ANEKA
| |

IPO Aneka Jaringan-Merosot di bawah harga IPO semasa debut

Aneka Jaringan

Informasi Koprat Aneka Jaringan seperti gambar di bawah

Seperti yang kita tahu, saham IPO Aneka Jaringan Holding Berhad telah dibuka pada awal bulan Oktober dan baru sahaja listing dalam Bursa Malaysia dalam ACE Market pada 20 Oktober 2020 hari tu, boleh rujuk jadual di bawah ini.

Bagi mereka yang masih kurang paham apa itu IPO boleh baca artikel sebelum ini mengenai apa itu IPO , senarai IPO bulan Oktober dan sekiranya berminat untuk memohon IPO anda boleh rujuk memohon IPO melalui MITI, memohon IPO melalui CIMB Bank atau Maybank

Turun Naik Harga

Pada awalnya harga IPO yang ditawarkan oleh Aneka Jaringan adalah sebanyak RM 0.33 dan telah di buka pada harga RM0.35 dalam ACE Market.

Kredit gambar: The Star

Berdasarkan berita yang dikeluarkan pada 20 Oktober 2020 pada pukul 9.08 pagi oleh The Star Seperti gambar di atas, Aneka Jaringan telah membuat debut kukuh dalam ACE Market pada hari Selasa.

Dibuka pada 35 sen, yakni dua sen kenaikan berbanding harga penawarannya sebanyak 33 sen.

Kredit gambar: Malaysiastokbiz

Namun jika kita rujuk teknikal chart share price movement bertarikh 21 Oktober 2020, harga saham semasa adalah RM 0.28 menunjukkan penurunan sebanyak 5 sen berbanding harga penawarannya.

Jika kita lihat pada chart tersebut juga ada menunjukkan harga kaunter ditutup sebelum ini berharga RM 0.29.

Jika dibandingkan harga sebelum ini, bermakna ia telah turun sebanyak 1 sen pada 21 Oktober 2020.

Sebab IPO

-Pembelian baru rig penggerudian berputar dan crawler crane 17,300 (37.48%) dalam masa 36 bulan.

-Pembayaran balik pinjaman 24,264 (52.56%) dalam masa 3 bulan.

-Anggaran perbelanjaan penyenaraian 4,600 (9.96%) dalam masa 3 bulan.

Crawler crane
Kredit Gambar: Google

Sumber:


Anda minat nak belajar saham tapi tak tahu nak mula?

Nak Join kelas pulak banyak yang mahal-mahal.

Jadi ramai yang buat konklusi yang saham ni untuk orang kaya-kaya je.

Padahal banyak je cara nak belajar saham dengan murah bahkan boleh belajar secara PERCUMA!

Sertai kami SEKARANG !!

https://www.mahersaham.com/

Similar Posts