IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD
Apa itu IPO?
Ipo AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD – Detail Tawaran Awam
MAIN MARKET
ISSUE PRICE RM1.36
Opening of application : 29/11/2021
Closing of application : 3/12/2021
Tentative listing date : 16/12/2021
IPO Advisor :MABANK INVESTMENT BANK BERHAD
Sumber website TIIH
Sejarah IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD
Syarikat ini diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat pada 9 Februari 2021 dengan nama Aurelius Technologies Sdn. Bhd. Kemudian pada 8 Julai 2021, bertukar menjadi public limited company dengan nama Aurelius Technologies Berhad.
Kegiatan utama syarikat adalah pemegangan pelaburan dan BCM Eletronics adalah anak syarikat yang mana penyedia EMS untuk produk eletronik industric. Selain itu telah berkembang menjadi pembuatan komponen semikonduktor yang terdiri daripada litar bersepadu multikomponen untuk IoT aplikasi. Syarikat ini merupakan penyelesaian pembuatan sehenti untuk produk elektronik industri, mempunyai rekod prestasi yang mapan selama 28 tahun sebagai penyedia EMS, dan melayani pelanggan di 10 pasaran asing.
Kekuatan IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD
- Menyediakan penyelesaian pembuatan sehenti untuk produk elektronik industri
- Mempunyai rekod prestasi selama 28 tahun dan telah mengembangkan kemahiran dan kemudahan untuk memenuhi keperluan industri elektronik
- Mempunyai kepakaran, kemudahan dan tenaga teknikal terlatih yang disahkan untuk dilaksanakan takat lebur tinggi dan pematerian emas
- Liputan geografi di sepuluh pasaran asing memberi mereka platform untuk terus menangani peluang pasaran eksport
- Mempunyai program dan sijil berkualiti termasuk sertifikasi ATEX membuktikan komitmen mereka terhadap kualiti produk dan perkhidmatan
- Mempunyai MES dan kemampuan untuk mengembangkan program ujian yang disesuaikan, yang memungkinkan untuk memberikan perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan
FINANCIAL INFORMATION IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD
Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk IPO Aurelius Technologies Berhad dari 2019 sehingga 2021 (sedikit ralat digambar untuk tahun)
Sumber Prospectus Aurelius Technologies Berhad
Berapa PE Ratio IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD
sumber gambar : Prospectus IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD
Dari 2 gambar ini kita boleh dapat 3 info yang penting
- No of share adalah 358,180,000
- Harga adalah RM1.36
- PAT =15,096,000
Kemudian dari Financial Information diatas, selain revenue kita boleh lihat juga PAT (rujuk Profit for the financial year) pada tahun 2021 iaitu sebanyak 15,096,000
Formula EPS = PAT / no of share
Dapat EPS boleh dapat PE
PE = Price bahagi EPS
Jadi EPS = 15,096,000 / 358,180,000
= RM 0.0421464068345525
PE = 1.36 / 0.0421464068345525
= PE 32.268
SEBAB-SEBAB IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD
Berdasarkan pembacaan dari Prospectus sebanyak RM104.73 JUTA diperlukan untuk :
- Pembelian mesin dan peralatan baru
- Pembayaran balik pinjaman
- Modal Kerja
- Anggaran perbelanjaan penyenaraian
(A) Pembelian mesin dan peralatan baru
Sebanyak RM40 juta di perlukan untuk kegunaan pembelian mesin dan peralatan baru. Antara mesin yang akan dibeli adalah seperti gambar di bawah
(B) Pembayaran balik pinjaman
Sebanyak RM29.8 JUTA digunakan dari kegunaan IPO untuk pembayaran balik pinjaman. Detail pembayaran balik pinjaman seperti di bawah
(C) Modal Kerja
Sebanyak RM28.1 JUTA digunakan dari modal keseluruhan IPO untuk modal kerja.
(D) Anggaran perbelanjaan penyenaraian
Sebanyak RM7 juta digunakan untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian
Status syariah IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD
Berdasarkan prospectus, IPO ini mendapat shariah dari Shariah Advisory Council of SC
Sumber Prospectus Aurelius Technologies Berhad
Cara mohon IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD
Untuk Public share kita boleh mohon hanya melalui ONLINE BANKING seperti Maybank2u , Cimbclicks , Public Bank dan lain-lain lagi.
Boleh baca Cara Mohon di:
CIMB
Maybank
Public Bank
Nombor Akaun CDS Mplus
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.
Kesimpulan IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD
Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.
Nak belajar tentang IPO ada di ajar dalam kelas supertrader. Tetapi kelas kami sediakan adalah percuma dengan syarat buka akaun cds bersama kami. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.
Anda juga dapat Download Ebook Percuma ini dari Mahersaham untuk mula belajar saham!