IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD DI MITI

Apa itu IPO?

 

Flow IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD  di Bursa Malaysia

 

Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :

  1. MITI – Untuk bumiputra
  2. Online banking – Public

Jadi sekarang IPO Aurelius Technologies Berhad di Bursa Malaysia di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI 

IPO Aurelius Technologies Berhad merupakan salah satu Upcoming IPO Malaysia 2021.

 

Detail Tawaran Awam di MITI

Jumlah saham Khas : 44,772,500 unit

Harga  : Belum ada IPO Aurelius Technologies Berhad share price . Akan ditentukan nanti. (Perlu mohon dahulu)

Bank penasihat : MAYBANK INVESTMENT BANK BERHAD

Pegawai untuk di hubungi : Maybank Helpdesk Tel : 1300-223-888 Email : equities.helpdesk@maybank-ib.com

Aurelius Technologies Berhad IPO date

Tarikh tutup Permohonan : 15 Oktober 2021 hari Jumaat jam 12.00 tengah hari

Tarikh Akhir Penghantaran Dokumen Permohonan : 22 Oktoer 2021 hari Jumaat jam 4.30 petang

 

Proses di MITI

  1. Mohon online – biasanya dibuka untuk mohon 1-2 minggu. Contoh IPO ini dibuka 11 Oktober dan tutup pada 15 Oktober 2021
  2. Penghantaran dokumen permohonan – Bila dah mohon anda perlu hantar dokumen permohonan anda tadi dengan beberapa dokumen tambahan ke MITI. Akan ada tarikh last hantar bila. Contoh IPO ini last adalah pada 22 Oktober 2021 Hari jumaat jam 4.30 petang.
  3. Keputusan IPO – Akan ada satu tarikh nanti para pemohon boleh check permohonan mereka lulus atau tidak
  4.  Bayar – Bila anda dapat IPO jadi anda perlu bayar
  5.  Listing date – Pada tarikh IPO listing, IPO ini akan masuk di portfolio trading akaun anda.

 

Sejarah IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD

Syarikat ini diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat pada 9 Februari 2021 dengan nama Aurelius Technologies Sdn. Bhd. Kemudian pada 8 Julai 2021, bertukar menjadi public limited company dengan nama Aurelius Technologies Berhad.

Kegiatan utama syarikat adalah pemegangan pelaburan dan BCM Eletronics adalah anak syarikat yang mana penyedia EMS untuk produk eletronik industric. Selain itu telah berkembang menjadi pembuatan komponen semikonduktor yang terdiri daripada litar bersepadu multikomponen untuk IoT aplikasi. Syarikat ini merupakan penyelesaian pembuatan sehenti untuk produk elektronik industri, mempunyai rekod prestasi yang mapan selama 28 tahun sebagai penyedia EMS, dan melayani pelanggan di 10 pasaran asing.

 

Kekuatan IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD

  1.  Menyediakan penyelesaian pembuatan sehenti untuk produk elektronik industri
  2.  Mempunyai rekod prestasi selama 28 tahun dan telah mengembangkan kemahiran dan kemudahan untuk memenuhi keperluan industri elektronik
  3.  Mempunyai kepakaran, kemudahan dan tenaga teknikal terlatih yang disahkan untuk dilaksanakan takat lebur tinggi dan pematerian emas
  4. Liputan geografi di sepuluh pasaran asing memberi mereka platform untuk terus menangani peluang pasaran eksport
  5. Mempunyai program dan sijil berkualiti termasuk sertifikasi ATEX membuktikan komitmen mereka terhadap kualiti produk dan perkhidmatan
  6. Mempunyai MES dan kemampuan untuk mengembangkan program ujian yang disesuaikan, yang memungkinkan untuk memberikan perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan

FINANCIAL INFORMATION IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD

Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk IPO Aurelius Technologies Berhad  dari 2018 sehingga 2020

 

 

SEBAB-SEBAB IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD

Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh dalam bentuk ringgit dan peratusan setiap kegunaan IPO tersebut, tetapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk

  1. Pembelian mesin dan peralatan baru
  2. Pembayaran balik pinjaman
  3. Modal Kerja
  4. Anggaran perbelanjaan penyenaraian

 

Sumber PROSPECTUS EXPOSURE IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD

 

Status syariah IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD

Berdasarkan prospectus, IPO ini mendapat shariah dari Shariah Advisory Council of SC

 

 

Cara mohon IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD

Pertama anda perlu ada akaun cds

Kedua pergi ke website MITI

 

Bagi yang belum ada akaun di MITI klik bahagian jenis pelabur dan daftar dahulu. Bagi yang sudah daftar sebelum ini masukan IC dan password kemudian login.

Ketiga selepas login akan keluar maklumat IPO terkini. Untuk sekarang adalah Aurelius Technologies Berhad. Jika nak memohon klik butang hijau iaitu POHON untuk Aurelius Technologies Berhad.

 

Keempat masukkan unit yang ingin dipohon. Diingatkan anda memohon ini tidak lengkap selagi segala borang permohonan tidak dihantar ke alamat MITI. Minima untuk memohon adalah 1000 unit.

 

 

Kelima selepas sudah isi unit yang diinginkan sila cetak borang permohonan anda dan pos ke alamat MITI seperti di dalam gambar . Bila klik cetak, anda akan terima borang dari MITI ada 3 muka surat. Kena print.

 

 

Sila sediakan juga perkara yang diperlukan dalam senarai semak seperti gambar di bawah ini

 

Semua dokumen ini hendaklah di hantar ke MITI sebelum 22 Oktober 2021 iaitu hari Jumaat jam 4.30 petang . Selepas itu jika anda berjaya anda akan dihubungi melalui email atau boleh check di portal MITI bila keputusan keluar nanti dan perlu membuat pembayaran.

Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO Melalui MITI?

Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:

Individu

– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.

 Syarikat

– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Koperasi/Yayasan

– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon

Nombor Akaun CDS Mplus

Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.

Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini

012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

 

Cara dapatkan penyata CDS BURSA

Anda boleh aktifkan BURSA ANYWHERE terlebih dahulu . Bila dah aktif boleh download penyata dalam Bursa Anywhere 

 

Kesimpulan IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD

Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.

Nak belajar tentang IPO ada di ajar dalam kelas supertrader. Tetapi kelas kami sediakan adalah percuma dengan syarat buka akaun cds bersama kami. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.

Anda juga dapat Download Ebook Percuma ini dari Mahersaham untuk mula belajar saham!

 

Similar Posts