO ini dari 2018 sehingga 2020

sumber Prospectus Exposure ECOSCIENCE INTERNATIONAL BERHAD

SEBAB-SEBAB IPO ECOSCIENCE INTERNATIONAL BERHAD DI MITI

Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh setiap kegunaan IPO tapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk

  1. Kembangkan perniagaan
  2. Modal kerja
  3. Pembayaran balik pinjaman bank
  4. Anggaran perbelanjaan penyenaraian

sumber Prospectus Exposure  Ecosciense International Berhad

Status syariah IPO ECOSCIENCE INTERNATIONAL BERHAD DI MITI

Berdasarkan prospectus exposure , IPO ini disahkan Patuh Shariah oleh SAC of SC pada muka surat 4

sumber Prospectus Exposure  Ecosciense International Berhad

Cara mohon IPO DI MITI

Pertama anda perlu ada akaun cds

Kedua sila baca :

  1. Cara Daftar MITI Untuk Bumiputera

  2. CARA MOHON IPO MITI UNTUK BUMIPUTRA

  3. Cara Aktifkan Akaun MITI (Sistem Baru)

Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO Melalui MITI?

Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:

Individu

– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.

 Syarikat

– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Koperasi/Yayasan

– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon

Nombor Akaun CDS Mplus

Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.

Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini

012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

ipo senheng

Kesimpulan

Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.

Nak belajar tentang IPO ada di ajar dalam kelas supertrader. Tetapi kelas kami sediakan adalah percuma dengan syarat buka akaun cds bersama kami. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.

Similar Posts