IPO Daythree Digital Berhad Syarikat Menguruskan Syarikat
Berikut adalah Maklumat berkaitan IPO Daythree Digital Berhad :
Nama Syarikat: Daythree Digital Berhad
Tarikh Buka Permohonan: 21 Jun 2023
Tarikh Tutup Permohonan: 11 Julai 2023, 5 Petang
Harga Tawaran Seunit: Rm0.30
Pasaran: Ace Market
Bank Penasihat: M&A Securities Sdn Bhd
Status Syariah: Patuh Syariah Oleh SAC

Ipo Daythree Digital Berhad ini tidak menawarkan unit saham khas di MITI.
Syarikat ini dijangka akan disenarai di bursa malaysia pada 26 julai 2023 ini.

Latar belakang IPO Daythree Digital Berhad
Syarikat IPO Daythree Digital Berhad mempunyai tiga subsidiaries yang berada dibawahnya 100% pemilikan iaitu : Daythree Services, Daythree Services SG dan Daythree Solutions.

Dalam prospectus syarikat, banyak kali digunakan ‘CX’ yang bermaksud ‘customer experience’. Ini kerana, syarikat ini banyak berurusan dengan syarikat lain. Dalam erti kata lain, syarikat ini lebih kepada perniagaan jenis ‘business to business’ (B2B).

Berikut merupakan maklumat ringkas berkaitan pendapatan syarikat :

Jika dilihat dari sudut pendapatan, revenue syarikat sentiasa meningkat sejak tahun 2019 sehingga 2022. Kebanyakkan pendapatan diperolehi daripada client segment : ‘Energy and utilities’ dan juga ‘Telecomunications & media’.

Sebab-sebab IPO Daythree ingin disenaraikan
Untuk mengetahui kenapa sesebuah syarikat ingin disenaraikan di Bursa Malaysia, kita boleh dapatkan sebabnya di bahagian ‘utilisation of proceeds’ dalam prospectus yang disediakan.
Berikut merupakan sebab Syarikat Daythree Digital Berhad ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.

Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM33.1 juta.
1. Office Expansion
Sebanyak RM7,100,000 ataupun 21.4% dari keseluruhan modal akan digunakan untuk mengembangkan pejabat. Buat masa ini, syarikat ada pejabat di UOA Business Park

Modal sebanyak RM7.1 juta akan digunakan untuk mengembangkan bahagian :
- Headquarters
- Ruang kerja di bahagian UOA Business park
- Pejabat Penghantaran CX
Berikut adalah pecahannya :

2. Recruit Industry Experts
Sebanyak RM3,020,000 ataupun 9.1% daripada modal akan digunakan untuk mencari pekerja yang berkemahiran tinggi. Berikut adalah kira-kira untuk mencari pekerja yang diperlukan :

3. Capital Expenditure
Sebanyak RM1,500,000 ataupun 9.1% daripada modal akan digunakan untuk perbelanjaan modal. Kebanyakkan modal yang digunakan adalah untuk membeli peralatan yang berkaitan dengan teknologi. Hal ini boleh dilihat seperti berikut :

4. Marketing
Sebanyak RM1,500,000 ataupun 4.5% daripada modal akan digunakan untuk pemasaran secara mudahnya. Aktiviti seperti meningkatkan jenama dalam pasaran sangat penting untuk mana-mana syarikat. Begitu juga untuk syarikat ini. Jadi, berikut adalah perancangan kewangan berkaitan dengan marketing :

5. Working Capital
Sebanyak RM14,000,000 ataupun 44.4% boleh juga dikatakan hamper separuh daripada modal akan digunakan untuk perbelanjaan menampung pekerja. Pembahagiannya adalah seperti berikut :

6. Listing Expenses
Sebanyak RM3,800,000 ataupun 11.5% daripada modal akan digunakan untuk membiayai kos untuk disenaraikan. Berikut adalah detailnya :

Status Syariah IPO Daythree Digital Berhad
Jika disemak di prospectus, syarikat IPO Daythree Digital Berhad ini mendapat kelulusan patuh shariah daripada Shariah Advisory Council (SAC), Suruhanjaya Sekuriti.

Cara Mohon IPO Daythree Digital Berhad di Online Banking
Bagi memohon IPO di online banking, anda boleh mohon di Maybank2u, Public Bank dan lain-lain.
Untuk panduan mohon IPO di online banking, boleh rujuk di link berikut:
Public Bank
Maybank
Kesimpulan
Berminat untuk mohon IPO tetapi masih belum ada akaun CDS?
Boleh rujuk artikel ini apa itu akaun cds.
Diingatkan, sebarang keputusan membeli IPO adalah keputusan di tangan anda sendiri.
Tiada pelaburan yang menjanjikan keuntungan.
Sebelum membeli IPO, kajian perlu dibuat dengan mengambil tahu latar belakang
syarikat tersebut.
Mahu buka akaun cds, boleh daftar dengan mahersaham dan dapatkan manfaat
kelas-kelas eksklusif untuk client Mahersaham sahaja
Klik di sini untuk buka akaun CDS.
Belajar IPO Dari A Sampai Z
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.