IPO Econframe Berhad- Oversubscribed 40.23 times
Artikel ini akan mengupaskan dengan lebih terperinci mengenai IPO Econframe. Pada artikel sebelum ini ada menerangkan mengenai senarai IPO yang telah dibuka di dalam bulan Oktober IPO BULAN OKTOBER.
Seperti yang anda sedia maklum terdapat beberapa syarikat yang telah memasuki senarai IPO untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
Apakah antara syarikat itu??
Senarai IPO Oktober
Antara syarikat itu ialah Samaiden Group Berhad, Southern Cable Group Berhad, Aneka Jaringan Holdings Berhad dan antara syarikat yang boleh dikatakan “famous” dalam kalangan kita adalah MR DIY Group Berhad.

Namun artikel kali ini saya ingin mengupas dengan lebih lanjut mengenai IPO syarikat Econframe Berhad.
Pada 27 Oktober 2020 bakal menjelangnya penyenaraian Econframe Berhad dalam pasaran ACE Bursa Malaysia. Syarikat ini telah mengalami keadaan IPO terlebih langgan sebanyak 40.23 kali untuk bahagian awam.
Dan syarikat ini juga telah mencatatkan sebanyak 16.2m saham baru untuk orang awam.

Berkata Pengarah Urusan syarikat Econframe Berhad Lim Chin Horng syarikatnya telah mendapat sambutan yang kuat terhadap IPO dan keyakinan pasaran terhadap prospek pertumbuhannya.
Orang awam meletakkan keyakinan bahawa syarikat ini akan mengalami pertumbuhan yang baik.
Wahhh.. menarikkan? satu syarikat yang baik untuk anda melabur!
Hal ini dapat kita lihat di mana syarikat Econframe Berhad telah menerima sebanyak 11,827 permohonan dengan jumlah 670.02 juta saham baharu bernilai RM187.61 juta daripada orang awam Malaysia
Untuk 16.25 juta saham baharu yang tersedia untuk mereka sekali gus mewakili kadar terlebih langgan sebanyak 40.23 kali.

Balloting Result
Berdasarkan balloting result 15 Oktober lalu, sebanyak 6,105 permohonan dengan 297.61 juta saham baharu yang diterima adalah bagi bahagian Bumiputera dan mencatatkan kadar terlebih langgan sebanyak 35.63 kali
Manakala 5,722 permohonan untuk 372.42 juta saham baharu pula mewakili kadar terlebih langgan sebanyak 44.84 kali.
Econframe Berhad berkata sebanyak 3.25 juta saham baharu tersedia untuk para pengarah yang layak dan pekerja telah dilanggan sepenuhnya
Berkata lagi pengurus syarikat itu Lim Chin Horng Lim akan mengembangkan kapasiti syarikatnya dengan membina kilang yang lebih besar.
” Kilang baru akan dilengkapi dengan kemudahan teknologi robotik canggih untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi “- Lim Chin Horng
Ia merancang untuk membeli sebidang tanah untuk mengembangkan lagi pengeluarannya dan menempatkan semua kemudahan di satu tempat yang sama.
Apabila disenaraikan, Econframe akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM91 juta berdasarkan harga terbitan 28 sen dan modal sahamnya yang diperbesar sebanyak 325 juta saham.
JANGAN LUPA! Untuk dapatkan lebih banyak ilmu saham
Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.